malam terus lewat...terus gelap...terus sunyi... dan dentum mercun juga makin slow... ia aktif tika jam 8 hingga 1 pagi... sekarang ini ia sudah tak berbunyi lagi... sambung esok mungkin....
hari esok hari raya... ingat jangan dilupa... yang masih miskin papa kedana... yang tersepit mangsa kapitalis... yang menyepit sebagai kapitalis... yang kaya hebat berkuasa... yang tak kaya kena seksa, hina dina sempit sesak napasss.... nak kaya ada yang berhabis masuk MLM.... anak-anak yatim jangan dilupa... tiada beribu...tiada berbapa... tiada kedua-dua... mereka istimewa... melayu india cina... kita anak malaysia... anak manusia... ya. manusia. haiwan berhotak berpikir... dari hulu cerok kampung...sampai pekan bandar metropolis...ya. kita anak manusia. manusia-manusia.
politikus gersang sangap kuasa.... dan mereka terus mempropagandakan semuanya... ya. propaganda. Yang memakan adalah kita... yang termakan adalah tertipu... yang tertipu itu dikalangan kita... lalu berterus-teruslah legasi kebodohan dan kebutaan disebabkan oleh politikus gersang sangap kuasa ini... ya. ya benar. ya benarlah apa yang dikata.
hari raya. hari mulia. hari beraya. hari merayakan. sebuah simbolik perjuangan. dan jangan ianya hanya dalam buku. dalam kitab. dalam kertas. dalam kaset semata. ya. hari raya... hari simbolik... simbolik kemenangan... simbolik kebebasan... simbolik kemanusiaan... ya. jangan terlupa. jangan buat-buat lupa.
lalu ku pohon kemaafan, terkasar bahasa. biarlah kasar...ianya benar... lalu kupohon kemaafan tersalah silap... ya. aku bukan suci sempurna. ya. yang silap ku pohon meaaf. Salam lebaran ini buat semua pembaca, penggemar. pembenci. universalkita.
maka, makian dan cacian di dalam hati jiwa itu. ku maafkan. ya. inilah kebebasan. ya. hari raya ini. bergembiralah. tanpa melaupa dan berasa sangsi lagi. bahwa sinar suria akan menjelma esok. membawa kita semua. ya. kita semua. ke alam baru. ke daerah baru. ke kepala dan hotak yang dicerahkan! -hafiz
Tuesday, September 30, 2008
SALAM IDULFITRI
Labels: ucapan
hantar terus oleh hafiz pada Tuesday, September 30, 2008 5 komen-caci-maki
santai-santai
Hari raya sudah semakin dekat.... lalu semakin ramai yang pulang kekampung... samaada menaiki kereta, motorsikal, berjalan kaki? naik tren, naik flight... matlamatnya tetap sama. iaitulah balik kampung.aku sekarang di kampung, kampungku di gugusan manjoi. Sehari dua ini sibuk memberesin sedikit kerja tertunggak di rumah. dan malamnya berpeleseran di pekan Ipoh bersama teman-teman. Ya. kawan-kawan. Berpeleseran bersama kawan-kaan amat menyeronokkan. Walaupun tidak membuat aktiviti sosial yang melampau. kami tetap happy sambil borak santai minum teh di dataran Bandaraya Ipoh. mana dia warga ipoh yang tak kenal Lori Berdapur. Deretan lori2 inilah diletakkan meja-meja makan. Hampir belasan lori berdapur ditempatkan disini.
Hanya sedikit gambar2 sempat dirakam. Bro. Is dan Bro. Prem dan sempat juga merakam sekeping dua gambar bersama tokoh yang dikenali ramai. hahaha korang pasti kenal siapa dia kan?
Labels: santai
hantar terus oleh hafiz pada Tuesday, September 30, 2008 0 komen-caci-maki
Saturday, September 27, 2008
Ipoh, yik foong dan kebebasan
Ingin merasa kehangatan berhariraya lantas aku pergi ke bandar ipoh.

seronok. Sebab ipoh adalah Ipoh. Ipoh ada identitinya sendiri. MB Perak juga takkan menjadikannya seperti Kota Bharu. Ipoh akan hilang identiti. Berjalan-jalan di ipoh terasa bebas. sama bebas seperti di KL. Aku selesa. Tak takut. Tak risau. Ya. Di Kota Baru aku risau. Risau kalau kena tahan pacaran. Ya. Aku suka pada bebas. Kota Bharu lain. Ipoh lain. Ini dua pekan amat lain sekali!
ada ruh. Tetap ada spiritnya. Ya. di Yik Foong ada kebebasan. Di Yik Foong ada jual macam-macam. Di Yik Foong ada macam-macam manusia. Ya. di Yik Foong amat majmuk sekali. Ya. Kebebasan di Yik Foong adalah kebebasan Ipoh itu sendiri. Ya. orang ipoh pandai. Ya. Orang Ipoh suka kebebasan. Seman Mulut Linchor juga tau. Tanyalah sama dia! Ya. sememangnya ipoh mali talak sombong meh!! -hafizLabels: ipoh mali talak sombong
hantar terus oleh hafiz pada Saturday, September 27, 2008 12 komen-caci-maki
malam hari minum di maple
Di dalam bilik. ada lampu. ada kipas. ada bihun goreng. sedikit pedas tapi dalam keadaan yang sedap dimakan. Hari ini tak sibuk. duduk di kampung. waaah segalanya rasa rehat. selesai. jam 3.43 pagi. bangun. lalu mengambil sebiji pisang. Ya. buah pisang. pa ya sin nga = pisang.
Sekarang ini. aku bereksperimentasi memakan buah pisang di pagi buta. Atau sememangnya aku yang nak makan. Tiadalah pula menjadi masalah buatku. Tanda lailatul qadar tidak pula kelihatan. atau aku tak dinampakkan. siapalah aku disisi tuhan. cuma manusia biasa yang jahat tetapi penyantun.
Tadi, kurang lebih jam 1 pagi. aku berlepak minum di maple. bukan daun maple. tapi maple. mim alip pa lam ya. ya. maple. Lepak bersama teman sekomuniti. Namanya Is. Is adalah nama panggilan. nama sebenar dirahsiakan melainkan untuk tujuan resmi sahaja. Kami sembang panjang. cukup dengan nescafe o dan watermelon jus. Ya. memang kami sembang panjang. Lama tak jumpa. lama tak bersama. Tentulah hakikat nyatanya bahwa kami ada banyak cerita. Ya. panjang benar ceritanya.-hafiz
Labels: kampungku, komuniti, santai
hantar terus oleh hafiz pada Saturday, September 27, 2008 1 komen-caci-maki
Friday, September 26, 2008
sial-sundal-sial lalalala
semakin sial jadinya...
semakin busuk jadinya...
lebih busuk dari sebuah najis...
lebih haram dari haramjadah...
tak boleh lagi disamak...!!!!
(chorus)
politik atasan politik murahan...
politik duit wang ringgit....
politik nama, harta, projek...
arrrggghhhh gila! gila! mereka gila! sial!!!!
politik sial golongan songkok hitam keris mencanak...
guna nama, gila kuasa, haahaahaaa sial mereka...
songkok hitam...sial sundal....
dakinya tak nampak...sial...sundal...
baju melayu...keris mencanak... huh angkuh....
(chorus)
guna nama agama...mereka sundalkan agama!!!! sial!
guna nama bangsa....meeka sundalkan bangsa!!!! sial!
semua itu sial...sial...lalala...sial....lalala sial lalalala sial!
guna ISA....sial mereka...!lalalala...
guna ISA...mereka sial...! lalalala...
tangkap orang!....sial!!! lalalala....
ISA legasi penjajah sial mereka guna...mereka sial!!!!!!
songkok hitam pergi sembahyang....tuhan laknat! lalala
songkok hitam bagi zakat....tuhan laknat!lalala
hahahahaha sial mereka! hahahaa sial mereka!
kita berakkan-kita berakkan-kita berakkan...
kita berakkan-kita berakkan-kita berakkan mereka sial...!
lyric by:-hafiz
Labels: lagu
hantar terus oleh hafiz pada Friday, September 26, 2008 2 komen-caci-maki
Thursday, September 25, 2008
dimana kita...dimana mereka...
Dimana kita ketika ini ya? Tika masih ramai marhaen yang makannya sekadar nasik kosong berlauk garam? Tika ada marhaen tidur tak berbumbung merempat dijalan meminta-minta. Tika masih ramai anak2 lacuran bermain dilorong-lorong menunggu si ibu yang melayan lelaki sangap? Tika masih ramai pelajar UiTM yang menjadi penganggur tehormat? Tika ada orang dikurung tanpa bicara bertahun lamanya? Tika masih ada keluarga yang mati membunuhkan diri kerna kesempitan uang? Dimana ya? Mana itu dimana? Mana mana mana?
Dimana kita ketika ini. Sedang ramai mansia diluar ini yang amat-amat dhaif? Dimana pula UMNO ketika ini? Sibuk memikir hal pertukaran kuasa dan pergelutan atasan yang bahaya? Dimana keadilan ketika ini? Sibuk untuk mendapatkan jawatan PM untuk Anwar Ibrahim? Dimana PAS ketika ini? Sibuk mengharamkan itu dan ini? Dimana DAP ketika ini? Sibuk dengan ceramah teressa kok yang mengadu makanannya seperti makanan anjing? Dimana ya kita semua? Dimana tabligh2 ketika ini? Sibuk berurusan di mesjid mengajak manusia mendengar bayan? Dimana PEKIDA ketika ini? Sibuk menangkap pemuda-pemudi yang sedang berdakapan? Dimana jemaah-jemaah islam yang lain? Sibuk mengedar risalah menutup aurat di jalan-jalan? Sibuk dengan usrah? Sibuk dengan tamrin? Ya. Dimana kita ketika ini? Lembaga2 zakat pulak sibuk dengan kutipan mana yang terbanyak! Tak gitu kan?
