Kempen sumpah menyumpah dijalankan dengan hebatnya oleh BeEnd, seperti zikir2 suci dan mantra sakti yang diulang2 setiap masa. Walauapapu fadhilat kesaktian dan kehebatan zikir itu, tetapi, akhirnya Anwar juga yang berjaya mengangkat sumpah kerana segala sumpah yang di zikirkan itu memakan tukang sumpah yang melafaznya.
Pada masa sekarang ini, AMENO a.k.a UMNO a.k.a Gerombolan yang amat disenangi british sedang berhadapan pula dengan 'gila' meroyan. Selain menjadi meroyan, mereka juga berhadapan dengan sindrom Bodoh, Angkuh Sombong. Mereka mencari alasan-alasan, untuk memperkuatkan bahawa mereka kalah disebabkan oleh taktik jahat PKR sedangkan merekalah yang berkempen dengan cara yang amat kurang menyenangkan sekali. Kebodohan Najib bersumpah disana-sini juga antara faktor kekalahan. Saya akan mengulas lanjut tentang hal ini pada artikel lain. Benarlah kata tokoh2 mind science iaitu, orang gagal selalu aja mencari alasan....! Apapun kiranya, ayuh sama2 ketawakan mereka...! hahaha
Thursday, August 28, 2008
sumpah yang mencari bontot
Labels: benci umno, saiful bontot, santai, UMNO keji
hantar terus oleh hafiz pada Thursday, August 28, 2008 0 komen-caci-maki
Wednesday, August 27, 2008
Tahniah Permatang Pauh! Tahniah Malaysia!
Dengan segala cerita main bontot a.k.a sodomi a.k.a main jubur a.k.a liwat yang dimainkan, yang disuapkan ke dalam kepala otak kita...nampaknya BeEnd tetap gagal! Gagal! Gagal dan terus gagal! Segala jentera kerajaan yang mempropagandakan cengkadak kodok isu ini juga tidak mampu melawan jentera rakyat! wow! rakyat Malaysia kian matang! pencerahan minda sedang berlaku dengan hebatnya!
Umno...Umno...sudah tak relevan... apatah lagi ia sebenarnya sebuah parti yang amat disenangi oleh penjajah british satu ketika dulu...memang, umno ini memang amat disenangi british dari KMM, PKMM, API, Hizbul Muslimin, PKM dan lain2 sayap kiri yang sememangnya amat ditakuti, digeruni oleh British!!!
Umno memang sudah tak relevan memainkan isu melayu...memang bodoh, tak sedar diri bahawa selain cukai pintu dan cukai tanah, cukai dari genting, dan tokeh babi juga diberikan untuk menampung perbelanjaan kerajaan. Ini memaksudkan bahwa semua orang yang namanya ada IC yang namanya rakyat Malaysia memberi sumbangan yang amat besar kepada kerajaan!
Perlembagaan Persekutuan takkan diubah! Yang diperjuangkan, yang perlu berubah dan diubah adalah mentality masyarakat, adalah taraf hidup dan ekonomi rakyat!!! Selama 51 tahun umno menunjangi pemerintahan rupanya hanya mampu untuk meletakkan 'melayu' sebagai suku yang mempunyai peratusan kemiskinan paling tinggi! wow! hebatnya umno... DEB adalah untuk umno rupanya...hahahahahahaha
Aku meminta kepada seluruh manusia yang membaca blogku... kepada seluruh "Bangsa UMNO" dan bangsa Malaysia agar mempersiapkan diri untuk Malaysia Baru yang Merdeka!!!! Yaaaa kemenangan ini adalah kemenangan rakyat dan menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah matang dan telah dicerahkan otaknya!!!!!
Tahniah Permatang Pauh! Tahniah Malaysia! Ke Arah Malaysia Baru!!!
Labels: permatang pauh yang bertuah
hantar terus oleh hafiz pada Wednesday, August 27, 2008 0 komen-caci-maki
Tuesday, August 26, 2008
SAH! ramalan bomoh memang sah! Anwar MENANG dengan undian lebih 30k!!!
Keputusan rasmi Pilihanraya Permatang Pauh
Parti KeAdilan Rakyat: Anwar Ibrahim dapat 31, 195 undi
Parti Be End: Arif Shah dapat 15,524 sahaja
Parti AKIM: Suhaimi Mamat cuma 92 undi
Anwar MENANG DENGAN MAJORITI 15,671!!!!!!!!!
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH.......TAHNIAH!!!!!!
Labels: benci umno, politik, Undi
hantar terus oleh hafiz pada Tuesday, August 26, 2008 0 komen-caci-maki
Undilah Parti Keadilan Rakyat untuk Malaysia yang MERDEKA!!!
Buat seluruh rakyat Permatang Pauh! Hari ini adalah penentu! Walau diasak segala tohmah! Walau ditebar segala fitnah! Perjuangan tetap akan diteruskan! Untuk Rakyat, Untuk Negara!!! Lakukan PERUBAHAN! Ke arah Malaysia yang Merdeka!!!!
