"Arus sekarang ini arus kita. Arus masyarakat yang sivik dan berpendidikan. Umno bukan pilihan terbaik. BN...sekadar nama yang bakal disejarahkan. Ayuh...! BN harus kita kuburkan...!"

Monday, January 28, 2008

indah alami

Reiki itu merupakan sebuah perjalanan menuju penyembuhan yang bersifat alami. Adapun perkataan alami itu janganlah dimudah tafsirkan. Bukan sekadar bermain dengan teori atau sekadar mendapat attunement. Reiki itu bahasanya alam.... bahasa rasa dan mudah difaham asal yang mempelajari tak lari dari asalannya sebagai pencari. Hampir 4 tahun aku bersama reiki....bermain dengan energi, memahaminya, merasainya, dan dengan penghayatan yang sendiri, aku mula sadar akan hakikat demi hakikat. Ia teramat indah dan sukar digambar dengan kata-kata. dan kini aku faham......bahwa sekarang ku sedang belajar bersama alam....bersama Dia....

SARANA DARI GURUKU; Mir Hazil

Salam Kedamaian…
Saya sering ditanya tentang bezanya Kursus REIKI yang saya jalankan dengan pelbagai kursus REIKI yang berada di pasaran. Jawapan saya: SAMA tapi tak SERUPA. Yang sama adalah nama, tajuk bual bicara ILMU dan mungkin beberapa aplikasinya. Yang tak SERUPA adalah CARA, PENGALAMAN yang dikongsi, SILIBUS, INTIPATI dan jangka-masa yang terlibat. Ramai yang menghadiri kursus REIKI secara INSTANT.. a.k.a MEE SEGERA! Hasilnya tentulah Mee Segera. Rasa mungkin sedap kerana PERASA yang dijanjikan pelbagai. Kenyangnya seketika.. namun KESANnya pendek dan sementara. Bolehkah makan mee segera hari-hari??? Tepuk dada tanya selera.


Reiki bukanlah begitu… ia adalah ILMU mengenal INTI kita. Bukan nak jadi POWER.. tapi nak hayati TENAGA. Kerana kita adalah makhluk TENAGA. Reiki itu perjalanan… jalan itu mencipta pengalaman. Jika yang segera kita pilih, pengalaman berkisar di luar inti, walau segera mungkin kita dapat namun tidak bertahan lama,. Lalu kelak yang dicari tak terisi, kita ISI pulak dengan ‘mee segera’ yang punya kesan sampingannya.

Saya juga ditanya tentang REIKI KUNDALINI yang semakin melata tumbuh di Malaysia. Jawap saya; Kalau namanya ada REIKI maka ia HANYA RANTING kepada Reiki. tanpa AKAR REIKI, mana datangnya REIKI KUNDALINI. Tak kiralah apa juga ‘claim’ GURU-GURU nya : lebih POWER dari REIKI lah, tak perlu belajar REIKI lah, ada 9 TAHAP lah, tiada simbol lah, mudah & efisyen (mee segera) dari REIKI lah, MURAH dan MUDAH dan lain-lain. Semua ini belum menceritakan HAKIKAT ILMU tersebut.Mungkin mereka NAK BERNIAGA.. Nak cuba-cuba jadi MASTER TEACHER sambil MENJANA pendapatan sampingan. Tak kisahlah apa niatnya.. pesan saya; HATI-HATI kerana AMANAH & TANGGUNG-JAWAB terhadap ILMU itu tinggi tuntutannya. Jangan dek sikap mazmumah yang ada, kita tenggelam dengan GELARAN nama dan WANG yang nak dijana. Jika anda benar… CAHAYA ILMU akan tersebar. Jika anda PERASAN anda BENAR, takut andalah VIRUS terhadap CAHAYA tersebut.

Semua ILMU punya falsafah, adab, disiplin, harga dan sebagainya. Dalam ilmu CHAKRA, ia bukan hanya falsafah.. IA ADALAH SISTEM MANUSIA. Janganlah diambil ringkas dan mudah akannya samada dalam sesi RAWAT atau IJAZAH semasa belajar. Harus berhati-hati dalam segala gerakerja. Secara umum, SAYA TIDAK PERNAH DENGAR bahawa chakra-chakra tubuh BOLEH diaktifkan BERTAHAP-TAHAP dalam masa SEHARI atau SEKALIGUS (kursus MEE SEGERA). Jika dilakukan juga, ada PADAHnya. Ia mungkin diterima atau boleh dilakukan HANYA untuk orang-orang tertentu sahaja (biasanya yang dah ada asas ilmu alam / dalam). Hanya MASTER TEACHER yang berpengalaman akan tahu bila & siapa. Jika dilakukan secara umum atau awam.. 2 senario bakal timbul iaitu pertamanya; sistem bio-tenaga orang tersebut akan berserabut ATAU ia hanya saikologi sahaja (gimik & hipno - pukau sopan).