Dimana dato ahmad bukit bendera ketika ini? Sibuk memilih cincin mana yang paling besar untuk dipakai tatkala raya? Dimana Nasarudin Tanawi ketika ini? Sibuk berceramah mengharam itu mengharam ini? Dimana ya mereka semua? Dimana ya kita semua? Sibuk dengan segala cengkadak teori? Lalu terawangan disatu daerah yang jauh? Lalu semuanya jadi kecil? Yang besar itu kita? Yang kita itu besar sangatkah? Hahaha ya. Kulop seman bin kulop senin tak paham-paham lagi....heh Ha? Halo-halo? Weh korang dimana? Aku disini!!! Sibuk nak balik kampung!!!-hafiz
Labels: aku kata, kepalahotak, santai
hantar terus oleh hafiz pada Thursday, September 25, 2008 6 komen-caci-maki
Tuesday, September 23, 2008
matang itu ada beza dengan tolol
Ceghodik a.k.a cerdik
Amat yakin lagi pasti. Malaysia sedang menuju kearah negara bebas yang demokratik dan sivik. Pengetahuan, kematangan beragama dan berpolitik sedang meningkat. Kekolotan kepala hotak dibelenggu propaganda bodoh UMNO dan BN semakin berkurangan. Ada kajian mengatakan bahawa kekolotan ini sudah sampai ke tahap pupus, tetapi tiada pula badan kerajaan yang mau menjaganya kecualilah BTN yang tidak lagi berbisa. Tumpul.
Teringat satu ketika dulu, ada orang lama mengatakan kalau pembangkang memerintah, rakyat akan makan ubi kayu....lagi....kalau pembangkang menang, diaorang mana ada duit nak buat pembangunan....lagi...kalau pembangkang menang negara akan huru hara....sekarang ini, aku hanya akan mentertawakan mereka samaada sadar mahupun tidak. Inikah mentaliti sebagai rakyat yang dikata 50 tahun merdeka? Hahaha Ya. UMNO memang telah berjaya memprogramkan propaganda ini. Tetapi sekarang, rakyat mula ceghodik a.k.a cerdik a.k.a pandai untuk menilai.
Makanan memualkan?
Komplen YB kesayanganku Teressa Kok untuk makanan yang memualkan di dalam ISA aku taklah pandang sangat. Soal makanan itu isu yang remeh. Aku juga belum pernah masuk Isa, tapi aku merasa untuk makan nasik kosong berkuahkan dal mamak sampai berhari2 lamanya, merasa juga untuk makan roti canai biasa pagi-tengahari-malam non stop selama beberapa hari lamanya semasa zaman kemiskinanku dulu. Kalau dilihat sekitar kita, bukan setakat ada yang tak dapat makan telur rebus, malah ada yang masih berlaukkan kicap maupun sos tomato-mereka tak perlu masuk ISA untuk makanan memualkan. Cukuplah dengan tekanan sistem kapitalis yang mencengkam mereka. Apa YB Teressa nak makan Chicken Chop atau Bak Ku Teh di dalam tahanan?! Buatlah special request!!! Hahaha isu yang ditimbulkan YB Teressa Kok ini walaupun nampak remeh tetapi ia membuka mata rakyat Malaysia umumnya kepada hak asasi manusia.
Rakyat Malaysia sudah semakin matang kepala dan hotak mereka. Dengan situasi politik seperti ini di pakistan maupun afghanistan, mungkin akan berlaku riot dimana-mana. Disana bom disini bom disitu juga bom. Didepan kena tembak, dibelakang kena ketuk. Tetapi ia tidak berlaku di malaysia. Hj Hadi, walaupun pernah mengkafirkan UMNO satu ketika dulu, masih cool & steady kerana tidak melancarkan jihad darat dan laut kepada kerajaan. Kita perlu berterimakasih kepada Hj Hadi kerana beliau masih mementingkan semangat demokrasi dan punya karisma dalam hal ini. Orang2 PAS juga sekarang ni semakin berlambak dengan manusia2 yang bertitle profesional. Siapa sangka, sebuah parti yang dicop parti kampung dan parti lebai mampu mengorak langkah kedepan. Malah umno sendiri tak mampu untuk menyaingi mereka!
Bagiku, PAS perlukan sedikit anjakan minda dari kamus konvesional kepada kamus moderate dan liberal. Orang seperti Nasarudin Tantawi itu perlulah di brainwashkan terlebih dahulu oleh BTN Pas sebelum memberinya jawatan.
Atas kelancangan mulut dato bukit bendera satu ketika dulu. Kejelikan dan kekotoran itu disambut secara profesional oleh Lim Kit Siang. Tidak pula beliau membawa sepanduk berarak di bandar george mendesak datok tak sedar diri itu diusir ke Gujerat. Tahniah YB Lim Kit Siang! Ipoh mali talak sombong meh!!!
Terima kasih juga buat Anwar Ibrahim, sebagai ketua pembangkang, beliau tak pula melancarkan Reformasi jalanan seperti dulu. Kali ini tindakannya bertapis, cakapannya berlapik. Kalaulah entiti2 yang dikata sebagai pembangkang ini tidak profesional dan ekstrem, maka aku pasti menteri keturunan arab dari tanah wahabi itu adalah manusia pertama menukar kerakyatan hahahaha aku menyeru seluruh ahli2 BN dan UMNO supaya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembangkang a.k.a Pakatan Rakyat dan rakyat khususnya untuk keamanan yang sama-sama dijaga ini. Siapa kamu untuk claim itu dan ini. Tanpa kami rakyat marhaen terbanyak, gaji kamu juga tak terbayar!
Cara berpolitik di Malaysia perlulah kita sama-sama akui bahawa kita sedang maju mental dan sedang menuju kearah sebuah negara yang rakyatnya berfikiran matang. Keganasan, pembunuhan, penghapusan kaum tidak berlaku disini. Kita tidak menggunakan pistol, senapang, lastik, bebatu, pedang, bom dan kereta kebal untuk berpolitik. Letupan disana sini, hanya akan kedengarang semasa Ramadhon dan Syawal.
Labels: aku kata, cinta malaysia, kerajaan baru
hantar terus oleh hafiz pada Tuesday, September 23, 2008 7 komen-caci-maki
Monday, September 22, 2008
Hirauan, hirau dan tak hirau-hirau!
Pagi buta yang sesejuk ini aku tetap memasang kipas mengarah tepat ke susuk tubuhku. Aku tidak pula hiraukan jenamanya, tidak pula hiraukan warnanya. Malah yang membelinya pun bukan aku. Tetapi BO, housemateku yang baru aja bermigrasi ke Johor. Dengar kabar, sultannya sedikit garang. Walau pun begitu, tidaklah pula aku menghiraukannya juga.
Kehidupan yang semakin sibuk...semakin beerti!
Kesibukkkan menguruskan kehidupan beberapa hari ini tidaklah membuatkan ku lupa untuk aku makan, berak maupun bersukaria. Kehidupan terus diraikan dengan penuh rasa syukur dan positif. Setelah beberapa ketika lamanya aku berada dibumi shah alam ini, aku mendapati kehidupanku lebih ceria, lebih bermakna, lebih pengalaman dan lebih cabaran. Tidaklah pula aku tak seronok berada di tanah tumpah darah aku sendiri. Perak. Cuma, bila bermigrasi kesini, lebih ramai yang ku kenal dan lebih banyak perkara yang boleh ku lakukan. Tidaklah pula aku melupakan kengkawan di Perak itu, malah keluargaku sentiasa dalam ingatan.
Meet Uncle Hussain
Lelagu dari Meet Uncle Hussain tidaklah pula melalaikan aku untuk mencucuh sebatang dua rokok. Malah aku mampu untuk menghisapnya dengan amat gembira sekali! Aku sebenarnya baru aja jatuh cinta sama lelagu dari Meet Uncle Hussin ini walaupun telah lama mengenali mereka. Tidaklah pula membuatkan aku lebih hirau dari kehirauan yang lelainnya.
Percaturan yang belum sudah-sudah...
Meniti hari-hari pertukaran kerajaan. aku tetap hiraukannya. biar lambat asal selamat. Dengan harga pasaran minyak dunia yang semakin turun dan minyak di negara kita tak turun-turun, aku juga hiraukannya. Aku masih hirau pokok basis apa yang berlaku. Dengan permainan rasis yang dikurangkan dan yang dikuatkan volumenya oleh manusia jijik yang tak sedar diri dan jelik, aku amat hiraukan mereka walaupun mereka memang tak hiraukan aku. Aku hiraukan negara ini. Tempat aku mengenal pahit manis hidop dan tempat ini jugalah aku merayakan kehidupan. Mereka nak hirau apa? Mereka boleh lari duduk di australia, switzerland, UK, ireland, saudi bahkan ke timor leste dan afghanistan. Aku amat hiraukan negara ini walau apapun yang berlaku. Siapa kata aku tak hirau?!? Aku adalah anak bangsa Malaysia. Mereka mau hirau apa...mereka mungkin anak bangsa itu anak bangsa ini.... aku sudah bosan dengan bangsa itu dan bangsa ini. Aku hanya mau mengaku bahwa sesungguh benarnya aku adalah bangsa Malaysia! Ya. Bangsa Malaysia! Aku salahkah!? Mereka hirau apa?hahah ya mereka hirau apa??!?!?
Gajian yang tak pernah cukup!?
Mendapat gajian yang tak pernah cukup-cukup dengan part time yang berlambak. Biasalah. Manusia memang macam ni. Lebih2 lagi manusia semacamku. Siapa lagi yang mau hiraukan tentang gaji aku ini. Memasing ada gajian memasing. Kalau ada manusia yang hiraukan tentang gaji ini, maka eloklah didermakan sebahagiannya untukku. Aku terbuka untuk menerima sumbandan ikhlas dari sesiapapun! Dan aku juga merupakan pekerja yang bagus dan penuh dedikasi!
Hirauan yang positif!
Aku sekarang ini sedang menghiraukan apa yang berlaku padaku. Jam sekarang ialah 0421 pagi. Rupanya aku sedang mengantuk...tapi sebelum itu, ucapan selamat pagi buat KID-Mohd Khairul yang berada di Tanta, Egypt sekarang ni. Terima kasih banyak untuk bahan yang diposkan buatku! Menarik sekali untuk dikongsi! Akan ku balas sebelum syawal sampai! Aku amat menghiraukannya!
