"Arus sekarang ini arus kita. Arus masyarakat yang sivik dan berpendidikan. Umno bukan pilihan terbaik. BN...sekadar nama yang bakal disejarahkan. Ayuh...! BN harus kita kuburkan...!"

Tuesday, December 9, 2008

...sejuk, kudus dan puaka bukit yang mengamok!

Lagi dan lagi hujan. hujan hari-hari. adalah amat tidak normal untuk bangun pergi bekerja di pagi yang sejuk ini. apapun. motor harus bergerak juga. saya harus bekerja untuk mengelakkan surat amaran kali kedua dikeluarkan. Menongkah sejuk hujan di pagi yang bening adalah sebuah tindakkan abnormal yang selalu saya ritualkan. brum brum....

--------------------------------------------------------------

Semalam. Salam Iduladha. Menyorot kisah Ibrahim dari Mesopotamia yang kudus. Bapa monoteism dunia. Menyingkap kisah Ismail yang yakin. Menyorot kisah Sarah dan Hajar. lalu ditunjukkan magis kuasanya tuhan yang Maha Esa. Ribuan tahun sejak Ishak wujud, ribuan tahun selepas Ismail muncul. Ribuan tahun selepas Isa hidup. Ribuan tahun sejak Muhammad lahir. Magis demi magis kita telah dengar. Mukjizat keagungan bukti tuhan itu ada. berkuasa. hebat. Dari hebrew ke arab. Nabi; membawa mesej tuhan yang nyata. Bahasa ibrani ke bahasa arab. Ia tetap semitik. Alfro-asia yang serumpun. Kisah nabi-nabi Bani Israil ini diperturun salasilah hirarkinya, lalu sampai ke tanah Arab. kisah Rama dari Indus yang lama bertapak; lalu bertemu dengan kisah Ibrahim dari Mesopotamia turun migrasi kekal di archipilago ini. lagenda magis yang hebat dari dua benua menenggelamkan kisah Puteri Gunung Ledang dengan tujuh syaratnya.

---------------------------------------------------------------

Kelmarin dulu. Puaka bukit mengamuk lagi. Puaka itu telah lama memendam rasa kehilangan pokok kaki gajah yang didiaminya. Ia dipotong dan diganti rumah banglo orang kaya. Amuk!!! Itu sahaja caranya. lalu bukit itu runtuh. Ada beruk melompat, ada gajah berbunyi. Ada harimau mengaum. Babi hutan mengangguk-angguk. mereka bersedia untuk pindah. banglo tiada lagi. Pokok kaki gajah akan ada peluang untuk tumbuh. Suku bunian dari tujuh daerah akan mendapat semula tempat mereka yang dirampas. Mereka masih ingat, betapa kejamnya Pawang Seman menghalau mereka sebaik sahaja tuan rumah orang kaya masuk. hari ini, Pawang Seman tak mampu berbuat apa-apa. Puaka hutan menjadi hero.

Kecelakaan tidak mengenal pangkat dan status. Kesedihan tidak mengenal berapa gaji yang dibayar...atau berapa untung yang dimakan. Kesedihan; bukti keadilan alam buat kita semua; kaya miskin; VIP maupun orang biasa. Kesedihan itu bersifat universal. Software tuhan ini takkan terubah.

Saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga yang terlibat. dan kejadian ini adalah tanda bahawa kebahagian bukan beerti membuat rumah diatas bukit. Juga menandakan, rumah diatas bukit sememangnya tidak selamat. Apabila alam bersuara. Ada megah yang akan hancur; ada ego yang akan turun; ada insuran yang akan di claim. Takziah.

Mati. Bila ada nyawa menjadi korban, baru jadi sibuk nak menolong. Sibuk berjalan kaki turun bukit. Sibuk nak menjawab. Ada engineer yang pening kepala. Ada fail lama yang kena dibuka. Ada taukeh yang kena panggil. Ada bekas MB yang kena jawab. Pawang Seman tak boleh tolong lagi. Kerana puaka hutan punya kekuatan baru yang lebih dahsyat. Sekarang, puaka hutan punya tentera bunian tujuh daerah yang berjuang berani mati.-hafiz

7 komen-caci-maki:

cucumatlela said...

bukti keadilan Allah adalah nyata ...tapi keadilan manusia hancusss
ada ke patut di duoble standart kan org yg kena bencana alam...org miskin depa bagi sekolah ...dewan ...surau tapi bila kena org kaya depa boleh klim hotel...sungguh tak siumannya manusia.

pemikir lapuk said...

itulh yg tjadi bila bumi menari2 riang...melihat dosa2 manusia

padelkopak said...

itulah akibat sekiranya keseimbangan alam dinodai!hidup green peace....

*salam aidiladha

Farid Abu Talib said...

cherita kamu sangat menarik. serius. darihal sejarah ribuan tahun ke sejarah beberapa hari lalu. menggiurkan.

Faizal Zakaria's Blog said...

seram!!!!



















Ugut-mengugut bukan budaya kita :-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Izwan said...

hukum karma beb!!

one love said...

hmmmm

puaka mengamuk!
sukar dipujuk..