Saya berkata IKHLAS… mungkin saya SALAH. “BERKATA BENAR walaupun PAHIT” - alhadis. Jangan salah tafsir kata saya, saya bercakap dari sudut ilmiah REIKI berdasarkan ilmunya dan pengalaman saya. Ramai yang ambil kesempatan dewasa ini. Manusia mencari PENAWAR pada jiwa, minda & fizikalnya. Penawar kepada MASALAH dan DUGAAN hidupnya. Maka, ia tercari-cari RESEPI tersebut dan mungkin bertemu ilmu REIKI. Asalan ilmunya betul.. TAPI mungkin BINASA dek SIPEMBAWA yang HANYA fikir DIRI & POKETNYA sendiri. Tak hairanlah kenapa BANYAK ilmu-ilmu yang TERHIJAB, diambil semula oleh YANG MAHA BIJAKSANA kerana salah laku manusia sendiri terhadap ilmu tersebut.

Nasihat saya kepada yang mencari… hati-hati. Jangan sebab NAK MURAH & INSTANT, kelak ada sistem bio-tenaga anda yang KORUP!! Kepada yang MAKAN CILI… INSAFLAH!! Janganlah sebab GURU anda buat gitu, andapun IKUT sama bergitu. Kalau dia sorang dah silap, janganlah kita ‘beranak-pinak’kan lagi kesilapan itu. Kalau anda kata ‘tak tahu pulak begitu’… ni saya beritahu. Kalau nak tahu lebih, belajarlah lagi. Bukan soal ganggu ‘periuk nasi’ anda… ini soal kebenaran. Kalau suka - terima! Kalau tak suka - letak tepi saja. Tak guna nak terasa atau marah, yang peting RASA INSAF dengan penuh REDHA, IKHLAS dan PASRAH.
Salam Keinsafan.....mir hazil azran ramli

Temanku, aku doa kamu bebas!

Pabila sesuatu yang salah itu dianggap benar dan yang betul dianggap salah dan tetap salah. Maka apakah pula yang dikatakan keadilan manusia atau keadilan tuhan? Atau kita anggap saja ia sebuah ujian dalam menguji sejauh mana hati, jiwa dan tubuh fizik ini berbicara soalnya.

Ahad 27 Januari 2008, tibalah masa untuk temanku terbebas dari lokap tahanan polis selama 4 hari berturut atas tuduhan suspek mencuri laptop teman serumah. Dan dalam tempoh penahanannya, segalanya berubah wajah...aku, teman-teman serumah dan rumah...semuanya berubah, tidak seceria dan sefunky dulu....funky?!! Aku tetap dengan pendirianku bahwa dia tidak mencuri laptop itu......aku amat percaya dengan yakin bahwa bukan dia.

Disini, pendakwa diuji akan ihsan belasnya....dan yang didakwa diuji akan kebenaran kata-katanya....dan aku sebagai sahabat yang didakwa diuji kesetiakawanan....atas pengalaman dan liku yang pernah dihadapi bersama. Serumah kami yang berlapan itu diuji.....ia berat bagiku, bagi jiwaku.... Adapun bukanlah sehebat ujian para ibu yang suaminya ditahan ISA atau ditahan pihak berkuasa Thailand sebagai Terroris Islam, ujian ini amat berat juga bagiku untuk kupikul.....syukurlah padaNya dengan pembebasan ini walaupun dengan jaminan Polis......pihak pendakwa tetap tidak mahu menggugurkan pertuduhan.... 11 Februari ini kes akan disebut dan hari itu penentu.....aku positif dan YAKIN pertuduhan terhadapnya digugur dan dia bebas!

Kesetiakawanan itu tiadalah pula terbatas atas kebenaran mahupun yang kontradik, bagiku, seluruh jiwa ini hanya mahukan pertuduhan itu gugur dan selepas ini sahabatku yang tertuduh tiada lagi apa yang bisa menyekat kebebasannya.