Keghairahan untuk aku tidur sedang meluap-luap. Aku tidak mampu berbuat apa2 lagi.
-hafiz
Labels: santai
hantar terus oleh hafiz pada Monday, September 22, 2008 1 komen-caci-maki
Saturday, September 20, 2008
Tiada Apa Luahan....
Genre: Indo-malaya
Labels: epilog
hantar terus oleh hafiz pada Saturday, September 20, 2008 6 komen-caci-maki
Friday, September 19, 2008
Review buku koleksi aku
Ni antara buku2 yang kubaca dan menjadi sebahagian daripada koleksi buku2 aku.
Klasifikasi: 18SX/18PL
Buku 1: PENGALAMAN BERTUHAN
Hahaha tajuknya sedikit menakutkan. Memuatkan esei-esei pilihan penulisan 7 orang berkategori anak muda dari latarbelakang agama yang berlainan. Ianya tentang pengalaman, pendedahan, rasa hati dan pendapat dalam praktis, ritual dan seadanya dalam beragama. Sarat dengan sarana-sarana-‘kebenaran’- ‘pencerahan’. Membawa pembaca untuk kembali berfikir sedalam-dalamnya tentang ‘agama’ yang dianuti seterusnya memulakan langkah drastik dalam kehidupan beragama yang baru? Penulis: fathi aris omar, Pauline fan, al-mustaqeem, liau kok fah, kia meng, hari azizan, clarissa lee.
Buku 2: ISLAM & PLURALISME
Telah diharamkan kerajaan hadhari. Merungkai persoalan kepelbagaian beragama dalam masyarakat. Membongkar jenis-jenis islam-Islam totok a.k.a konservatif atau islam yang liberal. Membaca buku ini, anda akan merasakan bahawa islam itu teramat indah dan terbuka lantas menjadikan imej ‘tuhan’ lebih baik dan betapa Nabi Muhammad adalah seorang nabi yang amat terbuka. Apabila anda membaca buku ini, anda akan berkata “ooooooo macam tu…baru aku tau” dan yang paling penting, anda akan lebih mudah untuk mengklasifikasikan islam anda sendiri samaada ‘Islam’ atau ‘islam’. Hahaha memang best! Penyusun: Al-Mustaqeem Mahmood Radhi dan Khairul Anam Che Mentri
Buku 3: PATAH BALEK
Merungkai, menceritakan, membongkar, mengkritik…! Segalanya hampir semua ada di Patah Balek. Catatan2 dan sorotan2 peristiwa semasa dan pasca reformasi. Apakah makna reformasi itu sendiri dibahas rungkai dalam bentuk yang lebih reality dan nyata. Kebebasan bersuara menjadi idea besar bagi patah balek! Dibahas meliputi pengalaman2 di luar kotak
Buku 4: ISLAM, MELAYU, KOMUNIS
Buku yang mengisahkan perjuangan 3 tokoh rejimen ke 10 PKM tahun 1949. Abdullah C.D, Rashid Maidin dan Abu Samah. Ianya tentang perjuangan rakyat tanah
Buku 5: PERGOLAKAN PEMIKIRAN ISLAM
Kemelut dalam organisasi islam, kecelaruan umat islam dalam praktis, keberaniannya untuk melontar ide pembaharuan pemikiran islam…itulah yang menjadi dasar2 cacatan harian Ahmad Wahib (marhum) dalam cacatannya yang dibukukan. Ya, dia amat berani! Cacatan sekitar tahun akhir 1969 sehingga 1970an bagi aku merupakan catatan soal, cacatan bahas, cacatan enlightment seorang wartawan, seorang penulis yang berfikir di luar kotak Islam itu sendiri. “tuhan bukanlah daerah terlarang bagi pemikiran” adalah antara lontaran beliau yang membuatkan aku terkagum! Buku ini adalah bukti. Bagaimana seorang manusia, ‘bergulat’ dalam menemukan jawab pasti. Bravo!
Labels: buku, pencerahan otak
hantar terus oleh hafiz pada Friday, September 19, 2008 7 komen-caci-maki
Thursday, September 18, 2008
HOT! MAHKAMAH TINGGI MELUCUTKAN STATUS AHLI PARLIMEN DSAI!!!!!!
BERITA TERKINI: MAHKAMAH TINGGI PUTRA JAYA HARI INI TELAH MEMUTUSKAN DAN MELUCUT STATUS DATO SRI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH SETELAH HAKIM YANG BARU DILANTIK IAITU DATUK AUGUSTINE PAUL, BEKAS HAKIM YANG MENGENDALIKAN KES LIWAT DSAI 10 TAHUN LALU TELAH MENGUMUMKAN KEPUTUSANNYA. KEPUTUSAN ITU DIBUAT SETELAH MENDAPATI SALINAN PERUBATAN TERBARU DARI HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR TELAH MENGESAHKAN PEMUDA YANG DIDAKWA DILIWAT OLEH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM, IAITU MOHD. SAIFUL BUKAIRI TELAH MENGANDUNG EMPAT BULAN. he he he...sorrylah beb.! ubat mengantuk bulan posa ni..!! cendawan malaya
Labels: anti umno, BeEnd sial, benci umno, semasa, UMNO keji
hantar terus oleh hafiz pada Thursday, September 18, 2008 5 komen-caci-maki
Document 1 - Microsoft Word
hampir setiap malam ku kan menghadap ini:
Lampiran maya tanpa tajuk Document1-Microsoft Word
Sambil jiwaku sedikit terbeku bosan….
Bosan bukan beerti tidak happy......
Ianya seperti muruku yang hilang bila dimakan....
Ohhh rupanya aku masih happy!
-hafiz
Labels: santai
hantar terus oleh hafiz pada Thursday, September 18, 2008 0 komen-caci-maki
Tuesday, September 16, 2008
Magis Ramadhon akan tiba akhirnya...!
Aku percaya.....
pada magis pada sakti pada keajaiban.....
kerna aku pernah mengalami....
ya. suatu magis!
Isham. Ya Isham Rais pernah berkata2 tentang magis berhari raya....
benar betol katanya...
tutup buangkan tv dirumah...
bersembang guraulah dengan saudara-mara...
yang entah lagi bila bertemu mata....
Lalu 16 September 2008...
Hari ini....magis masih belum nampak zahirnya...
apakah magis telah tiada?
atau ditiadakan?
atau di tak nampakkan?
hahahahaha ku ketawa sendiri...
ku penoh yakin dan pasti....
Kita tidak perlu lagi menunggu hari raya...
untuk menikmati magis saktinya....
Dalam Ramadhon ini....
Dalam rasa lapar dahaga ini...
YA. Magis PASTI BERLAKU!!!!!
Labels: bahasa jiwa, ramadhon, santai
hantar terus oleh hafiz pada Tuesday, September 16, 2008 5 komen-caci-maki
KENYATAAN PENUH ANWAR: Perdana Menteri ke-6 Malaysia
Dari Malaysiakini:
16 Sept: Kenyataan penuh Anwar
Sep 16, 08 4:13pm
Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Labels: cinta malaysia, kerajaan baru
hantar terus oleh hafiz pada Tuesday, September 16, 2008 1 komen-caci-maki
HARI INI HARI MALAYSIA!
16 September 1963 - 16 September 2008 Tahun Keramat Untuk Rakyat!!!
Labels: cinta malaysia, kerajaan baru
hantar terus oleh hafiz pada Tuesday, September 16, 2008 3 komen-caci-maki
Monday, September 15, 2008
ANAK HARAM SI JANDA TIPAH
Biarkan, orang-orang ini berjalan, kesana-sini situ sana, atas bawah...aku tak mau hairankan itu…Kuala Lumpur, Ipoh, Kota Bharu, Alor Setar, Jelebu, Kampung Baru, Manjoi, Palekbang, Merkang...hahaha jugak tak mau aku herankannya....
-----------------------------------------------------------------
ANAK JANDA TIPAH
Genre: Latin America
Kalau Pak Yeop Kulup Seman bersembang kosong dengan Wak Jono, Bedan Pe’ah pulak membidan anak haram Janda Tipah, dah tiga tahun pun anaknya itu. Jaki Spek berkempen ke Mat Jong Rabun masuk pemuda AMENO, masakan Mat Jong Rabun nak masuk AMENO, dia itu orang kuat PAS kampung Semambu Bunting. Siapa yang tak kenal dengannya. Tanyalah Tok Imam Kudin Rongak, dia sendiri pernah dikapirkan Mat Jong Rabun. Temanye Tok Imam Kudin Rongak menegur Mat Jong Rabun sebab asyik menikam ekor si TOTO tu. Kesahnya Lee Ah Bu nak bukak kedai toto di tengah pekan....Leman Mulut Lincor nak main terup dengan Muthu bertikam lapan rengget....aku tetap tak mau hairankan itu.
Pepatah orang melayu: "aku budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan”
Pepatah aku : “aku budak baru belajar, kalau salah...mana salahnya?”hahaha
Aku kagum. Dengan masyarakat yang begitu suka menghukum-hukum. Dengan masyarakat yang suka bergosip dengki. Dengan masyarakat yang kononnya berada dalam Islam yang betol....Janda Tipah sanggup untuk melahirkan dan membela anak haramnya a.k.a luar kontrak.
Melaut gantang Bidan Pe’ah menanggung cemuh jiran dan orang kampung kerana membidankan Janda Tipah. Belaut-laut pahala mulut orang yang Janda Tipah dapat hasil melahirkan anak haramnya itu. Sudin Jongang tak berbapak kini sudah pun 7 tahun. Dia tak tahu beban masa lalu yang menghantui ibunya Janda Tipah. Dia juga ingat bahawa maknya Janda Tipah melahirkannya begitu sahaja. Dia juga hairan, mengapa dia tak berbapak sedangkan teman sekolahnya sudah berbapak. Dia juga tak tahu tentang Maryam yang melahirkan Isa tak berbapak juga. Masakan dia tau semua itu, mandi wajib juga belum dipelajarinya.
