HARAP MAAF. proses rekonstruksi sedang berlaku. AKU juga SEDANG MENGHADAPI BEBERAPA SITUASI. SEDIKIT SIBUK DAN SEDIKIT TERKEJAR-KEJAR. BERLARI KESANA-BERKEJAR DISINI. DALAM MAKAN, DALAM MINUM DAN DALAM MEMAKAI BAJU. FUUHHH. DALAM SEHARI DUA HARI LAGI, BARULAH OK.
Thursday, October 23, 2008
HARAP MAAF
Labels: pengumuman
hantar terus oleh hafiz pada Thursday, October 23, 2008 5 komen-caci-maki
Tuesday, October 21, 2008
AlFatihah buat srikandi Shamsiah Fakeh
Labels: pejuang kiri
hantar terus oleh hafiz pada Tuesday, October 21, 2008 2 komen-caci-maki
Monday, October 20, 2008
arrrgh... aku dalam situasi-situasi..!
Sesuatu semua ini, adalah sesuatu yang amat amat halus percaturannya. Sesekali ku tenggelam dalam percaturan. Seperti sekarang ini. bila situasi itu telahpun selesai. Percaturan tetap hidup. Umpama api dalam sekam. Umpama duri dalam daging. Aduh. Perit, sedih, dan air mata bukan juga jalan yang dipercayai orang lain. Bukan juga jalan untuk melepasi percaturan. Semuanya perlu ditangkis dengan percaturan kedua...ketiga...ke lapan...ke sembilan... ya. Bukan satu. Bukan semua situasi ini memerlukan bahasa yang sedih mendengarnya. Ia sesekali merupakan percaturan yang amat menyeronokkan. Umpama mencapai orgasme di puncak. Ya. Amat memberahikan. Ejakulasi matang yang sangat nikmat! Tanyalah sama Seman anak Kak Jah. Dia beristeri sembilan. Hebat percaturannya!
Ya benar. Aku sekarang berada dalam situasi. Situasi-situasi. Ya. Bukan situasi sahaja. Tetapi situasi yang melebihi dari satu. Dengan teman, dengan keluarga, dengan wang?!! Itu belum termasuk, percaturan ku dengan tuhan. Ya. Tuhan maha memahami lagi maha mengetahui. Pertemuanku dengan tuhan saban masa, saban waktu...walaupun aku biasa dengan ke laghoan, kemabukan, kesibukan.... ya. Pertemuanku dengan tuhan tetap paling mudah tanpa mengisi apa-apa borang aduan.
Situasi-situasi ini cukup tegang bagi ku. Ia sehingga mampu membuatku sakit kepala dan tidak bernafsu untuk membuat perhubungan seksual. Ia menguji segala ilmu yang mungkin ku ada, dengan reikinya, dengan meditasinya, dengan chakranya, dengan ida dan pinggalanya, dengan zennya, dengan spiritual pathnya...fuhhh amat perit. Apapun realiti percaturannya, ia sedikitpun tidak menguji ilmu2 yang ku belajar dari UiTM. Aku Cuma mendapat senaskah sijil, dan sejumlah hutang loan PTPTN yang telahpn mencecah puluhan ribu. Yelah, kata orang, perkara lama usah disesal!
Untuk segala situasi ini dan segala percaturan yang harus ku lalui, mudahan ia merupakan sebuah rahmat dan jasa, sebuah pelajaran, sebuah silibus, yang besar manfaatnya buatku. Ya. Dari tuhan untuk alam, dari alam untukku.
Situasi-situasi ini membawa aku untuk merenung, memikir dan tidur lewat malam walaupun seawal jam 6 pagi ini, aku perlu mengambil temanku di stesen bas seksyen 17 shah alam. Dia dari machang, ada sedikit urusan katanya. Ya. Keluasan stesen tersebut telah ditambah. Jalan juga telah ditar baru.
Labels: epilog
hantar terus oleh hafiz pada Monday, October 20, 2008 4 komen-caci-maki
Saturday, October 11, 2008
tuhan bukan milik jabatan agama
Genre: Yngwie Malmsteen
Kelam malam yang gelap, kudibilik seorang dan bibi masih tidur.
bibi itu bukan perempuan atau lelaki simpanan, bukan adik-adik atau anak ikan.
Bibi merupakan lipas bilik yang pemalu dan baik. Sudah tiga kali ku pernah nyatakan akan hal ini. Tetapi, tidaklah ku pasti; deena; gadis cantik dari Damansara mengetahui akan hal ini.