Selamat Mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim! Labels: Undi
hantar terus oleh hafiz pada Tuesday, August 26, 2008 0 komen-caci-maki
Monday, August 25, 2008
Kisahnya Ramlang Poligi yang bakal di-murtad-kan umno!
Gambar diambil dari http://wrlr.blogspot.com/
Imam Masjid Wilayah, Ramlang Porigi baru sahaja selesai menyampaikan ucapannya.Ucapan pendek Ramlang Porigi hanya mengambil masa sekitar 7 minit sahaja.
Labels: benci umno, politik, sumpah sampah
hantar terus oleh hafiz pada Monday, August 25, 2008 1 komen-caci-maki
Sunday, August 24, 2008
Sumpah, disumpah, menyumpah dan tersumpah... aku rupanya sangat membenci UMNO!
Amaran: cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. Sebarang persamaan adalah kebetulan yang disengajakan semata-mata.
Semalam Timbalan Imam Malaysia aliran sunni iaitu As-Syeikh Najib bin Razak; wali kedua pimpinan tertinggi Agama Langit Islam Hadhari bermazhab Syafie telah bersumpah menggunakan nama tuhan. Ini merupakan sebuah tindakan amat bijak lebih2 lagi pilihanraya kecil Permatang Pauh akan menjelma. Dengan dia bersumpah sebegini, dia mengharap mudahan tuhan akan memberikan blessingNya seterusnya mencipta kemenangan secara yang amat ajaib sekali! [iklan: Isham menggelarkan hari mengundi nanti sebagai ketibaan D-Day]
Sumpah ini juga membuktikan bahwa Agama Langit Islam Hadhari bawaan As-Syeikh Abdullah al-Bad mengharuskan bersumpah untuk “menyelamatkan keadaan” dan untuk mendapat blessing tuhan. Kesimpulan yang dibuat oleh teman jemaah lepakan aku ialah bahawa, nama tuhan ini boleh digunakan sesuka hati saja untuk menafi maupun menuduh walaupun tanpa bukti. Kerna menurutnya nama tuhan ini mungkin punya kuasa sakti luar biasa yang tak terkalahkan oleh kebenaran! Aku lalu terus menyumpah-nyumpah Timbalan Imam Sunni ini. Mudahan sumpahanku itu menjadi nyata! Om shanti....-hafiz jam 2324
Pabila nama tuhan digunakan,
Pabila agama tuhan itu dikuda pakaikan,
Persoalannya adalah...adakah tuhan itu beragama? Haha oops silap...
Apakah orang yang bersumpah itu suci murni,
Atau adakah tuhan yang suci akan kasi cuci itu orang?
Atau adakah sumpahnya akan digunakan di mahkamah sivil malaysia?
....ape punyer mengarutla kau ni hafiz...hahahaha
Labels: benci umno, saiful bontot, sekitar komentar, sumpah sampah
hantar terus oleh hafiz pada Sunday, August 24, 2008 0 komen-caci-maki
Hari ini hari terbaik memperkenalkan Bibi...!
Bibi ini amat memahami diriku. Dia takkan menggangguku ketika aku ssedang mengadap laptop. Dia juga takkan menggangguku ketika aku sedang mandi. Mandiku puas dan tidurku nyenyak. Ketika aku ke Kelantan bersama cinta hati, Bibi lah yang menjadi penjaga segala semak samun yang ada di bilikku. Dia sesekali takkan mengusik, mengubah apalagi menyelerakkan tempatku melonggokkan baju. Rak buku2ku juga tak terusik. Aku mengakui, bahwa Bibi adalah lipas rumah yang pembersih dan baik!-hafiz jam 2237
hantar terus oleh hafiz pada Sunday, August 24, 2008 0 komen-caci-maki
Saturday, August 23, 2008
Perlaksanaan Islam di Malaysia: sebuah lontaran aku.
Islam tersebar luas
Berikut adalah beberapa fakta yang aku nampak mengenai perlaksanaan Islam di Malaysia.
2. Setelah tamat siaran tv di RTM, alunan Al-Quran dibacakan kemudian doa.
3. Setiap menjelang dan tibanya bulan Ramadhan, banyak rancangan2, forum2 dan drama2 Islam ditayangkan.
4. banyak pusat2 asuhan berkonsep Islam ditubuhkan dan mengenakan bayaran yang kadang2 tidak mampu dibayar oleh semua ibu bapa.
5. Islam menjadi subjek peperiksaan sejah tahun satu sehinggalah menengah form 5.
6. Mata pelajaran Islam juga diajar di universiti-universiti.
7. Tertubuhnya universiti Islam.
10. walaupun masjid dan musolla mudah didapati, ia tidak juga penuh-penuh kecuali ada ustaz tertentu memberi kuliyyah dan cermah.
11. masjid2 juga akan penuh apabila tibanya bulan Ramadhan dan Syawal.
12. ada golongan ustaz2 dan ulama2 dicop sesat dan menyesatkan apabila ia bercanggah dengan dasar umno atau mungkin mereka ini beserban dan berjanggut kehulu dan kehilir?!