Aku juga kagum dengan Sudin Jongang, anak haram Janda Tipah. Dia periang, dia seperti aku juga, juga seperti anak Kadi Romli, dan anak Kadi Romli juga seperti anak Jijah Mulut Bangkai, sama saja, taik kami tetap busuk. Sekarang ni Sudin Jongang sudahpun berumur 21 tahun. Dia juga tak tahu menahu akan siapa bapaknya. Dia Cuma menganggap bahwa dirinya adalah jelmaan malaikat untuk menjaga ibunya, Janda Tipah yang memang digilai Pak Yeop Kulup Seman. Selagi dia tidak menganggap dirinya itu si Isa ibni Maryam, tidaklah pula terdetik hatiku untuk memperkatakan tentangnya. Aku pun faham, dia pun dah faham. Kita sama-sama faham. Faham dalam bahasa parsi adalah ‘fahmi’. -hafiz
hantar terus oleh hafiz pada Monday, September 15, 2008 3 komen-caci-maki
Sunday, September 14, 2008
SELAMAT HARI MALAYSIA!!!
Labels: cinta malaysia
hantar terus oleh hafiz pada Sunday, September 14, 2008 5 komen-caci-maki
Democracy is DEAD
Perasaan ketika ini: sedih walaupun sedang merayakan kehidupan
Genre: Cradle of Filth-Torture Soul Asylum
Minuman pilihan malam ini: sprite dan aquarius
Kudapan pilihan: kekacang cap pagoda cina
Tema: Pink colour
Democracy is dead
Demokrasi telah lama disundal terlanjangkan. Siapa yang tak tau. Wak Seman Ngonjeng juga tau. Masakan tidak, anaknya sendiri pernah ditahan ISA semasa geledak reformasi dulu. Walhal, budak mentah 20-an itu sedang membeli sabun breeze di kedai Uncle Chong Ah Bee buat membasuh kain! Siapa juga pun tau, demokrasi disekat cara yang terlampau. Mak Munah Bidan Terlanjur juga tau. Masakan dia tidak tau. Dia sendiri pernah di ISA kan. Ya. Dia juga pernah di ISAkan.
Cara untuk masuk ISA-berjuang untuk rakyat dan bongkar persundalan UMNO
Cara untuk mengelakkan dari ditahan ISA-isi borang UMNO
Anugerah tokoh ISA 2008- Seorang Raja bernama Raja Petra Kamaruddin (God Save The RPK! Yeaaah!!!)
Khir Toyo jawa bersongkok berotak kolot yang jahat!
Penahanan YB Teressa Kok amat sekali dikesali. Khir Toyo ini mulutnya jahat. Walaupun dia seorang doktor gigi, ini bukan beerti dia seorang yang baik. Semangat kejawaannya masih kental.Orang surau semua dah tau! Kenapa isu ini masih lagi berbangkit!? Adakah dia salah seorang ahli kumpulan zikir laga lutut? Tuhan Islam Hadhari saja yang tau....!
Casting tonite:
Cradle of Filth-band yang dijemput dari UK
Umno-parti yang disenangi penjajah British
Wak Seman Ngonjeng-pencen askar
Uncle Chong Ah Bee-bekas tokeh kedai Arak Wuu Yee
Mak Munah Bidan Terlanjur-pernah terlanjur sampai beranak tiga
Raja Petra Kamaruddin-Raja pertama masuk ISA
Khir Toyo-lelaki menumpang bangsa jawa yang bersongkok (work as freelance tempe maker)
Tuhan Islam Hadhari-ntah ape-ape ntah, dicipta oleh UMNO
----------------------------------------------------------------
Jam 1.43 pagi yang buta. Ia masih amat awal. Aku berdua bersama teman dari kuala lumpur. Masing-masing membuat hal yang masing-masing. Lelagu blackmetal sedang berkumandang di cencorongan. Aku melayan jiwa dan perasaan. Melayan jiwa dan perasaan yang remuk akibat perbuatan umno. Luka hati ini takkan terubat..... Aku sedang berusaha melupakannya. Maafkan ku wahai parti melayu.....rebranding!??? pergi mampos dengan rebranding kau hahahahaha dulu rambutku tak sempat direbondingkan. Ianya terpaksa dipendekkan atas alasan munasabah!
Labels: anti rasis, anti umno, BeEnd sial, benci umno, politik, UMNO keji
hantar terus oleh hafiz pada Sunday, September 14, 2008 0 komen-caci-maki
Saturday, September 13, 2008
Orang arab jangan campur!!!! kau pendatang!
Apa sudah jadi dengan Malaysia?!?! kenapa orang arab tu over sangat!? aku sudah malas mau dengar malah berkata-kata tentang wahabi hahahahhahahaha kau memang lelaki murah!
Raja Petra-yakni seorang raja berjiwa rakyat telah di ISA kan!
YB Teressa Kok- yakni Yb yang berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang kepada kawasannya juga di ISA kan!
Saudari Tan Hoon Cheng reporter Sin Chew Daily juga di ISA kan!
Adakah ini OPS LALANG II???
Mereka di ISA kan kerna kononnya memainkan sentimen kaum dan agama???? Whatta F***..........!!!!!
Fikir-fikirkan...
siapa yang mulakan isu ni?
siapa yang tak kena?
siapa yang dah nak ranap dah sekarang ni?
siapa yang takut kecut perut sekarang ni?
siapa yang bercincin besar tu?
yang jawa jual tempe tu apasal plak jadik tak pasal2!??
Semoga tuhan orang Islam Hadhari saja dapat memberi balasan setimpal keatas hambanya. ActionKame akan bertindak segera!
Pantun PokCik Din:
ayam sudah berkokok,
anjing sudah sahut-sahutan di dalam hutan,
mengapakah umno perangai begitu?
seperti anjing sedang menyalak di tepi hutan? hahahakahkahkah
KESIMPULAN PERISTIWA:
1) Memang wujud raja yang berjiwa rakyat.
2) RPK adalah raja pertama menjadi bloggers.
3) Selain dengki penuh hasad pada PAS dan PKR, umno juga berdengki dengan DAP-memang dasar Melayu suke berdengki hahaha
4) Utusan Malaysia berdengki dengan paper Sin Chew Daily.
5) Rupa2nya, umno hanya sedang menyalak seekor diri saja.
6) Ada pendatang arab wahabi yang suka buat kecoh- kita perlu hantar dia balik saudi.
7) Selepas isu agama dan kaum, mereka akan buka isu Yb Teressa makan daging babi.
8) Malaysia bakal mendapat PM ke 6 yang baru dari Pakatan Rakyat!
Anda tidak boleh menyerang sembarangan kepada mereka. yang terbaik ialah... Sila tunjukkan jari tengah anda buat mereka!
Labels: anti rasis, anti umno, BeEnd sial, benci umno
hantar terus oleh hafiz pada Saturday, September 13, 2008 0 komen-caci-maki
Friday, September 12, 2008
di Ramadhan yang mulia: kesialan-sundal halal menjadi tema!
Raja Petra Kamaruddin ditahan. Beliau dilaporkan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 1.10 petang tadi. Pertuduhan yang menghalalkan penahanan beliau adalah menghina Islam. ...Islam hadhari...
Selain dengan membawa YB YB pergi belajar bercucuk tanam di taiwan,
selain diperkudakan untuk membenarkan sumpah-sumpah laknat sial.....
Sekali lagi agama Islam telah dipergunakan untuk mempertahan kuasa kerajaan Barisan Nasional.
Ya. Selain menghalalkan sumpah laknat, Islam juga boleh dikudakan oleh sesiapa yang mahu memperkudakannya....
Kenyataan Ahmad Sial Dato Bukit bendera itu lebih bahaya.
bagi aku, dato sial ini lebih baik ditahan daripada Raja Petra yang berjiwa rakyat itu!
apa yang berlaku sekarang menunjukkan:
1) BeEnd sedang gila meroyan
2) BeEnd sedang menunjukkan cara menggunakan islam (memperkuda)
3) BeEnd sedang menunjukkan kebodohan mereka kepada rakyat-memang sial!
4) kerajaan BeEnd paranoid dan menunggu masa untuk karam
Harus wajib anda menunjukkan jari tengah anda kepada mereka!!!!
...dan sampaikan salam kepada BeEnd...salam perpisahan buat selamanya!!!
Berita terkini:
Bontot saipul sedang bernanah kerna dimakan sumpah!
Bibir najib semakin merah juga kerna dimakan sumpah!
Paklah sudah susah nak tidur!
Orang malaysia da semakin bijak! hahaha
Labels: BeEnd sial, benci umno, politik, UMNO keji
hantar terus oleh hafiz pada Friday, September 12, 2008 7 komen-caci-maki
belajar menanam ubi di taiwan!
Cara baca: sebijik-sebijik
Adaptasi dari bab:
“saya berasa bahagia sangat! Kakak Nanako menjadi penjaga saya!”
Nada: Shin Chan
Politik BeEnd semakin semak.
Mereka memutarkan lagu perpaduan
Tapi mereka juga memutarkan lagu rasis
Aku benci rasis,
Aku tak tertahan lagi!
Aku mau ini BeEnd kasi tukar!
YB Yb BeEnd dan Menteri-menteri tak tau apa
Sebab itu pergi melancung ke
Mereka belajar cara bercucuk tanam
Wah..aku juga pandai menanam ubi!
Aku lebih pandai dari mereka!
.................
Kakak nanako!…aku mau berak sekarang….!
Sekejaaap! Aku juga sedang berak!
Kakak…kita berak sama-sama ya…!
Labels: benci umno, santai
hantar terus oleh hafiz pada Friday, September 12, 2008 5 komen-caci-maki
Thursday, September 11, 2008
Rindu
Malam itu aku rindu
Rindu yang datang ini rindu yang amat suci
Sudah berbuku membuak rasanya di dalam hati
Aku perlukan komunikasi sekarang ini
Aku mau melepas rinduku…
Rinduku adalah kerinduan kepada tuhan
Ya…rindu pada tuhan….
