"Arus sekarang ini arus kita. Arus masyarakat yang sivik dan berpendidikan. Umno bukan pilihan terbaik. BN...sekadar nama yang bakal disejarahkan. Ayuh...! BN harus kita kuburkan...!"

Thursday, July 16, 2009

manek urai tetap menang ke bulan

BN, dengan segala semua yang ada
Habis semua dana pilihanraya
Habis tv radio mencacai berita
Habis orang kampung dapat duit dapat baja dapat basikal dapat tv dapat helikopter hahaha
Habis jentera kerajaan jadi alat
Habis duit poket ketua bahagian
Habis duit poket ketua pemuda ketua puteri
Gila-gila punya lawan
Gila-gila punya kempen siang malam
Tangan jenuh salam salaman
peeergh memang dahsyat gerakkerja BN.....
Berhabis-habisanlah meraka sekalipun....
...manek urai tetap menang ke bulan!

1 komen-caci-maki:

AnakMerdeka said...

Salam.
Aku harab tulisan Hafiz ini hanyalah gurauan dan membuat provokasi nakal, tanpa berniat untuk memesongkan akidah. Apatah lagi jika fahaman Hafiz ialah, bila memangkah PAS bermaksud satu "kemenangan untuk ke bulan".. nauzubillah..

Sebenarnya majoriti penduduk manek urai yang daif itu memerlukan bantuan untuk lebih maju dan lebih makmur. Percayalah ADUN PAS itu tidak mampu membela mereka.

Sebenarnya yang memberi kemenangan kepada PAS itu adalah orang yang tinggal diluar Manek Urai, yang telah berjaya dan telah kaya. Hanya sebahagian sahaja yang memang telah keras hatinya, mengharap keredaan Allah dengan janji syurga jika mengundi PAS.

Yang lainnya sama seperti kita, mengharapkan kehidupan mereka dibela dan diubah. Mengharapkan ekonomi keluarga mereka bertambah baik. Selain berdoa kepada Allah agar mendapat keredaan dunia dan akhirat.

www.anak2merdeka.blogspot.com