Biarlah apa yang telah berlaku di janusri ini merupakan titik permulaan baharu kepadaku dan kepada sahabatku, mungkin ini adalah takdir dan karma lalu yang dienjakkan kedepan agar hari-hari berikutnya dipenuhi dengan sinar bahagia dan keselamatan. Aku berdoa, menangis dan terus menangis.... hanya pada tuhan kuserah, agar dia, sahabatku itu mendapat pembebasan......

Thursday, January 24, 2008

Tentang Rahasia Diri

Wednesday, January 23, 2008

islam antum islam apa??!?

INGATAN: INI ADALAH PENDAPAT DAN KOMENTAR PERIBADI & TIDAK MELIBATKAN MANA-MANA ORGANISASI....

Jadilah manusia unik dan seimbang dalam kerangka Dunia Baru. Aku lagi udah biasa dengan pendedahan dan keterbukaan penerimaan bagi banyak jenis fahaman-fahaman mahupun filsof (falsafah), tak kiralah ia bersifat politik maupun spiritual. Kerna mungkin sifatku ini adalah dari golongan metal-pieces. Maka dengan itu aku lebih fleksibel, berani dan punya pendirian yang teramat kuat jika ianya merupakan sebuah KEBENARAN bagiku walau pun ia mungkin dikecam sebagai kesesatan bagi manusia majoriti. Aku ini manusia minoriti dalam mengejar dan menggenggam cita-cita agungku. Biarlah tuhan dan aku tahu….

Ajaran dan kefahaman dari Brahma Kumaris Raja Yoga…. menurut pengasasnya yang digelar BAPDADA, ia menyatakan sekarang ini merupakan sebuah zaman dimana ia hampir kepada ZAMAN KEEMASAN (golden age). Zaman ini penyelamat akan datang….kegemilangan hidup dan spiritualiti akan menjadi agung, aku adalah salah seorang dari ahlinya. Maka ajaran ini lebih menekankan kepada plulariti atau kemajmukan dalam beragama…..aku mulanya terkejut dan tersoal-soal.

Langsung adakah anda faham kepada plulariti atau kemajmukan agama…..ia seperti ini, ibarat semua agama ini tidak serupa tetapi menuju ke jalan yang sama. Aku sadar akan hal ini setelah khatam membaca sebuah kitab moden diberi judul ISLAM DAN PLULARISM. Rupanya, berkurun dulu sang sufi Jalaluddin Rumi pernah berkata, maksudnya kurang lebih begini…. ”Agama-agama yang ada ini ibarat pelita dan lampu yang punya pelbagai bentuk tetapi CAHAYANYA SAMA”. Adakah anda bersetuju? Tanyalah Jalaluddin Rumi…..

Umat Islam sekarang, KITA selalunya menjadikan ISLAM SEBAGAI IDEOLOGI lalu ia menjadi EKSKLUSIF tetapi rupanya ia SALAH. Akan halnya EKSKLUSIFISME DALAM MENGAMALKAN ISLAM..... maka umat Islam menjadi bertambah ego dan angkuh... mereka itu lalu mencaci cerca dan merendah-rendahkan martabat agama lain sedangkan tanpa diketahui bahwa mereka itulah yang meletakkan Islam di martabat yang bawah. Keegoan ini mencerminkan kelemahan Islam yang mereka anuti ini...dan aku, menganuti islam yang universal....

Aku lalu tersenyum sendiri, duduk. Mengucap-ngucap nama tuhan di dalam hati…oh tuhan, oh tuhan, oh tuhan…..engkau tidak beranak lagi diperanakan….maha suci engkau tuhan yang menguasai langit dan bumi…. Sebagai seorang yang bermazhab politik sosialis yang bercampur inti faham sufi mistik, aku pasrah akan penemuan hakikat ini. Hakikat bahwa aku mulai sedar akan kewajipanku, perjuangan, dan rebelku untuk masyarakat, dalam pada masa yang sama tidak melupai akan cahaya itu. Aku gembira mengenal diriku yang sebenar….