Aku tak mau mati lagi!...itu bukan maksudku!!!
Lalu aku gegas ke balkoni…
Ku dongak keatas…langit indah malam itu…
Mulutku tidak kumat kamit…
Hatiku sahaja yang bicara…..
“Tuhan…aku bla..bla…bla… itu… ini…(berekspresi)”
Sesudah itu, selesailah berekspressi komunikasi dengan tuhan…
Pengajaran: anda tidak perlu membuat appointment dan membayar deposit!
Lebih mudah dari berkomunikasi menggunakan maxis! Tiada caj tambahan!
-hafiz
Jam 2:15 pagi buta yang tenang
11092008 kho mim ya sin
Labels: bahasa jiwa, liberalisasi deen
hantar terus oleh hafiz pada Thursday, September 11, 2008 2 komen-caci-maki
Pencerahan otak!?!
Berjalan-jalan di kuala lumpur banyak mengilhami aku tentang sesuatu. Ya, ia memanduku untuk terus dicerahkan otak. Pencerahan atau enlightment. Mengapa ia di kuala lumpur? ...hanya sebagai contoh. Sambil berak di jamban rumah sekalipun, ia akan terus datang. Sekali lagi kusebut... pencerahan. Pencerahan merupakan rungkaian, sebuah hakikat, sesuatu kesimpulan untuk sesuatu yang lain. Ops...nanti dulu, anda tidak dibenarkan untuk terawangan sekarang ini!
Perasaan anda yang sepatutnya sekarang ini: tertanya2 seraya menggaru kepala
Lagu yang sesuai diputarkan: Enigma. Degung Sekuling juga sesuai.
Pencerahan-hakikat kepada realiti
Apabila anda dicerahkan otak. Perkara yang biasanya menjadi yang pertama bermain di kepala ialah “kenapa aku sekarang ini suka menyoal-nyoal?”...anda mulanya akan menyoal-nyoal kepada diri anda sendiri! Kemudian mula bersoal-soal bersama teman, atau bersoal-soal kepada pakcik dikampung....anda mungkin ditempelang! Awas!
Perasaan anda yang sepatutnya sekarang ini: semakin blur-blur....tak faham...
Lagu yang sesuai diputarkan: Enigma.
Apakah semuanya ini?
Baiklah. Aku memahami pencerahan seperti ini.....
“pencerahan otak itu merupakan sebuah pencerahan pemikiran. Dimana sesebuah pemikiran samaada yang bersifat dogmatik seperti agama, falsafah maupun pegangan tertentu oleh sesebuah masyarakat/ individu mengalami evolusi. Ya. Evolusi untuk terus berkembang, dengan tidak meminggirkan basis asas. Pencerahan berlaku apabila segala teori dogma itu kembali melihat pada realiti seterusnya memperbaiki kelemahan dan mencambahkan sebuah kesimpulan/ hakikat yang bersifat tidak atau tidak terlalu dogmatik.” Korang faham???!!hahaha oklah...
Ini sebuah pencarian, sebuah perjalanan yang amat ‘best giler’, menggapai untuk pencerahan ibarat korang sudah bersedia untuk sesuatu yang baru dan ‘lebih aman’!
Ide-ide kebebasan adalah antara cambahan-cambahan ‘pencerahan’. Ada intelektual menyifatkan bahawa kebebasan itu sendiri merupakan ‘diri bagi pencerahan’!
Koranglah yang mengikat diri korang sehingga korang jadi terikat dan korang jugalah yang hanya boleh menanggalkan ikatan tersebut!
Untuk memahami dan mendalami lebih lanjut tentang PENCERAHAN, aku mengesyorkan korang untuk buat sedikit ‘homework’. Silalah layari www.jalantelawi.com dan dapatkan buku-buku terbitan Institut Kajian Dasar.
Salam pencerahan Otak!
Labels: pencerahan otak
hantar terus oleh hafiz pada Thursday, September 11, 2008 0 komen-caci-maki
Wednesday, September 10, 2008
jam 0315 ketika langit dilihatku
Melihat langit
Menunggu kalau ada tahi bintang melintas
Jika terlihat, akan ku berdoa, berniat moga makbul
Jika terlihat, aku antara manusia paling gembira
Melihat langit
Kalau-kalau nampak sang malaikat
Sedang bekerja sibuk turun dan naik ke langit yang tujuh
Membawa dosa dan pahala
Membawa roh dan nyawa
Membawa rezeki membawa tuah
Agar dapat ku menyapa memberi salam buat mereka
Dalam keadaan aku melihat dengan mataku
Mungkin ada sesuatu yang boleh mereka perkatakan
Tapi aku tidak mahu menjadi nabi
Melihat langit
Kalau-kalau dapat melihat sang dewa dan dewi
Sambil pegang tangan pacaran
Bersama naga sakti yang setia
Seperti diriwayat merong mahawangsa
Akan ku minta mereka membawaku bersama
Bercuti di kayangan
Kerna aku sekarang tiada uang mau ke bali
Aku kena mengumpulnya dahulu
Ku masih melihat langit
Kalau-kalau melihat ayahpin sedang santaian di sana
Bersama penghulu-penghulu kerajaannya
Bersama wali-wali dan bidadara-bidadari
Boleh ku minta sesuatu agar boleh ku bawa tidur bersama
Melihat langit begitu asyik
Tidak seperti dibawah
Ia tenang, indah, cantik,
Di bawah ini bising,
Kalaulah aku dapat tidur sekarang ini
Biar langit pula melihatku…..
Jam 7.30 nanti mau berangkat kerja….ohhh
Hafiz 0336
Labels: bahasa jiwa, santai
hantar terus oleh hafiz pada Wednesday, September 10, 2008 4 komen-caci-maki
pagi dinihari tanpa rintih dan sayu...
Mata ini tiada pula kelihatan mahu tidur. Tanda-tanda mengantuk juga tidak kelihatan. Harus aku meneruskan tulisan ini.
Semasa menonton berita-berita palsu dari tv berkaca 21 inci dirumahku jam 8 tadi. Barisan nasialnal telah menetapkan beberapa ‘etika’ untuk parti agar isu seumpama isu perkauman tidak lagi timbul. Bagi aku, tanpa menetapkan ‘etika’ ini, ia memagpun tidak beretika. Lalu, aku sekali lagi menghamburkan cacianku kepada mereka yang berbunyi. “pergi mamposss dengan etika korang!” panjangkan s anda, barulah tampak brother dan cool atau sejuk.
Aku sekarang ini telah bersendeng dengan sebiji bantal mengalas sikuku. Bukan kuku tetapi si-ku-ku. Kuku dalam bahasa cina adalah anu. Anu dalam bahasa kelantan adalah peler. Nampaknya tanda-tanda kedatangan mengantuk ini telah jelas kelihatan. Aku perlu berjaga-jaga, akan tetapi, siren kebakaran tidaklah perlu dibunyikan.
Tiba-tiba ilham sampai. Ia sampai untuk bertanya pertanyaan. Apakah antara tugas jakim. Mungkin mereka ditugaskan untuk menyesatkan orang a.k.a individu, juga tak terlepas ditugaskan untuk menyesatkan pertubuhan-pertubuhan yang dianggap sesat. Teoriku benar. Sangkaanku tepat. Dengan kerja menyesatkan orang ini, dapatlah pegawai-pegawainya gaji untuk diberi makan buat anak dan bini. Selain itu, dengan menyesatkan kumpulan atau individu tertentu, gaji tersebut juga boleh digandakan dengan pelaburan di unit trust atau saham manakala slip gaji mereka pula boleh digunakan sebagai bukti untuk membuat loan perumahan. Ya. Amat benar sekali. Kebenaran pertama telah timbul.
Ilham sampai lagi. Ilham ini dari langit ke empat. Kerajaan selalu menyuruh itu dan ini. Mereka juga membuat undang-undang. Mereka ada kuasa. Kuasa ini adalah lesen untuk membuat sesuatu. Bukan itu yang aku mau ceritakan. Aku mau ceritakan tentang pemaksaan. Pemaksaan untuk melakukan sesuatu. Pemaksaan ini sama dengan pengerahan. Pengerahan ini akan dicetak di atas kertas dan dijual di kedai2 buku berhampiran anda. Orang ramai a.k.a rakyat jelata a.k.a orang biasa, mereka dipaksa untuk membuat itu dan dipaksa untuk tidak membuat ini. Walau bagaimanapun, bukan semua orang itu mau melakukannya dan mereka akan lakukannya dengan terpaksa. Lalu, lalu ikhlas tidak berada disaat ini kerana keterpaksaan. Ikhlas itu tiada di pihak kerajaan kerana mereka memaksa. Keikhlasan telah hilang keperluan. Keikhlasan datang dengan kesedaran. Rupanya, membuat peraturan tidak perlukan kesedaran. Dengan hakikat ini, aku menaksirkan bahawa kertas yang dijual di kedai buku berhampiran anda itu hanyalah kertas yang selayaknya dibuat kertas tandas. Tujuan kertas tandas ini adalah untuk menyalat tahi di punggung tatkala selepas berak. Di malaysia, orang melayu membasuh punggung mereka dengan air tanpa mengetahui bahawa menggunakan toilet paper untuk menyalat tahi di punggung hukumnya harus! Ya...kebenaran kedua juga telah timbul! -hafiz
Labels: pencerahan otak
hantar terus oleh hafiz pada Wednesday, September 10, 2008 0 komen-caci-maki
Tuesday, September 9, 2008
tribute to ahmad sial, tribute to UMNO...
RASIS. Adegan ganaz seorang rasis si bodoh dari UMNO mengoyak gambar Koh Tsu Koon seraya berkata "aku lapaaar daraaaah cha ya nun alip" katanya. Dia akan dihadapkan ke mahkamah rakyat tidak lama lagi. Anak luar nikah lebih baik perangainya dari dia ini.
Orang Melayu dah cerdik... Orang Cina jugak dah cerdik... yang tak mengaku Melayu jugak dah cerdik... yang bodoh adalah UMNO jua....