13. Antara yang ku nampak lagi ialah rumah2 lacur murahan diserbu dan pelacur beserta pelanggan sangap ditahan oleh jabatan agama dan jarang2 pulak rumah2 lacur ‘mewah’ kedengaran diserbu.
14. Wujudnya NGO-NGO Islam yang seolah tugasnya adalah untuk mengutuk sebarang jenis konsert yang dilabel tidak Islam.
15. ada konsert2 rock tempatan dan dari luar negara termasuk dangdut Inul diharamkan manakala majlis joget, konsert2 lentok, dan konsert dangdut (kecuali dangdut Inul) juga konsert melalui rancangan TV dibiarkan seperti tiada siapa yang mau kacau.
16. Kerana sayangnya kepada Islam, stesen2 tv dan badan2 tertentu menganjurkan pertandingan tilawah Quran bagi remaja, pertandingan nasyid, dan tertubuhnya Akademi al-Quran dan Akademi Nasyid. Pemenang akan mendapat hadiah tertentu mahupun sejumlah wang ringgit atau kedua-duanya sekali.
17. Nama islam juga akan digunakan oleh bomoh-bomoh tertentu mungkin untuk melariskan perkhidmatan yang ditawarkan.
18. Aku suka menyatakan bahawa dengan ‘popularnya’ nama Islam ini, ramai juga ustaz-ustaz celup muncul memberikan ceramah dan kuliyyah di dalam studio dan akan dikeluarkan dalam bentuk audio untuk dijual dengan harga dari RM5.90 hinggalah RM10.00. Ada juga yang lebih mahal dari itu.
19. Praktis Islam di Malaysia begitu kuat sehingga berlakuya perebutan mayat diantara keluarga simati yang bukan Islam dengan jabatan agama sehingga terlupa mayat wanita monggolia yang mati dibom di Shah Alam itu yang dipercayai menganut Islam tidak pula direbut.
20. Praktis Islam di Malaysia begitu kuat sehingga ada kanak-kanak dipisahkan dari ibunya setelah keluar Islam.
21. Wujudnya pertubuhan2 tertentu yang menggunakan kanak2 dan orang2 tua untuk mengutip derma sambil membeli buku, kalendar mahupun produk2 lain seperti minyak panas, bam urut dan sebagainya. Paling menarik, harganya juga boleh ditawar-tawar.
22. Banyak suami-suami orang menggunakan Islam dan menggunakan Nama Nabi Muhammad dan Payung Emas di syurga untuk berkahwin lain walaupun sembahyang 5 waktu belum cukup dan walaupun puasa ramadhan 5 tahun lepas belum berganti-ganti.
23. Bagi pendapatku, mungkin kerana merasakan islam yang ada hari ini tidak begitu bagus, maka agama Islam Hadhari dilancarkan dan merupakan alternatif kedua dan ia bercanggah dengan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
24. Adalah bakal menjadi sebuah trend yang serius yang akan menguntungkan para perompak, para pencuri, para perogol dan para pembunuh kerana di Malaysia, ada sebahagian umatnya yang menggunakan Islam, menggunakan al-Quran, menggunakan masjid untuk sumpah laknat serta sumpah-sumpah di dalam masjid untuk menuduh merogol, meliwat walaupun tanpa bukti dan merupakan kaedah terbaik untuk menafikan kejahatan pertuduhan persundalan, pembunuhan yang telah dihadapi seseorang. Hal ini merupakan sebuah fenomena baru dalam ruang lingkup Islam di Malaysia.
Ya Tuhan, selamatkanlah kami semua! Selamatkanlah Malaysia dari bala mala petaka....-hafiz
Labels: cinta malaysia, Islam, politik, sekitar komentar
hantar terus oleh hafiz pada Saturday, August 23, 2008 2 komen-caci-maki
Inisiasi, transmisi.... OMG! reformasi!
sekarang ini jam 12:52 awal pagi buta
sedikit teruja dan berkobaran.....
Tetiba aku di inisiasi otak! Wow!!
Saat tika aku menulis ini, bersamaku adalah dendangan koir Midori dalam album Passage to Heaven, lagu-lagu irama Gregorian. Pastinya gelombang otakku sedikit tenang dan aman. Aman seketika. Tika ini. Detik ini. Waktu saat ini. Mendengar suara2 ini, sperti berada dalam gereja cukup untuk membawa perasaanku ke zaman pertengahan katolik di eropah.
Tanpa ku pedulik tentang subliminal message yang mungkin ada aku terus hayati layan lentok alunan suara-suara ini. seolah seperti alunan2 dari sorga oleh para malaikat2. sekejap, ku lupa tentang permatang pauh, lupa tentang umno, lupa tentang dollah, lupa tentang altantuya a.k. fatimah…..alangkah amannya jiwa kalau kuterus melupakan mereka, terus lupa, mereka lenyap, terus lenyap...di otak minda ku, di bumi tanah tumpah darah kencing berakku....melayan lagu seterusnya, tiba2 cahya datang. Cahya itu dari langit ketujuh, masuk terus ke tubuhku, aku terinisiasi rupanya. Ku syukur. Aku telah dicerah otakkan...!-pengalaman spiritual peringkat sederhana tinggi ini benar2 berlaku! Waaaah!!! Setelah terinisiasi...., lagu Modest Mouse sedang berjalan bertajuk Float On. Lagu berirama bunyi pelik tapi layan juga.