Dalam diam dia tumbuh, subur dan mekar…..mencanak keatas lalu disimbah cahaya sang matahari. Ia tumbuh dihati…..tanpa siapa pun dapat menangkap mahupun membunuhnya walaupun fiziknya mungkin luput dan reput. Aku menikmati kebebasan hati ini, yang hakiki dan mutlak….! Tiada yang dapat mengusik….Oh tuhan…..cahayamu memandu jiwaku……KHALASH’
dariku untuk kita semua....hafiz

Hari ini kesahnya semalam...

23.01.2008...Selamat Menyambut Hari Thaipusam bagi penganut Hindu di seluruh dunia. Hari ini merupakan hari pemusatan dan perhimpunan di antara yang terbesar seantereo ceruk. Hari membayar nazar dan hari bernazar. Hari ini adalah hari antara manusia dan tuhannya. Hari dimana diri dan jiwa bersatu. Kita masih lagi di Malaysia dan aku kini sedang memusatkan faham dan jiwaku untuk lebih faham apa yang berlaku hari yang semalamnya....


22.01.2008...petang itu....beberapa ketika sebelum masuk waktu maghrib dan kurang lebih 5 jam sebelum patung dewa diarakkan melalaui jalan sekitar kota KL menuju ke kuil. Aku lagi berbual2 dan tika itu ku di kota shah alam. Petang yang tenang lagi hening ituku di kejutin oleh sebuah panggilan telipon. HP ku bervibrate, rupanya temanku Halim memanggilku, aku biar aja ia terhenti, ....emangnya sangkaanku dia mau mengajakku minum petang seperti hari2 biasa.

Lalu HP ku bervibrate lagi...temanku Borhan pula yang menelepon..."halo Bo? apa-apaan?".... "Laptop Gja hilang!!!!!" .....apa!!?? aku berastaga 3 kali di dalam hati seketika... lalu umpama deras air hujan menetes dalam jiwaku celaru. Gja itu temanku juga, baru aja dalam kurang sebulan lepas dia udah kehilangan walletnya dirumah...sekarang laptop pula???? Pintu rumah terkunci, lalu apa pula geruhnya yang datang???

Aku yakin, orang yang mencuri laptop GJa juga antara kami yang saling kenal, yang punya akses kunci untuk kerumah. Kerna kalau pencuri luar, mengapa dia mengunci semula pintu rumah setelah laptop dicuri? Dan paling mengherankan...mengapa barangan Gja!!!???

Yang berlaku ini merupakan ujian buatku, mungkin karma buat Gja dan ujian buat kami semua sebagai teman serumah. Rasa jiwaku tercabar!!!! Ilmu reikiku seolah dicabar!!!? dan aku sehingga detik ini masih lagi kebuntuan dan bingung...ku hanya mampu membebel seketika persis seorang temanku xxxx telah disoal siasat polis dan ku tatap juga bersyukur dia dibebaskan. Hanya kerna di dalam repot yang dibuat bahwa temanku xxxx adalah orang terakhir keluar rumah....

Walau apapun andaian, aku masih lagi ga' boleh menerima jika orang yang mencuri itu teman serumahku. Malam itu, ku hanya termenung....sedih sendiri...dan tiada ghairah. Hanya padamu tuhan, puja-pujiku...sembah salamku...ku pohon petunjuk buat Gja dan yang mencuri laptopnya....aku bingung.....

Monday, January 21, 2008

R'ESQ 56 berjaya!!!


Syukur seadanya program R'ESQ 56 berjaya dijalankan tanpa 'geruh' sehingga membantutkan program. Puja pujiku hanya untuk Dia dan kepada Dia. Yang datang untuk program ini adalah dikalangan mereka yang mencari dan mahu menggilap potensi diri untuk KAYA & BERJAYA!

Dua hari itu adalah hari yang pack dengan 'aksi-aksi' para coach berwibawa. Coach Amar & Coach Hazil-emangnya dua orang yang punya kerekteris yang berbeda. Dasar, isu dan praktis diblendkan bersama untuk memberi satu BOOSTER yang HEBAT! Dapatlah ku simpulkan bahwa bukan hanya kekayaan materi bahkan disulam indah dengan kekayaan spiritual agar kedua-dua KEKAYAAN ini jalan beriringan, agar hidup lebih berisi, agar jiwa dan harta itu bersatu menjadi satu. Fokus kepada kekayaan material juga beerti tidak lupa pada kekayaan spiritual.