Apapun aku tidak mau jabatan agama mengetuk rumahku. Ya. Sahabatku pernah menjadi mangsa fitnah jiran akibat undang2 yang digunai jabatan agama ini. Ya. Undang2 itu memangsakan sesiapa sahaja. Ya. Pastinya undang2 ini menyekat kebebasan untuk membantu rakan dari jantina yang lain. Maka, lebih beruntunglah komuniti PLU dari komuniti straight. Jadi, jika anda seorang lelaki dan sekiranya teman wanita anda meminta bantuan memghalau ular yang masuk ke rumah, maka anda Cuma perlu menelepon jabatan agama. Biar mereka sahaja yang menghalau ular tersebut. Ya. Aku serius! Sekurang2nya mereka bukan saja dapat berbakti kepada agama, mereka juga berbakti kepada masyarakat. Tanyalah sama ustaz nor azli musa. Beliau akan menggangguk.
Alkohol
Budak-budak yang meminum arak di club-club, pub-pub, cafe-cafe biasa kalau diserbu jabatan agama akan ditahan, didenda, ditazkiroh. Dato dan tansri yang meminum arak di club-club, pub-pub, cafe-cafe yang elite tidak pula diserbu. Satu lagi realiti hakiki yang menunjukkan jabatan agama hanya akan menahan, mendenda orang tak berduit dari mereka yang kaya-raya. Ya. Yang kaya-raya. Bapak kapitalis melayu. Yang kaya terus kaya, yang nak merasa kaya terus tinggal impian. Jawablah kau di pejabat agama. Hahah jabatan agama sangat hebat sekali! Lima kali hidup melayu buat mereka! Takbir! Hahaha tetapi, kalau anda minum arak di tasik shah alam, disana adalah tempat yang amat baik untuk mengilhami sesuatu. Tanyalah sama dino, dia lebih arif dan luas pengalaman!
Memakan makanan agak berlebihan siang tadi membuatkan sekarang ini aku terpaksa take a break seketika untuk berak......------.......------- kepuasan membuang air besar adalah anugerah.
Kondisiku
Kondisi aku tika ini sedikit kurang selesa. Aku selesema dan sedikit batuk-batuk. Datangnya sakit ini, moga selesailah hutang karmaku pada alam, moga diminuslah dosa-dosaku jika ada. Untuk pengetahuan semua, aku tidak perlukan jabatan agama untukku berhubung dengan tuhan. Tuhan lebih terbuka, maha mengampuni dan maha mengetahui. Sekiranya anda ditazkiroh jabatan agama. Anda akan mendapati, tuhan amat menakutkan. Trylah untuk ditahan. Anda akan mengakui akan kebenaran ini. Dan pengalaman ini, tidak akan didapati di US maupun di Jepun! Ia adalah totally made in Malaysia! Tanah tumpah darah kita!
Hidup ini marilah kita penuhkan dengan kebahagiaan. Kebahagian itu juga adalah anugerah tuhan. Tuhan tidak mencipta sesuatu untuk sis-sia. Pihak berkuasa akan ego dengan kuasa mereka. Lalu kebahagiaan aku, kita, kita semua akan mereka rampas dengan harapan untuk meneruskan kebahagian mereka?!?!
Kerajaan
Mereka mecipta, menggubal, memaksa untuk mengikut perintah mereka. Sebab itulah RPK ditahan. Tuhan mencipta alam. Manusia adalah sebahagian dari alam ini. Lalu, alam, kita, kita semua, akan dipatternkan oleh penguasa sebaik-baik mungkin. Penguasa bukanlah lembu diladang, juga bukan babi sembelihan. Tetapi penguasa adalah manusia. Dan mereka akan menggelarkan diri mereka kera-jaan. Maka, benarlah kata luthfi. KERAjaan. Ya. Benar, kerajaan akan mempatternkan kita semua dengan acuan mereka. Nafsu mereka lebih besar dari nafsu sarip dol. Pak Mat Lipat Daun mengetahui akan hal ini. Tetapi siapalah dia untuk bersuara. Dia cuma penarik beca di Pasar payang. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kerajaan cuma kais cukai tetapi amat menyedihkan kerana mereka tidak cuba untuk memahami kita.
ya. sekarang ku berada di restoran kapitalis islam mamak.
Labels: aku kata, sekitar komentar
hantar terus oleh hafiz pada Saturday, October 11, 2008 19 komen-caci-maki
Wednesday, October 8, 2008
berjalan berlari, keliling pekan, keliling kampung...