Aku bangun dari tiarapku.....
Terserempak dengan bekas musuh lamaku, Bibi nama kuberi si lipas rumah yang baik...
Dulu aku hampir membunuhnya tapi kasihan, dia juga makhluk tuhan. Tak pernah meluka cederakan tubuhku dan tak pernah juga melukakan hatiku... biarlah dia hidup dan sekarang ini dia duduk dengan aman di salah sebuah lemari bebaju ku setelah mendapat kebenaran secara telepati dariku hampir 2 minggu yang lalu.
Menuju ke bilik air lalu kencing secara berdiri......
Keluar dari bilik air terus ke dapur dan ‘menenggek’ air untuk membuat nescafe. (menenggek merupakan bahasa yang selalu digunakan oleh marhumah opahku yang bermaksud memasak air)
Sambil duduk terbongkok, aku menyambung tulisan ini..... oleh kerana nafsu untuk membuat hubungan seksual sedikit kurang hari ini, bolehla aku memanjangkan lagi penulisanku.
Kemana arah malaysia sekarang ini
Ya. Kemana ya arahnya tuju hala malaysia sekarang ini. Samaada kembali ke zaman feudal bersoltan dimata beraja dihati..? atau kezaman koloni portugis, british jepun..? atau malaysia menuju kearah negara Islam yang segala isi buminya ditegakkan syarie..? atau malaysia sedang menghala ke arah negara sekular seperti turki..? bagiku mudah sahaja. Malaysia telah dipacu pecut pancoot untuk menuju dan telahpun tiba ke arah negara bontot membontot. Dimana-mana saja cerita bontot dan sodomi menjadi bualan dan halwa yang amat mengiurkan..?mungkin?!? Atau mungkin juga malaysia sedang menuju kearah negara melayu bumiputra yang gagah perkasa?!? Hahaha aku dahpun memuntahkan muntah biru. Racist sucks!
Bosan dengan politik yang tak mematangkan
Kebosanan ini telahpun bermula sejak mula2 form 3 masa aku masuk PAS, bosan dengan segala karenah mak nenek kepala bapak fitnah tohmah jelek hina dari BeEnd. Ia terus semakin bosan (walaupun panas) setelah masuk DAP tahun ini.... Jugak bosan dengan BeEnd ketika ini walaupun aku telah mendeclarekan diriku sebagai pemegang mazhab NGI tanpa borang dan yuran tahunan. Aku sama sekali tidak bosan dengan isu. Isu datang dan pergi, kembang dan menguncup. Aku bosan dengan telatah lawak bodoh dari pimpinan2 bersongkok itam UMNO/BeEnd. Mereka telah menjadi pak lawak bodoh yang berjaya dari bolehland tercinta ini! Mereka telah memahat sebaik mungkin segala mengkarung pepijat propaganda dakyah dan afirmasi minda yang amat-amat keji lagi hina bagiku. Oh my god a.k.a OMG! (dalam nada terkejut-konon2) hahaha Maka benarlah kata2 lecturer law ku satu ketika dulu. Beliau mengatakan bahwa “yang berkuasa akan cuba sedaya upaya untuk meneruskan kekuasaan mereka...” sekali lagi OMG!!! Hahaha
p/s: aku adalah salah seorang bekas super senior part 7 dari UiTM. Mujurlah aku tak jadi robot...
Pesanan buat mereka yang dituduh membunuh, merogol, mencuri dan kejahatan lain
Maka dengan meneliti, membuat kajian dan mengkonklusikan situasi negara sekarang ini. Maka eloklah kiranya sesiapa sahaja yang dituduh membunuh, merogol, mencuri dan kejahatan lain agar meminta belas ihsan dari penjara atau lokap untuk pergi ke masjid2 yang berdekatan disaksikan imam masjid tersebut untuk membuat sumpah laknat. Jangan lupa untuk menyediakan teks sumpah laknat dan memegang al-Quran semasa bersumpah ya. Tuhan adalah saksi anda beserta seluruh malaikatNya. Mudahan segala pertuduhan dengan atau tanpa bukti digugurkan dari kes. Tertegaklah sudah sebuah hukum Islam? yang amat baik, fleksibel dan diyakini terbaik baik punyer. Maka dengan itu akan bebaslah kalian melata kembali dibumi malaysia ini. Bolehlah pergi bersenang santak santai kemana-mana sahaja; dan jangan lupa mendedikasikan penghargaan jutaan ribuan terima kasih buat saiful bukhori anak azlan dan ‘imam’ Ramlang Porigi manusia yang berkeahlian Umno itu.
Permatang Pauh...aku memandang dari kejauhan....