Apa gunanya kekayaan spiritual tanpa kekuatan fizik dan apa guna pula kekayaan materi jika jiwa ini masih kosong kering dan kontang! Rahasia-demi-rahasia terbongkar dalam mengupas pelbagai ISU para peserta..... INILAH YANG MEMBEDAKAN workshop R'ESQ 56 dengan program-program mind power dan seangkatan yang lain.

Thursday, January 17, 2008

KURSUS REIKI


KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI KURSUS REIKI, BOLEHLAH BERDAFTAR SEKARANG. TEMPAT TERHAD! HUBUNGI 017-3332349 ATAU 03-58804349

Wednesday, January 16, 2008

REIKI sebuah pengenalan

REIKI

Akar kata REIKI itu berasal daripada Rei yang bermaksud Universal dan Ki Life Force Energy. Jadi, REIKI itu adalah universal life force energy atau Tenaga Alam dalam bahasa Melayunya. Adapun sesetengah istilah itu mengatakan Reiki sebagai Universal Life Energy, ia tetap sama walaupun tanpa meletakkan perkataan FORCEnya. Sebenarnya, bukan sahaja ia punya nama dalam istilah JEPUN, tetapi punya nama tertentu dalam budaya dan bahasa yang berlainan seperti PRANA dalam bahasa Sanskrit, Chi dalam bahasa Cina, Ka dalam bahasa mesir kuno, Qudrah dalam bahasa Arab, Barakah dalam pengistilahan mistik sufi dan ada juga bahasa melayu yang menamakannya sebagai Tenaga Ilahiyyah. Walau apapun nama diberi, ia tetap merujuk kepada subjek yang satu.

SEJARAH REIKI
Reiki telah diasaskan oleh Dr Mikao Usui. Ada juga yang memanggilnya Usui Sensei. Mikao Usui merupakan bapa kepada Reiki di dunia. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga berada pada 15 Ogos 1865 di Kampung Yago yang berada di daerah Yamagata Jepun. Melanjutkan pendidikan ke Eropah dan China dalam bidang perubatan, psikologi dan keagamaan. Dalam kariernya, beliau pernah menjadi setiausaha kepada Pei Gotoudhin, Ketua Jabatan Kebajikan dan Kesihatan Jepun dan kemudian dilantik sebagai Datuk Bandar bagi Tokyo yang mana ia membolehkan dirinya menjadi seorang ahli pernuiagaan yang berjaya.
Pada tahun 1914, perniagaan dan life beliau merosot dan dibelenggu dengan masalah-masalah peribadi, beliau meniti jalan-jalan ini, mencari jawaban kepada permasalah beliau. Sebagai seorang spiritualist yang sensitif, Dr Mikao Usui terdorong untuk menghabiskan masa bermeditasi di Gunung Kuramayama selama 21 hari. Ia dikenali sebagai Isyu Guo- perlatihan selama 21 hari seperti meditasi dan seumpamanya. Dan dipendekkan cerita, beliau tidak menemui apa-apa yang 'sakti' atau ajaib selama tempoh 21 hari bertapa di gunung tersebut sehinggalah hari terakhir semasa perjalanan beliau turun dari gunung tersebut, beliau telah disambar dengan halilintar kecil dan pengsan serta merta...dan dalam keadaan pengsan itulah, segalanya bermula.....beliau melihat bebola-bebola cahaya....beserta padanya faham dan hakikat....dan ia merupakan pengalaman spiritual yang menemukan kepada Aliran REIKI. sehingga kini. Beliau meninggal dunia akibat stroke pada 9 Mac 1926 ketika usianya 62 tahun.
Sila lawati http://www.reiki.org/

PRINSIP REIKI
Untuk hari ini:
ku padamkan api kemarahan....
ku hapus segala resah kerisauan....
ku berterimakasih atas nikmat....
ku berlaku jujur dan amanah....
ku berbuat baik.....
TENAGA ALAM?
Yup...tenaga alam. Sama-samalah kita merenungi dan memahami, konsep teori dan realitinya alam ini. Sains telah membuktikan bahawa setiap objek kosmos meliputi matahari, bulan, tumbuhan, air, bintang, batu-batu semulajadi dan seumpamanya mempunyai tahapan tenaga mereka sendiri. Tanpa adanya 'tenaga' tiadalah matahari tiadalah bulan, tiadalah tumbuhan dan dari mana tenaga ini datang; jawaban mudahnya adalah dari Nya juga. Batuan semulajadi contohnya mempunyai medan elektromagnet sama juga seperti manusia, dan medan ini lebih dikenali sebagai AURA.