Genre: jaipongpunk
Perasaan tika ini: '0'
berjalan berlari, keliling pekan, keliling kampung,
tersengih sumbang nampak gigi,
aku memerlukan lagi rm5.50 untuk sekotak winston light,
aku juga memerlukan rm0.80 untuk sekeping roti yang dicanai,
aku sentiasa memerlukan petrol sebanyak rm7.00 sehari semalam....
sesiapa berminat bolehlah dermakan di akaun aku ini maybank 158220535462.
berjalan berlari, keliling pekan, keliling kampung,
tersengih sumbang nampak gigi, ya aku tak malu,
beberapa rakanku telah menjadi pondan tapi aku tak heran,
aku tak dengki tapi aku tak nak jadi pondan,
aku pendokong kebebasan buatlah apa saja janji jangan naya,
biarpun mereka da jadi pondan tapi aku tak malu makan dengan mereka di kedai maple,
kedai maple merupakan kapitalis islam dari suku mamak, tapi aku bukan rasis.
berjalan berlari, keliling pekan, keliling kampung,
tersengih sumbang nampak gigi, orang politik semakin gila,
terutama dari barisan nasional, umno merupakan kepala,
kepala tahi kepala botak haha kepala mak bapak depa, aku gelak hahahaha
ba wau dal wau ha = bodoh. aku gelak lagi hahahaha
aku tak memerlukan mereka pergi la jahanam,
aku memerlukan lagi rm5.50 untuk sekotak winston light,
aku juga memerlukan rm0.80 untuk sekeping roti yang dicanai,
aku sentiasa memerlukan petrol sebanyak rm7.00 sehari semalam....
sesiapa berminat bolehlah dermakan di akaun aku ini maybank 158220535462.
berjalan berlari, keliling pekan, keliling kampung,
tersengih sumbang nampak gigi, aku sangat happy-happy-happy
sesiapa berminat bolehlah dermakan di akaun aku ini maybank 158220535462
tapi aku tak mampu menjanjikan syurga, aku bukan orang pas,
tapi aku tak menjamin kamu masuk neraka, aku bukan tuhan,
tanya sama tuhan islam hadhari, dia pun tak tau.
aku bukan dolah untuk menurunkan harga minyak,
aku bukan si shahrir untuk turunkan harga ikan kembong,
aku memerlukan lagi rm5.50 untuk sekotak winston light,
aku juga memerlukan rm0.80 untuk sekeping roti yang dicanai,
aku sentiasa memerlukan petrol sebanyak rm7.00 sehari semalam....
terima kasih untuk yang menderma,
dermalah untukku di akaunku maybank 158220535462!
dermalah walaupun ku tak menjanjikan syurga....-hafiz
Labels: bahasa jiwa, derma, santai
hantar terus oleh hafiz pada Wednesday, October 08, 2008 18 komen-caci-maki
politik-anarki-hahaha
Dunia takkan aman jika masih ada lagi istilah politik dalam kamusnya. Dunia juga mampu aman dengan politik. Dan politik sememangnya juga menjadi salah sebuah software dalam mengurus tadbirkan sesebuah kelompok, komuniti, agama dan negara. Hiraki politik tidak akan hilang selagi kesedaran untuk itu ada dan ujud. Makanya, kita harus menerima keujudan ini sebagai sesuatu yang bukan makruh atau dosa dalam kehidupan kita. Suka atau tidak, ia akan ujud. Akan ada. Samaada kita sedar atau tidak. Ya. semestinya ia ujud!Pengistilahan politik rata-rata kita akan terus memahaminya dalam arus politik yang nampak ini; Parti politik. Orang Politik dan sebagainya. Tidak pula mahu aku menjumudkan pengistilahan tetapi inilah hakikat mentaliti rata-rata warga kita.
Tidak ada negara yang aku tau tidak mempunyai ketua. Kalaulah teori anarki itu menjadi kenyataan. Maka, ia adalah sejarah dalam dunia dimana sesebuah negara tidak punya ketua, tidak punya kerajaan. Ya. semuanya mampu untuk hidup aman dan memahami. Sehingga sekarang, teori anarki wujud dalam kumpulan-kumpulan tertentu sahaja. Masih belum ada negara yang mengamalkan anarkisme. Ya. kalau sesebuah negara itu mengamalkan anarkisme, maka negara itu bukan lagi sebuah negara. Ya. Ia milik kita semua. Ya. kasih sayang tiada sempadan.
