Saya sudah terlalu lama tidak bercerita tentang politik. Apalagi selepas ribut Mac 2008. Selepas dari tarikh itu; kebodohan dari Umno dan BN makin menyerlah. Bukan saja bodoh tetapi penuh dendam, bebal dan sial. Saya semakin jelik dan muak dengan mereka. Tidak perlulah saya menyenaraikan kebodohan mereka. Anda semua sudah lebih maklum dari saya. Jenis manusia yang tidak tahu menerima kekalahan ini bagi saya adalah manusia super ego yang memerlukan terapi spiritual peringkat tinggi.
Kemenangan di pihak Pakatan Rakyat dengan menguasai lima negeri, ia adalah sebuah kemenangan yang besar. Sejarah buat negara. Kemaluan besar buat PM Abdullah dan team beliau. Kemenangan Pakatan Rakyat ini bertitik tolak dari kebencian meluap-luap rakyat keatas Barisan Nasional. Saya tidak berminat untuk bercerita tentang kekalahan dan kemenangan ini.
Komponen Pakatan Rakyat terdiri dari dua parti tua iaitulah PAS dan DAP manakala satu parti muda PKR. Tua atau muda; bukanlah merupakan satu masalah besar untuk bekerjasama. Malah, PAS yang dilihat keras dapat bekerjasama dengan PKR yang liberal malah sebantal bersama DAP yang sekular. Tindakan untuk bekerjasama ini merupakan sebuah anjakan fiqh dari PAS yang jitu dan berani.
Benar. Tanpa PAS; kerajaan PR di Perak dan Selangor akan ranap. Tanpa PAS; PKR akan kudung tangan. Ya. Pilihanraya yang lalu memperlihatkan kekuatan jentera pilihanraya PAS mengatasi kekuatan jentera PKR. Malah PKR dibantu dengan banyak sekali oleh jentera PAS.
PAS merupakan sebuah parti politik yang lama bertapak di negara kita. Malah, mengekalkan 18 tahun pentadbiran di Kelantan membuktikan ia sebuah Parti yang kental dan kuat. Sebesar mana sekalipun anjing BN dan UMNO yang datang, mereka pulang dengan perasaan bebal dan malu. Dengan akar umbi yang utuh, slogan Membangun Bersama Islam serta pahala untuk pengundinya. Pas punya rekod yang baik. Parti yang dilihat ortodox dan konservatif ini, semakin mendapat tempat dikalangan profesional malah bukan Islam mula menerima parti ini.
Selain dilihat sebagai sebuah entiti berwibawa dan penerimaan meluas dikalangan profesional, PAS kini semakin diwarnai dengan warna-warna kepelbagaian. Dari sebuah organisasi yang pernah dilihat sebagai parti tok lebai kampung; PAS kini boleh berbangga dengan sejumlah manusia yang bergelar profesional. Tidak dapat dinafikan lagi, sedikit sebanyak situasi ini menarik ramai golongan muda di luar parti untuk memberi sokongan buat PAS malah mereka ini telah mendapat tempat dalam hiraki organisasi pusat mahupun negeri.
Mac 2008 memberi kejutan besar. Seluruh negara bergegar. Ada yang gembira, ada yang gusar. Kegusaran ini telah membawa kepada suatu situasi ‘alarm’ beberapa manusia di dalam PAS sendiri. Lalu pertemuan diantara beberapa pimpinan senior PAS telah berlaku dengan pimpinan UMNO. Muzakarah. Seperti yang telah kita maklumi. Ia berkisar soal Melayu dan Islam. Membincangkan soal perpaduan demi survival ummat ‘kononnya’. Pertemuan ini telah mencetuskan kontroversi yang dahsyat. Malah, kolasi Pakatan Rakyat ibarat retak menunggu belah. Walaubagaimanapun, wujud golongan yang menentang keras usaha muzakarah ini. Inilah golongan muda yang dicop sebagai Kumpulan Erdogan. Kumpulan Erdogan inilah yang banyak menyelamatkan keadaan. Kegigihan mereka terlihat untuk menjernihkan semula hubungan rakan-rakan sekolasi; PKR dan DAP.
Kumpulan yang dicop ‘Erdogan’ ini terdiri dari golongan muda dan profesional yang terbuka, menjunjung semangat kolasi Pakatan Rakyat dan menentang keras muzakarah bersama UMNO. Kumpulan ini dilihat lebih memahami realiti dari terperangkap dalam paranoid alam malakut seperti team Pro-Muzakarah yang didokong golongan senior dan tua dan dilihat masih terikat dengan konservatisme.
Seislam mana pun Parti Islam Semalaysia; ia tidak dapat lari dari normaliti fitrah. Rupanya ada manusia ‘kaki busuk’ yang tidak berpuas hati. Sekarang jelas; PAS ada 3 team. Team Tok Guru, Team Pro-Muzakarah dan Kumpulan Erdogan. Paranoia golongan Pro-Muzakarah dalam PAS terlihat dengan tersingkirnya IR Khalid Samad dan Saari Sungib dalam pentadbiran PAS Selangor. Malah kemunculan Blog Anti Husam Musa merupakan sebuah realiti wujudnya ada team tertentu dalam PAS yang berniat jahat. Semua ini menunjukkan perpecahan diantara golongan konservatif dan golongan pembaharu yang liberal dipelopor golongan muda. Kewujudan Kumpulan Erdogan dalam PAS adalah rahmat buat Pakatan Rakyat. Ia adalah tali pengikat. Jambatan penghubung.
Jelas. Kumpulan Erdogan ini adalah kumpulan pembaharu dalam PAS. Sesuatu sedang berlaku. Manhaj yang bersifat konservatif wajib ditukar. Perjuangan PAS harus dibawa kehadapan dengan nilai-nilai baru yang realiti. Konsep wah datul fiqh wah datul ‘amal harus berevolusi dan diberi pengertian yang lebih meluas. Kumpulan Erdogan adalah hasil pasca Mac 2008. Ia seperti bangkitnya golongan pembaharu semasa revolusi Peranchis untuk bebas dari kongkongan feudal dan gereja yang kolot.

4 komen-caci-maki:
ini apa nak jadi la politik melayu ni. hahahaha. lawak ja aku tgk.
Awas musang berbulu ayam, peminta sedekah yang menipu orang awam di Bkt Bintang.. http://jamilkucingpondan.blogspot.com .. dulu reformis sekarang pengemis .. pengiat sex songsang
fuh!! komentar mantap.
Tak ada tolak ansur. Semangat musyawarah dah hilang. Tak sependapat dikatakan menentang. Hmm... Baru dapat sikit nikmat dah menggelabah.
Post a Comment