Secara peribadinya, aku tak kisah siapapun anwar, aku tak kisah samaada di melakukan sodom atau tidak, aku adalah manusia berotak durable-fleksibel. Walauapapun, aku masih lagi yakin bahwa tuduhan menyodom a.k.a membontot saiful bukhori anak azlan merupakan sebuah fitnah dan konspirasi terancang berniat jahat! Yang aku tahu, yang aku perlukan, yang aku mahu dan yang aku pasti adalah kerajaan BeEnd perlu diubah! Ditukar sesegera mungkin! Ini barang lama mesti mau kasi tukar!!! Aku berasa sedikit sedih dan kecewa kerna tidak dapat membantu, menengok, menjenguk jentera rakyat. Aku harap, penulisan2 aku ini sedikit sebanyak dapatlah membantu. Aku memandang Permatang Pauh dari kejauhan. Doa ku, agar rakyat berjaya membebaskan diri dari kongkongan versi rasis, versi BeEnd yang jahat dan jijik. Double J-JahatJijik!!!
....dan kehidupan ini memerlukan sebuah tekad, inilah perjuangan; untuk terus survive dan bahagia; agar semua jagat Malaysia ini mengecapi keadilan, kesejahteraan, kemakmuran yang sewajarnya...!
OMG...dahpun pukul 2.24am...
Tiba2 sakit perut....aku savekan dan bangun agak sedikit tergesa untuk berak.....-hafiz
Labels: aku kata, politik, sekitar komentar, UiTM yang memalukan
hantar terus oleh hafiz pada Saturday, August 23, 2008 0 komen-caci-maki
Friday, August 22, 2008
PENCERAHAN otak?!! apakah jadah maksudnya?
hantar terus oleh hafiz pada Friday, August 22, 2008 0 komen-caci-maki
mama, abah dan bendera
20.08.2008 semasa nonton berita tv3, tiba-tiba mama menelepon ku. Mama meneleponku akan darihal si dolah yang mengutuk tindakan sheih Kickdafella mengajak umat Malaysia menterbalikkan bendera. Dolah itu mengatakan bahwa tindakan menterbalikkan bendera itu kurang ajar… tetapi aku berkata, umno lebih kurang ajarnya kepada umat melayu sejak lebih 50 tahun dulu lagi… Siapakah sidolah itu? Dialah PM Malaya yang kelima. Ada yang menggelarkannya Pak Lah… member aku memangginlnya samdollah…
Akan darihal mama meneleponku…. Rupanya mama telah melihat blogku!!! Ada bendera terbalik la…!!! Alamak!!! Mama telah memberiku nasihat dengan menyimpulkan bahawa tindakan menterbalik bendera mungkin akan mendatangkan kesan kepada aku dan keluarga… Tv jahat! Tv jahat! BeEnd Jahat!!! Umno Jahat..!!!
Mama menyuruhku untuk menurunkan juga walaupun aku telah menerangkan kenapa-kenapa dan kenapa aku menterbalikkan bendera…!!! Abah juga begitu….. apapun alasanku… Mama dan abah tetap menyuruhku menurunkan juga…..hmmmmmm aku sedikit tegang… stresssss
Tak apalah, aku akhirnya akur dengan mama…. Apapun, aku tau mama dan abah sayangkan aku dan aku juga sayang mereka…… Apa yang penting aku tahu, bukanlah aku menjadi bacul atau penakut kerna menurunkan bendera yang terbalik itu...
Hakikat nyata benar lagi suci….aku tahu, dalam keadaan penuh sadar lagi meyakini bahawa, umno itu jahat dan harus di muziumkan….
Labels: cinta malaysia, sekitar komentar
hantar terus oleh hafiz pada Friday, August 22, 2008 0 komen-caci-maki
Sunday, August 17, 2008
..........??!!

Semoga segala kebenaran terungkai! Teruskan Perjuanganmu RPK!!!

Labels: benci umno, politik, saiful bontot, santai
hantar terus oleh hafiz pada Sunday, August 17, 2008 0 komen-caci-maki
Friday, August 15, 2008
Selamat...selamat dan selamaaaat!!!
Labels: benci umno, politik
hantar terus oleh hafiz pada Friday, August 15, 2008 0 komen-caci-maki
Kuota Mengarut Ke Universiti
Artikel ini diambil daripada Hanief Blogspot
Penulis: Haneif
Tidak kira samada pendidikan peringkat rendah, peringkat menengah mahu pun peringkat universiti. Apa bila gagal sahaja, tiada peluang lagi bagi mereka untuk menerima pendidikan yang berkualiti atau pun yang menepati dengan minat seseorang individu itu.Jika saya menjadi seorang menteri pendidikan, saya akan angkat semula rakyat yang ingin menerima pendidikan di dalam mana-mana universiti pilihan mereka. Kita taja mereka sampai mereka faham dan kuasai sepenuhnya ilmu yang ingin ditimba. Tiada istilah gagal pada mereka. Mereka boleh ulangi modul atau pun jurusan atau pun fakulti sehingga mereka tamat tanpa melibatkan se'sen' wang daripada poket mereka.