UMNO sudah melampau. Kemajmukan masyarakat tercalar. Mujurlah rakyat malaysia sudah pandai. Melayu selain melayu UMNO adalah melayu yang pandai. Melayu UMNO baghal, sial dan haram jadah. BODOH tak bertempat. Tidak syak lagi, mereka sedang meroyan. Ya. UMNO SEDANG MEROYAN mati anak sulung!!!!!
Syair suci hari ini:Yang bodoh hanyalah mereka,
Yang bodoh adalah dato ahmad bukit bendera,
yang bodoh adalah paklah,
yang bodoh adalah najib,
yang bodoh adalah umno penang,
yang bodoh adalah umno malaysia,
pemuda, wanita, puteri juga bodoh,
ya...mereka semua bodoh..bodoh...BODOH...!
mereka akan dikuburkan!
ya. dikuburkan tanpa nesan....
Labels: anti rasis, anti umno, benci umno, politik, UiTM yang memalukan, UMNO keji
hantar terus oleh hafiz pada Tuesday, September 09, 2008 1 komen-caci-maki
tuhanku...tuhan mereka....
Mengapa tuhan yang ku kenali dari mereka sangat menakutkan sedangkan tuhan yang kukenali sendiri itu sangat indah dan menenangkan?
Kenapa mereka mengira-ngira dosa dan pahala sedangkan kejahatan itu mutlak dan kasih sayang itu tanpa batas?
Dimana mereka saat aku memerlukan sedangkan tuhan sentiasa memandu arahku…?
Dimana mereka saat aku kesakitan sedangkan tuhan telah menyembuhkan aku…?
Siapakan tuhan untuk mereka sedangkan siapakah mereka itu untuk tuhan…?
Aku sedang merayakan kehidupan. Dan kehidupan itu indah amat untukku. Tanpa mereka. Aku tetap disini. Aku tetap merayakannya…!
Terima kasih tuhan, kerna menghadirkanku di dunia, terima kasih tuhan, kerna mengurnia ibu dan ayah yang baik, sedangkan mereka entah dimana-mana….
Ya. Aku pasti. Aku tidak lagi keliru. Jalan yang kurintis ini adalah jalan yang kupilih…. mereka tiada berhak ke atasnya…mereka bukan menyediakannya untukku….mereka tidak bersusah payah pun untukku… Cuma, mereka hanya akan sentiasa mencari salah dan meletakkanMu di tempat paling menakutkan…. Kehidupan yang kurayakan ini, kasih sayang, cinta yang ku terima…aku sangat yakin…bukan dari mereka…
Terima kasih tuhanku. Ya. Terima kasih wahai tuhanku….!
hafiz
7 september 2008 / 7 ramadhon 1429
1.33 a.m
Labels: liberalisasi deen
hantar terus oleh hafiz pada Tuesday, September 09, 2008 1 komen-caci-maki
hari ini: aku ditakdirkan bosan....
Hari/masa: Hari senin 8 ramadhon 1429 jam 01:23 pagi buta,
Umum: Badan yang keletihan mata masih belum mau lelap
Background music: Lagu degung sedang mengambil tempat
Kondisi diri: Spiritualku sedikit terusik mendengar lagu degung
Perasaan: bosan amat
Cuaca: Malam tidak pula dihujani hujan
Suasana nyaman sentosa sesekali kedengaran suara enjin
Tempat: bilikku yang penuh dengan persepahan
Perkara diluar kelaziman untuk hari ini?
Semasa petang tadi, aku di apple surf cc section 7 shah alam. Tiba-tiba telepon tanganku bervibrate. Owh! Razin rupanya. Razin ialah seorang yang sedang membina harta. Dia mau bertemuku, dia tidak bermastautin di shah alam. Dia bermastautin di luar shah alam. Aku bersetuju untuk menemuinya.
Semasa menemui Razin: dia menyerahkanku sesuatu “AMWAY PERSONAL SHOPPERS CATALAUGE”
Perasaan: ……………………….
Komen: aku tak suka MLM
Perkara lazim untuk hari ini:
Menonton propaganda di bulletin utama.
Isu: ketuanan melayu
Perasaan: ?@$%!#@%@^^@@#$*&^%”..pundek! (menimbulkan kebencianku)
Komen: setiap hari adalah serupa-membodohkan pemikiran orang kampong!
Buku yang dibaca hari ini:
Pocket Sinchan jilid 19
Penulis: yoshito usui
Judul: “RANCANGAN ISTIMEWA SHIN CHAN”
Perasaan: tidak mendatangkan berahi.
Komen: harus dibaca selalu kerana
a) membantu mengurangkan stress
b) alternative terbaik kepada utusan Malaysia
c) salah satu cara merayakan kehidupan
d) tidak membazir minyak
Labels: santai
hantar terus oleh hafiz pada Tuesday, September 09, 2008 0 komen-caci-maki
Sunday, September 7, 2008
Apakah Kamu Ngerti
Apakah kamu ngerti?
Ngerti apa mas-tanya diri dalamku…
Kamu ngerti nga’ apa itu abstrak…?
Ya…abstrak itu kepelbagaian….
Kamu ngerti nga’ apa itu kepelbagaian…?
Ya…kepelbagaian itu bermacam…majmuk….banyak…itu dan ini
Okay…betul….majmuk itu apa?
Majmuk itu kepelbagaian mas!
Ya..ya..emangnya tapi apa lagi…?
Sebuah lukisan yang pelbagai warna?
Seperti biscuit..? banyak jenis dan rasa?
Alam ini juga abstrak?
Betul nga’ mas?
Ya…ya….harus apa lagi…?
Mungkin seni juga abstrak?
Ya benar…benar itu jawaban yang mau kudengar.
Diri dalamku bertanya lagi…
Apa agama juga abstrak?
Jawabku…ya, pelbagai agama adalah abstrak…
Bukan..! maksudku apakah agama kita abstrak?
Ada dua, satu yang rigid satu yang abstrak?
Aku kurang faham mas…perjelasin lagi!
Yang rigid itu adalah dijadikan manusia….
Yang abstrak itu adalah yang dijadikan tuhan…!
Boleh mas perjelaskan lagi?
Yang dijadikan manusia itu dari tafsiran mereka sendiri…
Yang dijadikan tuhan juga tafsiran sendiri….
…o begitu?! Habis mas pilih yang mana?
Aku pilih yang ku tafsir sendiri…
Kenapa mas pilih yang sendiri?
Hahahahahaha….
Kenapa mas ketawa?
Hahahahahaha….
Serius mas!
Aku pilih yang sendiri kerna ku dilahirkan sendirian…
Hahahahahaha…
O begitu?
Iya! -hafiz
7 september 2008 / 7 ramadhon 1429
1.33 a.m
401 shah alam
Labels: bahasa jiwa, santai
hantar terus oleh hafiz pada Sunday, September 07, 2008 0 komen-caci-maki
Saturday, September 6, 2008
Central Market sedang dihujani hujan...waktu berbuka..!
tulisan: hafiz
genre: isham rais
Sekarang ini sedang berada di CM, Oldtown White Coffee Kopitiam. Tempat yang murah sudahpun penuh. Aku terpaksa berbuka puasa di tempat mahal ini...haha aku posakah hari ni? hari gelap dan gerimis tebal menyelubungi. aku tak jumpa bro isham disini. mungkin dia berbuka di tempat yang lain. tempat seperti di CM adalah antara tempat kesukaanku. Aku boleh berjam-jam lama disini walaupun seorang. Mungkin CM ini sehati sejiwa denganku. Aku happy sekarang ini. Aku melayan blues seorang diri. Kehidupan sedang dirayakan sekarang ini!
Sepanjang menuju ke sini dari stesen LRT. Ada banyak grafiti dan contengan. Paling aku suka adalah perkataan ABU. ABU telah diertikan dengan penconteng tersebut sebagai Aku Bukan UMNO atau Asalkan Bukan UMNO atau Anything But UMNO. Dari dulu lagi, perkataan ABU ini tidak hilang2. Nampaknya warga CM memang bencikan UMNO. DBKL juga bencikan UMNO kerna tak padamkannya.
Labels: santai
hantar terus oleh hafiz pada Saturday, September 06, 2008 3 komen-caci-maki
HARI SABTU YANG INDAH
Hari sabtu yang indah. Semalam aku tidur amat awal. Bukan kerna letih membuat hubungan seksual, tetapi letih kerna tak cukup tidur tiga hari yang lepas. Lalu hari ini bangun seawal jam 7 pagi. Muka ku semacam sabahan ini atau semacam cindia ini atau semacam manusia indochina ini membolehkan aku bersarapan dengan penuh tenang di restoran sri mutiara walaupun sebenarnya muka aku semacam muka orang jawa atau boyan sungai rokam a.k.a non-malay. Kalau mama tahu mesti dia akan menelepon ku. Alamak....!hehehe sori mama, anakmu ini tak sengaja....
KEBERANIANNYA AMAT MENGKAGUMKAN..WOW, AMAT HEBAT SEKALI!!!
Aku sudah mual tentang hal ini, seperti mualnya seorang perempuan mengandung 2 bulan. Ianya tentang saipul. Ya. Saipul Bontot. Keberanian saipul bontot untuk bersumpah laknat di rumah tuhan amat ku kagumi. Najibulrazoq merupakan saingan kedua saipul bontot untuk bersumpah. Akan tetapi, timbalan imam islam hadhari itu tertewas juga kerana bersumpah tanpa teks yang tepat. Najibulrazoq telah kalah, saipul bontot menang. Inilah hakikat kebenaran yang tak tertewas lagi! Om mani padme hung!
DUA HERO DUA NAMA KISAHNYA TETAP SATU
Sebelum ke kisah seterusnya. Aku mengimbas Permatang pauh secara suara hati. Selain Anwar Ibrahim selaku wira di medan perang itu. Seorang lagi manusia ini patut kita nobatkan sebagai wira juga. Syabas buat Imam Ramlang Porigi! Imam Porigi boleh menerima Anugerah Keberanian Malaysia (AKM) peringkat kebangsaan. Dua kali takbir untuk Imam Porigi!!