Aku ingin anda semua jelas bahawa reiki itu merupakan tenaga alam....manusia juga sebahagian dari alam, ini bermakna, SEMUA DARI KITA INI MEMPUNYAI REIKI, DARI REIKI INILAH SUMBER TENAGA UNTUK KITA BEKERJA, MAKAN, BERJALAN DAN SEBAGAINYA. Cumanya, apabila anda mempelajari Reiki, anda akan LEBIH MENGETAHUI BAGAIMANA UNTUK MELIPATGANDAKAN PENGGUNAANNYA TERUTAMA BAGI TUJUAN PENYEMBUHAN! Dengan membuat pelarasan semula (attunement) sistem tenaga tubuh oleh master teacher/guru, anda dihubungkan dengan lebih baik kepada sumber tenaga alam ini.

JIN JUGA SEBAHAGIAN DARI ALAM.....BAGAIMANA PULA????
Adapun apa saja yang diistilahkan sebagai jin, syaitan, iblis dan seumpamanya, penggunaan MEREKA perlulah melalui ritual pemujaan tertentu dengan perjanjian serta pantangan tertentu. DALAM iLMU rEIKI, TIADA PEMUJAAN, TIADA PANTANGAN, TIADA PERJNJIAN!!! Ini beerti Ilmu Reiki bukan menggunakan KHIDMAT mereka apatah lagi REIKI pula boleh digunakan dalam kerja rawatan yang melibatkan gangguan dari MEREKA!

PENYEMBUHAN REIKI
Secara umumnya, Reiki dikenali dengan sebuah teknik penyembuhan menggunakan tenaga alam dengan menggunakan telapak tangan yang akan diletakkan kepada bahagian tubuh pesakit yang bermasalah. Seorang pengamal reiki diibarat sebagai seorang penyampai atau channeller kepada energy alam ini. Walaupun begitu, teknik reiki tidaklah terikat hanya menggunakan telapak tangan. Kita boleh mengaplikasikannya dengan pelbagai cara yang amat menarik, mudah dan secara kreatif!

Di barat, terapi/rawatan reiki merujuk kepada sebuah teknik untuk meredakan stress. Stress merupakan sejenis gangguan pada tubuh manusia samaada sedar secara tidak. Secara langsung, stress boleh mengakibatkan masalah-masalah kesihatan seperti gastrik, tekanan darah tinggi, kelesuan, gangguan sistem seks, tekanan jiwa/mental, masalah keyakinan diri dan banyak lagi.
Daripada pengalaman saya sebagai seorang practicioner, penyembuhan REIKI sebenarnya bersifat universal...ia meliputi PENYEMBUHAN SPIRITUAL, EMOSI, MENTAL DAN FIZIKAL. Ia termasuklah mengharmonikan perhubungan keluarga, suami isteri. Meneutral dan memindahkan gangguan frekuensi dirty energy a.k.a jin dan sihir serta banyak lagi. Selain dari itu, reiki dapat meningkatkan stamina, keyakinan, semangat pada diri pengamal itu sendiri.

Reiki itu universal, dan kita ini sebahagian darinya. Rasailah getaran tenaganya, mudahan terpancar cahya cinta dan damai, disegenap pelusuk jiwa ini...... Sebarang pertanyaan bolehlah emailkan kepada saya masterhafiz@gmail.com atau terus ke http://www.7chakra.com/
-Master Hafiz a.k.a rendramarcy


Tuesday, January 15, 2008

KUASAi AURA & JADILAH MAGNET KEKAYAAN!!!!

Workshop “KUASA AURA -MAGNET KEKAYAAN″ akan diadakan di SHAH ALAM pada 19hb dan 20hb Januari, 2008 (Sabtu & Ahad). Menggabungkan DUA FASILITATOR HEBAT yang akan berkongsi ILMU Aura & Chakra, KUASA MINDA, ESQ, Meditasi, TEKNIK & TIPS Menjana Magnet Kekayaan & Kejayaan dan sebagainya. PERTAMA SEUMPAMANYA di MALAYSIA!!!


ANDA akan MENEROKAI POTENSI DIRI dan menjalani TRANSFORMASI ke arah KEKAYAAN & KEJAYAAN. Pelajari secara ekslusif teknik-teknik KUASA MINDA untuk menjana WANG & KEMAKMURAN. Jadilah peserta SIRI-1 ini dan dapatkan pelbagai tawaran diskaun / hadiah menarik (PROMOSI Siri Pengenalan!!!).