Labels: sekitar komentar, semasa
hantar terus oleh hafiz pada Friday, August 15, 2008 0 komen-caci-maki
Wednesday, August 13, 2008
Mahasiswa terlanjur berTuhan rasis kelas 1
Aku sudah malas mau pikir. Dah bosan dengan mainan rasis. Memalukan! Jahanam! Dan sial! Cadangan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membuka UiTM kepada non-bumi telah disambut dengan latahan yang menjengkelkan, tidak profesional dan mencerminkan kebodohan mahasiswa. Kita tolak ketepi pandangan Abu Shah. Dia memang seorang rasis kelas 1 juga pendokong, penyokong UMNO! Apa yang mau saya utarakan adalah sebuah cadangan yang bakal membuka ruang yang lebih sihat dikalangan rakyat malaysia.
10% kuota yang dicadangkan amatlah bertepatan dengan dasar Malaysia itu sendiri. Dengan 10% kemasukan pelajar non bumi kedalam UiTM akan memberikan saingan yang positif dan akan membuka lebih banyak peluang kepada pelajar bumiputera sendiri untuk lebih kompetitif dan belajar dari ‘budaya belajar’ non bumi. Cadangan Tan Sri Khalid tidak perlu disambut dengan emosi dangkal lagi memalukan, ia sepatutnya ‘disambut’ dengan program2 mencambah biakkan pemikiran melalui perbincangan dan forum2 bahas seterusnya membka satu lagi jalan ke arah kematangan dan perpaduan nasional.
Biasalah, pabila isu perkauman dimainkan, didendang alunkan... ditokok tambah sedikit ‘ajinamoto’ dan aji-ajian lain, maka inilah jadinya. Mahasiswa yang sepatutnya lebih rasional bertindak melulu. Nanti korang jugak yang nak keje dengan kompeni-kompeni cina. Bukan semua akan keje kerajaan pun.... bukan semua akan keje kompeni melayu. Rasional la sikit. Cadangan ini pernahpun dicadangkan UMNO sendiri satu ketika dulu...korang tak 'mengamuk ' pun!
_________________________________________________________
Kalau minda mahasiswa terus macam ni... Usah bicara soal perpaduan nasional! Usah bicara soal bangsa Malaysia! Usah jugak bicara soal Malaysia itu sendiri jika soal sekecil ini tidak mampu ditangani dengan bijaksana, berotak dan profesional!
Alah, mahasiswa kita pun bukan tau sangat akan perjuangan kemerdekaan malaya, bukan taupun tentang memali, bukan taupun tentang hartal... mereka tak pernah dengarpun tentang Rejimen ke 10... mereka tak tau dan tak diberitahu... mereka tak diajar dan malas atau tak mau pun belajar tentangnya... sukatan2 pelajaran, silibus sejarah ditapis-tapis... dari sekolah lagi dan bila belajar di universiti maka lahirlah mahasiswa robot yang di produsi kan oleh sebuah kilang gergasi namanya UiTM......tujuannya untuk keja macam robot, kerja dan kerja, dapat gaji beli kereta, kawin....dan bila dah tua, mati begitu saja dengan meninggalkan lagi waris2 robot yang entah tahu entah tidak tentang diri dan negara... memalukan...... adapun mahasiswa yang bagus itu, merekalah yang bakal menjadi pejuang untuk negara...
Labels: UiTM yang memalukan
hantar terus oleh hafiz pada Wednesday, August 13, 2008 1 komen-caci-maki
Tuesday, August 12, 2008
Minyak dan air tak boleh bercampur
Oleh: Rahmat HaronInilah yang terjadi jika kita lupa. Lupa dengan segala apa yang terjadi selama ini. Kekejaman dan kezaliman Bebal Nasional semudahnya luput dengan alasan-alasan lapuk ketuanan Melayu dan Islam sebagai isu sensitif. Insiden di Majlis Peguam baru-baru ini cukup membuatkan saya mual dan bersedih.
Ke mana misalnya Teras, Pekida dan GPMS pada 7 RabbiulAwwal 1406 Hijrah
sewaktu terjadinya – gelap hitam – peristiwa Memali? Kenapa keberanian mereka tidak sampai membantah habis-habisan pembunuhan beramai-ramai tersebut yang sehingga ke hari ini belum mendapat keadilan yang sewajarnya lagi. Ke mana Teras, Pekida dan GPMS dalam isu fitnah Anwar Ibrahim? Siapa Teras, Pekida dan GPMS dalam pilihanraya umum lalu dan sebelum-sebelumnya– jika tidak lain menjadi perkakas/ pencacai/barua United Malay National Organization.
Gambar syuhada memali... syahid dibunuh bangsa sendiri... mana Pekida? Mana GPMS? Mana NGO2 melayu yang lain kononnya membela melayu!!! kenapa senyap!??? UMNO!!?? butakah!?? kenapa bisu!?
Semua kita janganlah terlalu mengagung-agungkan perlembagaan yang dikarang hakim penjajah Inggeris Lord Reid itu. Semua kita perlu ingat Malaysia adalah gagasan asing Amerika Syarikat (AS) yang didokong orang seperti Mahathir Mohamad yang mengakui AS adalah, “liberator” pada waktu itu.
