"Arus sekarang ini arus kita. Arus masyarakat yang sivik dan berpendidikan. Umno bukan pilihan terbaik. BN...sekadar nama yang bakal disejarahkan. Ayuh...! BN harus kita kuburkan...!"

Sunday, January 11, 2009

Fragan-fragan merah

Dia tidak bebal pun untuk hidup lampaunya yang dahsyat. Dan hidup yang kehadapan ini cuma untuk dihabisi menunggu tua. Tua menunggu mati. Langit yang cerah dan luruh daunan itu tidak pun sekelumit menenangkan jiwanya. Jiwanya telah lama luput dalam masa. Tubuh yang bernyawa ini cuma hantu yang berjelma memijak tanah. Juneid datang menepuk bahunya. Lamunan terik dibalik luruh daunan itu terhenti. "Jom kita minum...". Dia lantas bangun dan mengikut Juneid.
Angin sedikit kuat diluar. Guruh dilangit dengan mendung awan yang kuat menandakan hujan akan tiba. Bapanya belum pulang lagi. Ibu menyuruh Nana mengangkat kain di ampaian. Dia duduk diruang tamu sambil membelek sebuah buku yang dipinjamnya dari Ismet. Hujan mula turun lebat. Telefon berdering. Panggilan dari pakcik Abdul.

"kau nak kemana?" tanya ibu.
"bandar...."
"hujan-hujan macam ni?"
"emm" jawabnya ringkas
"hal apa?"

Dia tidak menjawab. Berpayung keluar meredah hujan. Sejuk. Ibunya kehairanan. mengerut dahi sambil tangannya terus mengait bebenang kapas. "Tuk tuk" pintu rumah Makcik Zainab diketuk. "Makcik, saya mahu pinjam kereta pakcik Jahar..."

Meluru dia membawa kereta pakcik Jahar. Sesungguhnya makcik Zainab seorang jiran yang murah hati dan baik. Hanya tuhan bisa membalas segala jasa makcik Zainab.

Tiba di Jalan Hossain. Dia bertemu pakcik Abdul di kedainya. "Semua telah diurus...kau kesana dulu, aku susur kemudian"

Tunduk melihat lantai. Matanya berkaca. Titis-titis airmata mula gugur.

Pakcik Abdul menepuk lembut bahunya. "Bapa kau syahid..." semoga tuhan menempatkannya disisi orang yang beriman.

Tiga jam dibandar. Dia pulang kerumah.

"makcik Zainab!!???!!!.............ibu?!!!??......."
"Celakaaaa!!!!"

Dia melutut. Tidak mampu lagi untuk berdiri. Luluh. Airmata lalu bercucuran. Keseorangan itu, kondisi histerik mula membuak keluar dalam dirinya. "aaaaaa......!!!!!" Meratap raung. Air mata dan hujan bersatu lalu jatuh kebumi. Dia melihat langit...."kenapa!!!!" jeritnya. Di bebatu tangga itu. Dalam basah hujan, perit dan pedih. Dia melihat realiti. Dia dipanah takdir. Rumahnya, rumah makcik Zainab. Kecai hancur. Fragan merah yang semerbak masih terbau. Tiada apa-apa lagi untuknya. Cuma memori yang takkan terpadam dan dendam yang dalam. Ada sedikit asap yang masih nampak dalam hujan, kemudian keduanya bersatu lalu lenyap serap ketanah.-hafiz

2 komen-caci-maki:

Izwan said...

aku sering menghadapi masalah utk faham hang punya karya..

Tapi aku rasa sebab susah nak faham itulah dia unik..

hahah ;P

Anak Bumi said...

salam, kunjung mengunjung,

erat silatulrahmi,

awan yang mendung,

menunggu mentari...


:)