TEMPAT TERHAD!! Latihan ‘one to one’ (oleh 2 Mind Power COACH) hanya TERHAD kepada 50 peserta awal untuk setiap sesi bengkel. TEMPAH TEMPAT ANDA SEKARANG!!!
HUBUNGI KAMI HARI INI.. 017-333 2349, o12-3615675, 03-58804349 untuk TIKET & PERTANYAAN.

cahya itu jalan ini


Pada aura itu beberapa perkara misteri. dan misteri itu dibongkar sedikit demi sedikit. hampir hilang misterinya lagi. adapun ujud orang-orang yang memperkatakan mereka pakar aura. tanpa ilmu dan fakta yang betul, mereka terus menyesatkan pemahaman kepada aura itu sendiri. Aura, medan elektromagnet yang menyimpan pelbagai data diri seseorang, ia berubah untuk setiap perubahan emosi mahupun mental. aura ini dapat dilihat dengan mata kasar, syahdan memerlukan perlatihan dan konsentrasi. maka benarlah sekali lagi apa yang diertikan dan diperkatakan dengan aura. Bukan semua boleh melihat aura, ia juga boleh dilihat menggunakan bio sensor.

Setiap manusia punya aura masing-masing. ada yang cantek, ada yang malap, ada yang terlalu cerah dan macam-macam. dan macam-macam itu jugalah dengan pe'el manusia.maka berbondong-bondonglah manusia mencari-cari ilmu aura ini. ntah apa-apa lagi. kebanyakan manusia yang berbondong-bondong itu mencari ilmu ini kerna mau jadi kaya?kerna mau lebih dipandang tinggi dan mau jadi populer?dalam ghairah penoh nafsu dalam pencarian ini, ramai pula yang tergelincir pada landas jalan yang sebenar. Matlamat telah mengaburi bijik mata lalu mereka buta.

Adapun guru yang benar-benar faham dan hebat, mereka ini low profile. kata mereka, kenallah aura untuk kenal akan dirimu, kenallah aura untuk kenal dia yang berada bersamamu?ilmu ini bukan untuk kaya atau bukan untuk dihormati, tetapi ilmu ini adalah untuk menginsafi kejadian diri. Jalan yang sempit terbuka kembali, bukan kerna nama atau harta menggunung tinggi, hakikat hakiki mengenal diri, ilmu untuk dimanfaati, mentaati, menghurmati dan menginsafi, dari dialah datang semua, dialah kembalinya semua-katanya lagi.sebarkan ilmu ini dengan bijaksana, jangan sesat lagi menyesatkan, biar hujan dipagi cerah dipetang hari.moga kita di bawah cahya dan payungNya?bukan hanya sembang-sembang. sembang aura. dariku untuk mu, dari hamba kepada hamba-hamba, untuk kita buat mereka! Ya tuhan?.berkatilah perjuangan ini.

saLam damai

Salam damai, salam pengenalan buat anda. Sudah sampai waktu ketikanya aku muncul disini khusus buat para pencari tentang hakikat dan penyembuhan sejati. Life kita terutamanya di metropolis macam KL penoh dengan tekanan samaada kita sedar mahupun tidak. Itu merupakan hakikat-tak boleh dinafikan lagi. Lagi-lagi orang macam aku yang memang enjoy life, siangnya bekerja dan malamnya ada night life. Biasalah tu. Yang bersatu dengan essence life itu sendiri.

Namaku hafiz a.k.a rendra dan jarang2 orang panggil aku zack. Seorang yang tidak terikat dengan dogma dan nilai masyarakat konservatif melayu. Seorang yang liberal dalam pada masa yang sama mengamal prinsip sufism dan zen yang merangkumi moraliti sejagat. 2008 umurku mencecah 26 tahun. Seorang yang bekerja sebagai hamba rakyat (keje kerajaan la tu) jugak merangkap sebagai pengamal seni penyembuhan reiki secara part time. Hampir empat tahun pengalaman dalam reiki dan masih lagi single.