Tiba2 sms masuk...
“ari ni kire ko sntai2 & b’asmara b’same bibi dirmh ek. Ke ada xtvt diluar b’sme teman2? Aku mcm biase ler. B’sntak sntai diopis. Moga ari ko ceria & sukses bro”
Sms dari sahabat ku Bro Ismi. Lelaki berambut panjang dan hensem ini telah lama aku tidak bertemu dengannya. Akhir temu kami adalah di PROTES kelana jaya tempoh hari. Thanks bro! Moga hari ko juga ceria dan sukses!!!
Buat cintahati: jangan salah faham. BIBI adalah seekor lipas penjaga bilik yang pemalu dan baik!
OHHH..DIA TELAH TERLANJUR...MAAFKAN AKU SAYANG...
Semuanya gara-gara ghairah! Jadi, tunjukkan jari tengah anda kepada ‘ghairah’! hahaha Keangkuhan dato bukit bendera untuk memohon maaf aku tak mau komen apa2 lagi. Bukan itu saja, seluruh bahagian umno penang tetap menyokong dia. Sokongan ini adalah sokongan membawa rebah. Dia telah terlanjur! Maafkanku sayang! Aku tak mau komen apa-apa lagi. Aku mau merayakan kehidupan ini setiap hari. Ya setiap hari. Pesananku: Pergi mampus dengan rasis korang. Ulangan: PERGI MAMPUS DENGAN RASIS KORANG! Yaaaa pergi mampussss! Hahaha
MENJUAL TEMPE SECARA PART TIME: AMAT MENGUNTUNGKAN!
Hishamuddin Rais memanggil Ezam sebagai Mat Ezam. Ya. Aku juga mau memanggilnya Mat Ezam. Manusia berkotak enam ini juga terbarai di Permatang Pauh. Mat Ezam berkotak enam ini juga tak mampu untuk mengubah sebijik undi sekalipun. Dia telah dijadikan anak tiri oleh UMNO itu sendiri. IKLAN: UMNO adalah sebuah pertubuhan yang amat disenangi British satu ketika dulu. Ya. Amat disenangi British. Tentang Mat Ezam ini kita buang saja bercerita tentangnya. Dia tak berguna sikit habuk pun untuk UMNO. Sekarang dia telah mengemis. Semasa Kerajaan Pakatan naik di Selangor Mac lepas, Mat Ezam ini sering dilihat kehulu hilir bersama seorang pendatang menumpang berbangsa Jawa penjual tempe secara part time iaitu Khir Toyo. Di bulan puasa ini, penjual tempe secara part time itu telah membuka gerai tempe di pasar ramadhan. Alhamdulillah, jualannya meningkat. Apa tidaknya , tempe keluarannya sedap sekali. Dia memang bangsa Jawa yang rajin akan tetapi aku sedikit sedih kerana dia hanya menumpang di bumi malaya ini sahaja. Kerajinannya tak kemana. Aku hanya mampu mendoakannya saja. Dua kali ‘hidup jawa’ kepada khir toyo!!
Tut tut tut....Deena menelepon....gadis cantik dari damansara....
halu-halu... u apekabar...ape citer... pose tak....
Lame tak turun shah alam... tukar keje...kelas music....
Tak de job... its ok... tak pe... bla-bla-bla (18 min 33 saat)
Deena adalah sahabatku juga. Dia adalah seorang musician. Dia bermain violin- sejenis alat musik yang digesek dan punya tali! Sahabatku yang berumur kira2 sama denganku ini amat cantik dan menawan. Semasa dia bekerja di shah alam dulu, kami selalu keluar minum2 bersama di kopitiam yang mahal. Aku suka menyuruh dia membelanja aku kerana masa tu aku adalah insan yang kurang perbelanjaan.... Thanks for calling me Deena! moga U cepat dapat kerja tu! Wish U luck! Nanti kita bukak posa sama2 di Gasolin kay!
TERINGAT TAHUN 70an
Teringat aku dulu-dulu diera tahun 70an walaupun aku dilahirkan pada 80an. Ramai orang dari tanah seberang berimigrasi ke tanah malaysia ini. Tanah seberang bermaksud dari Indonesia. Mereka ini bekerja di merata-rata, merata cerok termasuk di hulu-hulu kampung. Mereka rajin bekerja terutamanya orang berbangsa jawa. Orang melayu tika itu sedikit pemalas. Sebab itu mereka datang membantu orang melayu yang malas ini hahaha Setelah beberapa tahun duduk di tanah malaysia. Mereka telah apply untuk mendapatkan status penduduk tetap. Mereka berjaya mendapatkannya. Kemudian, mereka telah buat anak dengan banyaknya terutama di selangor dan teluk intan. Anak2 mereka diberi IC malaysia dan melatalah mereka ini di semenanjung tanah malaysia ini terus-terus beranak dan membuat anak lagi dan lagi...amat banyak sekali! Merumuskan apa yang dikatakan oleh Dato’ Bukit Bendera, orang2 asal tanah indon ini juga boleh dikategorikan sebagai menumpang! Ya. Menumpang. Menumpang aja. Hahahaha
Mahathir Mohamad adalah berdarah keturunan Kutty, maka dia tak berhak cakap pasal Melayu. Dia juga menumpang. Ya. Menumpang. Menumpang aja. hahahahahaha
p/s-aku berdarah bugis, cina dan sedikit mamak. Jadi, aku juga menumpang hahaha wei dato’ bukit bendera. Kau balikla gujerat! Hahaha
NOTED: aku heran: kenapa aku suka mengusik dato’ bukit bendera ini...sedangkan ramai lagi yang boleh ku usik. Lalu, persoalan ini menjadi misteri dalam hidupku tika ini.....OMG!
MENGHISAP WINSTON LIGHT SEMASA SIANG REMBANG
Aku adalah manusia yang akan terliur jika terbau asap rokok semasa berpuasa. masalah terliur ini tidak terjadi hari ini! Amat mengajaibkan! Hari masih mendung. Gerimis sedikit. Hari sabtu ini penuh kerehatan. Aku recharge sendiri. Setiap hari marilah merayakan kehidupan. Jojo pasti tersenyum mendengarkan perkataan ini hehe dia lebih faham. Jojo pernah berkata “...dia takda tolong menolong...tolong menolong dalam dunia dalam Malaysia ni memang takda. Dia takda tolong menolong, sendiri tolong diri sendiri. Kita tolong diri kita... (jika) Kita menolong orang, orang tolong diri sendiri. Orang menolong kita, orang yang menolong kita tu itu kira nasib ah. Itu yang orang kata, the perfect thing to do is, kau menolong orang, dan orang menolong kau; (seterusnya) dan kau dan orang itu menolong seluruh orang.hahaha...” kami lalu ketawa termasuk alip. kata-kata falsafah dari jojo ku masih ingat dan tersemat di hati. Kata-kata ini diriwayatkan semasa kami bercuti ke JB.
Jojo dan Alip juga adalah sahabatku. Kami akan bercerita tentang merayakan kehidupan bersama-sama. Kami memang suka merayakan kehidupan! Kami seronok merayakan kehidupan! Falsafah merayakan kehidupan ini tak salah aku diambil dari falsafah Bro Isham. Rupanya bro isham telah memacu kami untuk merayakan kehidupan. Thanks bro isham! Tiga kali takbir untukmu!!!
Jojo adalah seorang lelaki kacak berwajah manis dan berdarah kerinci hulu langat. Dia adalah orang yang happy go lucky dan selalunya dia banyak tuah! Manakala Alip adalah seorang lelaki kacak berwajah manis dan sangat cute. Dikelilingi dengan gadis-gadis cun! Tubuh dan wajahnya memang layak untuk menjadi sebagai seorang model pakaian! Dia berdarah melayu brunei. Dia pernah ditangkap oleh jabatan agama kerana makan di restoran mamak ketika bulan puasa.
MERAYAKAN KEHIDUPAN ADALAH TEMA YANG AMAT BAGUS SEKALI!
Apapun, siapapun dato bukit bendera...lagi, siapapun kita, ayoh rayakan kehidupan! Kehidupan ini cukup terhad untuk diisi dengan kebencian dan keangkuhan! Malaysia First! Hidup Malaysia! Hidup Malaysia! Hidup Malaysia! Hapuskan rasis! Hapuskan kebodohan! Jangan jadi berahim abu shah! Jadilah manusia normal!!!
Thanks mama kerna melahirkan dan membesarkanku. Lalu dapatku merayakan kehidupan seperti hari semalam, hari ini dan hari-hari seterusnya!!!
CASTING & SPECIAL THANKS TO
Apis-aku-lelaki separa-normal berfahaman liberal dan songsang pemikiran ; )
Mama- manusia super yang melahir, membesar, mendidikku dan menanggungku
Dato Bukit Bendera al-Gujerati- lelaki angkuh yang tak mau mintak maap
Saipul Bontot- telah dimakan sumpah. Bontotnya kini bernanah!
Najibulrazoq- timbalan imam islam hadhari-Bersumpah tidak kenal altantuya.
Anwar Ibrahim- Wirawan 1, bakal PM ke 6 Malaysia!
Imam Ramlang Porigi- Wirawan 2, mungkin dipecat menjadi imam.
Bro Isham Rais- berfahaman marxis aliran Grucho
Bibi-lipas rumah yang pemalu dan baik
Bro Ismi-lelaki hensem berambut panjang. Tambah smart jika berkaca hitam
Mahathir Mohamad Iskandar Kutty- mendapat gelaran mahafiraun di akhir pemerintahannya
Mat Ezam kekotak- bekeerja sambilan menolong penjual tempe itu
Khir Toyo-penjual tempe di pasar ramadhan
Cintahati-nama dirahsiakan
Sis Deena- gadis cantik dari Damansara
Bro Jojo- lelaki manis berdarah kerinci
Bro Alip- lelaki cute berbangsa melayu brunei
Berahim Abu Shah- lelaki contoh rasis kelas 1- bekerja sebagai NC universiti melayu malaysia
Dan seluruh individu, pertubuhan yang terlibat dengan penggambaran ‘Hari Sabtu Yang Indah’ ini.