Ini boleh dirujuk dalam laman webnya sendiri, kata Mahathir “Yet at that time we looked up to America as a friend and liberator.” Kalau tidak masakan profesor undang-undang Havard, Rupert Emerson telah menulis dan menerbitkan buku yang berjudul, Malaysia: Direct and Indirect rule pada tahun 1937 lagi. Tahun 1937 disaat warga di tanah ini belum tahu apa itu Malaysia lagi. Malaysia hanya dibentuk tanggal 16 September 1963. Pada tahun-tahun 1960an, walhal ratusan orang telah ditangkap dibawah ISA kerana menentang gagasan Malaysia. Seperti Said Zahari yang ditahan tanpa bicara selama 17 tahun di Singapura oleh Lee Kuan Yew kerana berpendirian Malaysia adalah gagasan AS sebagai penjajahan bentuk baru.

Jangan lupa kena ingat, setelah perang dunia pertama telah ada pakatan PUTERA-AMCJA yang cukup kuat membawa gagasan Perlembagaan Rakyat dengan kata Melayu sebagai konsep tanah air dan ketuanan rakyat. Seperti kata arwah Rustam A. Sani, perlu dibezakan bangsa sebagai “race” dan bangsa sebagai “nation” (rupa bangsa). Putera-AMCJA dipengerusikan Dr. Burhanudin Al-Helmy terdiri dari gabungan pertubuhan-pertubuhan rakyat dan parti-parti politik seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya, API, AWAS, Malayan Democratic Union dan Hizbul Muslimin.
Kenapalah tidak faham-faham lagi minyak dan air tidak boleh bergaul dan bercampur menjadi satu sebatian. Majlis Peguam pula sama bodohnya, mendorong kemarahan dengan meletakkan para panelis yang terdiri dari bukan Islam. BN dan Umno memang menanti-nantikan peluang seperti ini untuk memecahkan PAS dari Pakatan Rakyat. Isu-isu agama terbukti berkesan, sejak zaman penjajah Inggeris lagi untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang budaya, agama dan kaum. JANGAN LUPA KENA INGAT-RAKYAT BERSATU TAK AKAN TERKALAHKAN!!!Jangan lupa kena ingat: bacalah buku dan tulisan-tulisan Allahyarham pemikir Rustam A. Sani.
Rahmat Haron merupakan seorang penulis bebas, aktivis dan aktivis seni.
Diambil dari artikel Amin Iskandar-Black
Labels: benci umno, sekitar komentar
hantar terus oleh hafiz pada Tuesday, August 12, 2008 0 komen-caci-maki
Hasad dengki memang perangai penoh bangsat!
Diimbas2 kembali 1990, bangsat-bangsat UMNO sering-sering aja berkata.... “ kerajaan PAS ni tiga bulan tumbangla.....” selepas tiga bulan “ hmmmm 6 bulan BN dapat balik...” kata2 angkuh ini dimain2kan dan dinyanyikan. Dimantrakan hari demi hari. Realiti hakiki yang kita lihat adalah bukan 3 bulan, bukan 6 bulan tetapi kerajaan PAS kelantan telahpun berusia 18 tahun. Kemenangan besar majoriti pada PRU 12 yang lalu membuktikan bahawa PAS still relevant dan pentadbiran negeri telahpun berjaya membuktikan kepada rakyat bahawa PAS boleh!
Setelah berjuta2 ringgit dilabur untuk menawan semula kelantan pada PRU 12 yang lalu.... setelah beria-ia benar mau merampasnya kembali, rupanya BN telah ditelanjangkan bulat2 oleh PAS. Impian Awang Adek berkecai, cita2 Anuar Musa hancussss. Walauapapun, paklah masih boleh lagi tersenyum sambil tidur di bantal empuk. Kejayaan PAS dikelantan membuktikan perjuangan Tok Guru yang dikata ustaz2 kampung diterima masyarakat tempatan. Apatah lagi sepanjang 18 tahun PAS memerintah, banyak pembaharuan2 dilakukan.
Kini, giliran negeri2 lain pula yang ditadbir Pakatan Rakyat terutama di Kedah, Penang, Selangor dan Perak. Dengan mendabik dada penuh angkuh lagi sombong. Tajol Rosli suka hati kepala bapak dia saja mencanangkan bahawa Kerajaa pakatan di Perak akan tumbang beberapa bulan lagi. Logisnya jika kita menilai, kalau dulu pentadbiran PAS di Kelantan dipenuhi ‘ustaz dan lebai’ kampung boleh bertahan sehingga 18 tahun, inikan pulak negeri yang diterajui golongan profesional. Ir Nizar bukan sahaja berkebolehan dalam engineering malah juga bertaraf ‘orang agama yang beragama’.
Labels: santai
hantar terus oleh hafiz pada Tuesday, August 12, 2008 0 komen-caci-maki
Sunday, August 10, 2008
Mengenang 10 tahun sebelum merdeka....
Buat kita, generasi muda. Generasi baharu, generasi pencerahan! Ayoh sama-sama mengingati 10tahun sebelum merdeka..... sesiapa yang masih bertuhankan umno, insaflah!!! sila berkunjung ke laman ini untuk mengetahui lebih lanjut perjuangan 10 tahun sebelum merdeka... http://10tahun.blogspot.com/
hantar terus oleh hafiz pada Sunday, August 10, 2008 0 komen-caci-maki
Apabila ISLAM dimiliki oleh lembaga-lembaga?!??