Disini kita akan 'borak sembang' secara santai bersahaja.Tujuanku disini sebagai ekspressi diri dan jiwa. Merangkumi pemahaman-tanggapan-pengamalan REIKI dalam masyarakat kita. JUGA buat mereka yang baru mengenal-ngenal Reiki-earlybirds. SEKARANG ANDA BERADA DI SITUS YANG BENAR.

Bukan hanya sekadar reiki yang disembangkan....apa-apa juga yang berkait seperti new age knowledge, spiritualism dan yang seangkatan dengannya akan di kisahkan.

Monday, January 14, 2008

hari itu

Dan daunan itu berguguran ditiup lentok sang angin, kurang lebih jam 1725 ku di pinggir Central Market KL berjalan teriak santai. Luruhnya daunan umpama musim luruh nun di kejauhan sana. Ramainya orang bercampor majmuk berjalan, ada yang belawan arus, ada yang mara, ada yang kekanan dan ada yang tak kemana-mana…lepak, santai…. yang keluar masuk, yang berpegangan dan yang hura-hura pun ramai kedapatan. Aku blues keseorangan….ada ketika berdiri di tengah kawanan-kawanan manusia pelbagai rupa dan warna juga corak kepala dan bulu rambut yang berbeda. Aku suka. Aku lega. Happy. Sengih di dalam hati…..

Menggendong beg ala sami-sami di nepal sambil berseluar hijau lusuh poket tepi dan ber t-shirt lusuh kelabu, langsung tiada adanya langsung seperti master, apatah lagi seperti orang yang kaya ber’uang’ banyak(memangpun tak da uang), ku terus menyusuri pintu-pintu masuk ke dalam Central Market. Jam 1733. Lalu kelihatan ramainya barang-barang hasil wahsil seni yang bergantungan. Kayu. Besi. Batu. Semuanya ada disini. Aku suka. Aku lega. Happy. Sengih dihati…..

Ada tika masa ku melihat tadi sebelum masuk ke dalam di kedai itu, akan halnya surat-surat kabar dan masa ini sekitar jam 1716. Sulatkabar…medium terbesar kebenaran maupun propaganda. Dan setelah sehari dua, surat kabar itu udah expired dan biasanya dijadikan kertas tandas mengesat buntut buat yang tak tau gunakan air adapun toilet paper itu, ada harga nilainya dan agak mahal bagi imigran myanmar yang bertambun mencari rejeki di KL ni…..Aku amati. Aku pasti. Happy. Sengih dihati……


Dedaunan itu hampir pasti setiap nya sang angin bertiup, iakan gugur…..begitu mudah manusia itu lari dari hakikat dan kebenaran nyata dan hampir pasti orang yang membaca tulisan ini berkerut-kerut dahinya seperti orang yang sedang duduk atau bertinggung atau berdiri semasa operasi pembuangan di jamban. Ketawaku seorang.

Cakapanku kadangan merewang……Inilah seni bahasa…ekspressi tanpa noktah rasa. Tanpa perlu faham tanpa perlu masa untuk meneliti. Biarkan ia berlalu ibarat air sungai klang yang seperti teh susu maupun teh tarik Khulafa sec 7 shah alam dan seluruh kedai-gerai seantareo Malaya….aku mengangguk. tanda faham. Senyum dihati…..jam menunjukkan waktunya: 1758………

1801 petang…..Reiki itu sebuah seni, yang memberi penyembuhan alami. Dari alam kepada alam. Siapa alam? kitalah alam…! faham! Lalu biarkan energi ini keluar…terpancar cahaya dari tapak-tapak tangan kita, biarkan energi ini menguasai seluruh malaya. Biar energi ini terus menerus mengalir….corakkannya, warnainya…ia seni tanpa batas dan syarat. Ia bukan yang bukan-bukan….dan dedaunan itu terus berguguran. aku mengamati sang pokok itu, dari celah hujung anak mataku….menerusi tetingkap dari dalam Central Market…..

Sebagai orang seni yang mengaku diriku seni, hasil seni reikiku ada banyak juga yang terjual dan banyak jugak yang diberi percuma tanpa orang mengetahuinya….kadang-kadang aku tak kesah pun…..dapatlahku meneguk teh tarik dan dunhill kotak 14. Dan dedaunan terus berguguran…..daun palma????

Aku keluar dari CM jam 1617. Berjalanku sendiri perlahan, meneliti dan mengakhiri hari itu, ditengah kuala lumpur………..aku suka. Aku lega. Happy. Sengih dihati…….’ KL!