Jika anarkisme menjadi kenyataan di negara kita. Ia akan dijadikan sebuah filem berstatus realiti oleh Columbia Pictures. Dan bangsa malaysia akan menjadi sebuah bangsa yang bakal dikagumi, diikuti dan diidolkan oleh kumpulan-kumpulan anarki yang ujud diseluruh dunia. Malaysia tika itu akan menjadi pencetus Revolusi Kebudayaan Baru Dunia yang bukan berqiblatkan Mao China tetapi berorientasikan Marhaen Jagat Malaysia. Ya. Ketika itu Malaysia adalah sebagai proksi utama fahaman anarkisme. Ya. Mungkin tiada lagi malaysia. Mungkin wilayah anarki malaysia. Ya. Ini pasti ditertawakan oleh Bush, Mullah Omar, Ahmadenajad, Dolah Badwi, Hj. Hadi dan Anwar Ibrahim malah Dalai Lama juga mungkin tertawa seperti ini; “hahaha”
Siapa tahu ia akan menjadi kebenaran di masa hadapan. Ya. Dukun Pak mat Leh juga tidak mampu meramalkannya. Tanyalah sama Dolah Gigi Jarang. Dia juga pasti tertawa menampakkan dirinya yang jarang dan sompeh itu.-hafiz
Labels: politik, santai, sekitar komentar
hantar terus oleh hafiz pada Wednesday, October 08, 2008 6 komen-caci-maki
Friday, October 3, 2008
makanya memang benar!
Di malaysia. Idulfitri ini disambut oleh semua orang islam. Hanya di perayaan sebegini, karat biru BN dan karat hijau PAS kelihatan bersalaman, rasis UMNO dan karat DAP juga mampu bersalaman. Semuapun kunjung mengunjung. Makan lemang yang sama, makan laksa yang sama, makan rendang yang sama, makan satay yang sama dan berak juga punya bau tahi yang sama. Malah tahi diantara mereka juga amat sukar dikenalpasti! Semuanya kelihatan sama. Tahi Dolah, tahi najib, tahi anwar, tahi lim kit siang, tahi karpal, tahi hj hadi, tahi dato bukit bendera, tahi chong ah bee tokeh kedai arak ah bee juga tak mampu diklasifikasikan mana satu. Ya. Tuhan amat hebat penciptaannya. Ya. Anak semua bangsa kata bung karno yang sering dipetik oleh bro. Isham.
Sahabatku yang freethinker juga menyambut idulfitri ini. Ia bukan sahaja menjadi sebuah sambutan keagamaan. Tetapi sambutan keagamaan ini telahpun realitinya menjadi sebuah budaya. Ia tidak sama dengan budaya keagamaan tetapi perayaan agama ini telah diasimilasikan lebih kepada perayaan budaya. Ya. Pembaharuan budaya ini sadar atau tidak, menjadi sebuah perayaan untuk semua orang islam dengan atau tanpa amalan ibadah bulan ramadhan.
Dihari raya kedua. Aku telah terberak 6 kali. Bermula disubuh lagi, tengahari, petang dan dua dimalamnya. Ini membuktikan bahawa perut telah dimasuki elemen-elemen yang bercampur dan berak-terberak itu adalah hasil manifestasi kemajmukan di dalam perut. hahaha Prof Emeritus Shahnon pasti tersenyum.
Hari Raya Idulfitri disambut. Tidak syak lagi ia amat disukai oleh tokeh-tokeh gedung yang besar. Masa inilah stok-stok lama dapat dihabiskan. Dan masa inilah mak-mak kita berborong habis-habisan. Bapak-bapak akan membantu mak-mak kita memborong barang-barang. Ya. Ia adalah perkara yang normal sejak 30 tahun yang lampau. Tanpa prejudis!
Hari raya idulfitri ini, kita sambutlah dengan harapan baru untuk sebuah penghidupan baru yang lebih baik. Tidak ada gunanya perpaduan tanpa revolusi hotak yang matang. Tiada gunanya perpaduan dengan meminggirkan yang lain. Tiada gunanya perpaduan dengan tidak membuat affirmasi bahawa kita semua adalah anak semua bangsa. Ya. Kita adalah anak semua bangsa!
Maka, pertemuan Uteh Jali dengan Pak Usop Duda Kaya di Idulfitri ini membuktikan dan mengkonfirmkan bahwa dendam kesumat sejak berdekad lalu telah padam. Dan air di Ulu Chepor tetap jernih dan sejuk!-hafiz
hantar terus oleh hafiz pada Friday, October 03, 2008 2 komen-caci-maki