Isi kandung filem ini tertakluk pada perlembagaan persekutuan republik malaysia.
Terima kasih kerana menonton-hafiz
Labels: aku kata, filem, santai
hantar terus oleh hafiz pada Saturday, September 06, 2008 3 komen-caci-maki
harus terus rayakan kehidupan...RACIST SUCKS!
MuZAKARoh a.k.a MUKA-BALAH...
lalu pabila BeEnd yang tunjangnya UMNO itu udah hampir tenggelam kecungapan dan mati. PAS telah hampir disundalkan dengan menggunakan istilah arab 'Muzakarah'. Penggunaan istilah arab ini memang saja disenangi PAS kerna PAS adalah parti Islam yang banyak menggunakan istilah arab. Adalah seorang dua yang terpancing dengan istilah arab ini. Walau apapun, mujurlah Tok Guru besar PAS menjadi penyelamat keadaan. itu semua tipuan syaitan... Lalu, UMNO yang ghairah itu terbantut. Kalau diteruskan, kalau tak dapat tentangan, pasti umno akan mencapai klimaks...pasti PAS disundalkan....dan sesungguhnya, PAS bukanlah sebuah parti yang mudah disundalkan semudah itu... sejarah panjangnya dengan UMNo memang banyak dan semuanya merupakan mimpi ngeri buat PAS.....
SUMPAH-SUMPAH...
Semua orang mengetahui bahawa Anwar Ibrahim merupakan tunjang Pakatan Rakyat. Dengan sikap DAP dan PAS yang semakin liberal, ia membuatkan Pakatan Rakyat semakin kukuh. Untuk memusnahkan kesepakatan ini, perkara pertama perlu dilakukan adalah 'memusnahkan ' Anwar Ibrahim. Taktik muzakaroh terbantut gagal. lalu Saiful Bontot telah dikudakan. DNA tak dapa lalu sumpah telah menjadi jalan mudah buat mereka. hahahaa nampaknya inilah fungsi agama. melepaskan orang yang tersepit agaknya!hahahaha Najib pula bersumpah.... lalu sumpah yang rasmi adalah sumpah dari Anwar Ibrahim juga setelah menang besar!
DARURAT???
16 September 2008 semakin dekat. Rakyat sedang merayakan kehidupan. Dengan perasaan penuh dengki dan cemburu. (melayu memang macam tu) lalu Dato Bukit Bendera telah digunakan!?!? Dia menghamburkan kata-kata rasis yang busuk lagi amat membahayakan keselamatan negara dengan mengungkit kisah lama. Dia kata; media telah memutar kenyataannya. Apapun, dia tidak harus mengeluarkan kenyataan itu! dia tidak harus bercerita tentang itu! Tahukah korang kalaulah orang cina tidak berpuas hati...huru hara di penang akan berlaku... lalu dengan semudahnya Dolah akan mengumumkan cuti sempena DARURAT. oleh yang demikian, senanglah untuk menangkap pemimpin2 Pakatan Rakyat!!!! adakah mereka mahu ini berlaku???
Labels: anti rasis, anti umno, benci umno, kerajaan baru, sekitar komentar, UMNO keji
hantar terus oleh hafiz pada Saturday, September 06, 2008 1 komen-caci-maki
lagi punya lagi....
LAGI TENTANG DATO' BUKIT BENDERA
itu Dato Bukit Bendera tak mau mintak maap. Di ingat dia punya kepala sangat besar?- aku pedulik apa!!!! dia bukan saja perlu mintak maap pada komuniti cina tetapi seluruh rakyat malaysia yang berasa 'seriau', tegak bulu roma dan takut dengan kenyataannya... Sebagai yang dikata 'pemimpin' cerita2 macam tu TAK PERLU DIBANGKITKAN LAGI... orang Malaysia faham dan tahu... sedar dan kerna itu kita PANDANG KEDEPAN. Untuk sebuah negara yang lebih adil, makmur, aman dan penuh kasih sayang! Ayoh tunjukkan jari tengah anda kepadanya dan UMNO hahahahaha!!!!
LAGI TENTANG MUSA HASAN
Muncul di tv...alhamdulillah, anak seorang ulama' itu selamat dan ok. boleh bercakap dan tidak lumpuh seperti yang telah dikhabar anginkan dan tidak seperti yang tercatat pada akhbar keadilan itu... cuma yang menarik adalah katanya LEBIH KURANG BEGINI..."INI ADALAH SATU FITNAH YANG JAHAT....." hahaha macam ANWAR IBRAHIM LAH PULAK HAHAHA baru dia tau....
LAGI TENTANG BE END DAN UMNO
sekarang jamku menunjukkan 10 pagi 6 september 2008. Tinggal lagi 10 hari untuk kerajaan baru. Oleh yang demikian, ayoh rayakan kehidupan!!!
Labels: anti rasis, benci umno, santai, UMNO keji
hantar terus oleh hafiz pada Saturday, September 06, 2008 0 komen-caci-maki
Friday, September 5, 2008
Moga semangatmu terus subur...!
Labels: takziah
hantar terus oleh hafiz pada Friday, September 05, 2008 1 komen-caci-maki
Thursday, September 4, 2008
Ahmad Ismail...pejuang RASIS kelas 1 bakal dijual!!!
Labels: anti rasis, anti umno, benci umno, UMNO keji
hantar terus oleh hafiz pada Thursday, September 04, 2008 7 komen-caci-maki
UMNO da nak mampos agaknya...al-fatihah

Ada orang SUKA MAIN API. Mujurlah cina di Malaysia open minded. Yela...yang kolot hanyalah UMNO. Diaorang hidup zaman hang tuah kakakakah BILA DIA MAIN API...KITA TARUH SAMA AIR!!!HAHAHA Itu dato bukit bendera memang biol dah nak mampos agaknya...BODOH!!! Itu dato' dari bukit bendera... kita hantar balik gujerat!!! itu jawa punya orang...kita hantar balik tanah jawa! itu minang negri sembilan punya orang...kita hantar balik tanah minang! ini tanah melayu punya!!! orang lain menunpang ajer!!!! RACIST SUCKS!!! UMNO memang dah buang tebiat!!!! tak lama daaahhhh... 16 September 2008 kita hantar masuk muzium!!!! Malaysia milik bersama!!!! Malaysia milik kita!!! HAPUSKAN POLITIK PERKAUMAN!!!
Labels: anti rasis, anti umno
hantar terus oleh hafiz pada Thursday, September 04, 2008 2 komen-caci-maki
Tuesday, September 2, 2008
Be End tumbang...tak lama dah....!
Percaturan kosmos, berangka tepat
Sekarang jam 1806 petang. 2 September 2008 a.k.a 2 Ramadhon 1429. tak lama dah… tak sabar dah… bukan raya, bukan sebab rokok dah naik, bukan sebab umno dah gagal di Permatang Pauh, bukan jugak Be End dah jatuh tersungkur di
Hukum Law of Attraction merungkai segala
Seorang manusia, yang mengapplikasi hukum ini, bisa sama sekali dengan izin alam dengan izin tuhan mendapat apa yang dimahu. Apatahlah lagi, kapal Be End; UMNO-MCA-MIC kian tenggelam dan bakal menjadi sejarah agung kejatuhan sebuah regim ‘baik’ dan merekalah titanic II dalam sejarah dunia. Kepastian semakin menebal, kesungguhan telahpun terlihat. Percayalah kataku bahwa UMNO hanya akan berlegar disekitar situ; “selamatkan orang melayu… selamatkan hak melayu… selamatkan tanah melayu…” mereka sukar menelan hakikat reality. Mereka sukar dan terus akan sukar. Kegagalan mereka mentadbir selama 51 tahun kian teserlah ‘cahyanya’. Mereka ketandusan pemimpin berkaliber dan berkarisma. Melayu??!! Ketawakan saja hahaha poorah! Enam Belas September kian hampir…ayoh rayakan kehidupan!
Teringat ceramah PAS dulu kala…
“Jika mahu basuh tong tahi, jangan masuk ke dalam tong tersebut! Nescaya terpalitlah tahi pada tubuh!....” khas ayat ini pernah dituju pada Anwar Ibrahim sendiri. Kini, anwar sudah tiada lagi di dalam tong tahi. Dia kini di luar tong tahi. Lebih mudahlah untuk mencuci bersih tong tahi itu! Tong tahi=UMNO/BeEnd. Riwayat BeEnd kian hampir… ayoh rayakan kehidupan!
Tak habis-habis perasan….em alahai…em aduhai…
UMNO sekarang, selain ditugaskan mempropagandakan sumpah yang tak menjadi itu, mereka juga mempropagandakan sentiment rasis. Mereka ingat ini Negara Melayu sorang saja yang punya. Sudah banyak kali aku menyebut… “ itu Cina tokey judi genting dan tokey babi juga membayar cukai. Kasi wang sama ini kerajaan. Mau bayar itu gaji Abu Shah, mau bayar itu gaji dolah dan najibulrazok!
Tiba2.. apis jom g pasar…beli berbuke….
Bo mengajakku, ok ok kataku…
Menyarung seluar panjang, naik lif ke tingkat ground,
Pergi ke motor…brrrrmmm destinasiku adalah pasar ramadhan…
Pulang semula ke rumah…
Meletakkan bihun goreng RM1.50 ku di dapur dan
Semula mengadap laptop Compaq ku ini… jam 1859…
Aku rupanya sedang merayakan kehidupan!
Ia kian hampir…kian dekat…aku terima, pasrah dan redho…aku seronok!!!
Sekarang ialah 2 September 2008, ayuh sama-sama kita kira, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15….masanya telah tiba…enam belas a.k.a 16 September 2008. Hanya di dua baris ayatku! Cukup mudahkan! Ayoh sama-sama kira- ayoh sama-sama rayakan kehidupan- rayakan kejayaan ini!-hafiz
Labels: kerajaan baru
hantar terus oleh hafiz pada Tuesday, September 02, 2008 2 komen-caci-maki




