Baru sempat hari ni update blog. peergh. apa yang berlaku diperak bagi aku adalah manifestasi dari sebuah kebodohan. kebangsatan. kecelakaan. kesialan BN dan UMNO. Keputusan sultan? Ya. Kekhilafan tak mengira siapa kita. Tahi kita tetap busuk. Ampun tuanku.
-----------------------------------------------------
Ampun tuanku. Selama ini patik amat menghormati tuanku sebagai sultan yang cool dan adil. Tetapi, akan keputusan tuanku tempoh hari. Membuatkan patik terus hilang kepercayaan pada tuanku dan kerajaan 'baru' negeri perak. Inilah perasaan patik, inilah pendapat patik. hamba rakyat yang lemah lagi kecil ini. Tuanku, ketahuilah, bahawa keputusan tuanku tempoh hari amat-amat menghancurkan jiwa patik hamba rakyat dan 444 ribu hamba rakyat yang lain. Benar, tuanku adalah payung. Tetapi berpegang pada pepatah melayu Raja adil raja disembah. Raja zalim raja disanggah. Patik rasa tidak salahkan patik berpendapat begini.

0 komen-caci-maki:
Post a Comment