Labels: aku kata, sekitar komentar, semasa
hantar terus oleh hafiz pada Sunday, August 10, 2008 0 komen-caci-maki
Saturday, August 9, 2008
Benarkah engkau menerima rm2000 buta2 dari orang melayu???
Teringat seorang guru pernah mengatakan padaku, bahwa hidup didunia ini singkat, adakah kita mahu hidup ini terus-terus penuh rasa benci dan curiga, takut dan risau... penuhilah kehidupan ini dengan ketenangan, dengan keharmonian, rasa saling hormat dan menjunjung hak sesama insan.... barulah tenang hidup, sejahtera diri, walau dikeliling mat saleh, walau dikeliling cina, walau dikeliling india, walau dikeliling melayu. Tiada beza antara kita...tambah guruku lagi. Kehidupan ini tetap perlu diteruskan walau apa yang berlaku...pilihan terletak di tangan anda, untuk hidup penuh kemarahan, benci ataupun kehidupan yang penuh dengan damai dan harmoni....
Kita telah sama2 membina negara ini lebih dari 50 tahun, jerih perih kita jangan disia2kan, jangan dirobek hanya dengan adanya 'perkauman'....
Aku anak bangsa Malaysia-hafiz
Labels: sekitar komentar
hantar terus oleh hafiz pada Saturday, August 09, 2008 0 komen-caci-maki
Thursday, August 7, 2008
Demokrasi dicelakakan UMNO! persundalan tradisi terancang!
Hanifah Maidin, peguam yang akan mewakili Bakar menghubungi polis sebentar tadi dan disahkan bahawa Bakar a.k.a Penarik Beca ditahan dibawah Akta Hasutan. Kepada rakan-rakan blogger dan pembaca blog, marilah kita menyatakan sokongan kepada Bakar dan tidak akan tunduk diatas segala tekanan yang diberikan oleh pemerintah terhadap blogger!
Labels: benci umno, semasa
hantar terus oleh hafiz pada Thursday, August 07, 2008 0 komen-caci-maki
Friday, August 1, 2008
Jangan Angkuh!
Mutakhir ini negara dihidangkan dengan pelbagai kisah-kisah pelik lagi menghairankan malah tidak kurang juga kisah-kisah hebat yang dianggap sungguh luarbiasa sekali. Dada masyarakat malaya pada tika ini dipenuhi dengan debaran yang berkecamuk lagi pelbagai dek kerana pembongkaran, penemuan, pengistiharan disamping menanti tarikh keramat yang akan mengubah pola emosi jiwa raga keseluruhan rakyat jelata.Maklumat-maklumat yang bertaburan dialam realiti boleh dibeli semurah RM2 dan maklumat dialam maya boleh diakses dengan 1 klik ini telah pun menambahkan lagi debaran. Maklumat berkaitan asak-mengasak, tawar-menawar, tuding-menuding dan lain-lain telah pun membuatkan paksi jiwa rakyat marhaen ada sedikit bergegar. Ini kerana rakyat marhaen telah pun faham akan maksud yang dibawa oleh alam iaitu cuaca perubahan.
Cuaca yang berkemampuan untuk mencorak muka bentuk geografi jasmani serta lanskap emosional seseorang pejuang keadilan barisan hadapan, tengah dan di belakang tabir.Cuaca yang berkeupayaan menghancurkan dataran dan gunung yang tinggi serta istana seorang pemimpin kaum yang sombong bodoh lagi sempit fikirannya seraya mengecutkan 'apa yang berada dibawahnya'.
Cuaca perubahan yang sarat lagi berkecamuk serta bergelumang dengan gagasan dan gugusan r-evolusi. Ditiup oleh angin asimilasi bahang kemuakan, kemualan dan kejemuan yang jika dibaca dalam bahasa manusiawi Malaysia maka akan berbunyi " KAMI DAH MENYAMPAH !!!! ".Jaringan rakyat jelata serata negeri, ceruk rantau, bawah tanah dan dalam bangunan semuanya sedang mengumpulkan nafas-nafas secara perlahan-lahan dan akan menghembuskannya secara serentak pada masa yang dinantikan dan akan mengakibatkan SUPER TSUNAMI POLITIK MALAYSIA.Kepada pemimpin United Malays National Organisation, jangan angkuh sangat...luthfi
Sebahagian besar rakyat malaysia yang matang dan terbuka semakin menyampah dengan propaganda fitnah UMNO, dan dah benci dengan segala affirmasi2 berniat jahat untuk memecahbelahkan perpaduan kaum di malaysia! Mereka memutar belit sejarah dan fakta.... mereka menipu bangsa mereka sendiri...Jom hapuskan dakyah mereka!!!-hafiz
Labels: anti rasis, benci umno, semasa
hantar terus oleh hafiz pada Friday, August 01, 2008 0 komen-caci-maki



