"Arus sekarang ini arus kita. Arus masyarakat yang sivik dan berpendidikan. Umno bukan pilihan terbaik. BN...sekadar nama yang bakal disejarahkan. Ayuh...! BN harus kita kuburkan...!"

Sunday, August 2, 2009

Kisahku 1Ogos 2009

Benteng polis kami rempuh!
ISA wajib di mansuh!
(Gambar diambil dari sini)
*klik untuk besarkan imej

Hari terang benderang, terik makin terasa. Debar dan exited bercampur. Jam 11 pagi aku keluar rumah. Plan untuk menaiki sepeda motor ditukar terus, aku lencong ke stesyen komuter shah alam. Diketahui akan ada banyak roadblock sepanjang federal nanti. Pemandu teksi sangat beruntung, tambang dinaikkan bersebab. Ramai orang di stesyen komuter shah alam. Satu hala banyak tujuan. Berhenti disetiap stesyen, semakin berhenti, ia semakin penuh.

Aku keluar seorang. Teman dari KL, Izwan akan turun di Masjid Jamek. Aku turun di Stesyen K.L. Keadaan diwaktu ini tenang. Jam kurang lebih 1.40. Aku melangkah seperti biasa. Keluar dari stesyen. Kedapatan sudah grup-grup kecil. Anoymus. Aku tak kenal. Tapi aku tahu, ini semua temanku, teman demonstran, teman seperjuangan, yang semacam itulah. Ada pakcik2, brader2, yang sebaya, adik2, kakak2, makcik2 semuanya temanku; dan ada 2 polis disuruh tunggu dipintu keluar stesen.

Grup2 kecil ini banyak lepak2 di laluan pejalan kaki. Aku menyebrang sana; stesen LRT CM. Memerhati sekitar, sudah ada yang masuk trak polis. Betul2 dihadapan trafic light depan CM tu. “belum apa2 dah kena...” Tak sama dengan demo di kedutaan denmark dan Protes.

Keadaan sekeliling di sekitar CM

Aku berjalan lagi terus melihat keadaan. Semuanya nampak tenang, pelancong dan lokal kelihatan santai minum bir di Reggae Bar. Pekerja kedai bunga sibuk membahagi stok2 bunga. Orang masuk bank; cucuk dan keluarkan duit. Kehidupan diteruskan seperti hari2 biasa. Aku membuat sebuah pusingan u melalui maybank dan masuk semula ke area lapang bawah stesyen LRT CM.

Mula bergerak

Grup2 kecil makin ramai. Ada dalam 5 petugas unit amal dikenali melalui tshirt mereka melalui ruang lapang bawah stesen tersebut tempat aku menunggul.

Mereka menuju kedepan dan aku ikut diikuti grup2 lain. Kami semakin ramai. Kami melintas seberang pejabat pos dayabumi menuju jalan kuching. Dibawah parking pejabat pos itu sudah ada polis dan keretanya standby.

Di jalan kuching kami semakin ramai. Nun hujung sana nampak melaut demonstran yang lain. Masing2 dengan gaya dan fesyen masing2. Tutup muka, tutup mulut, tutup kepala, ada makcik yang pakai google, ada pakcik yang beruban penuh. Anak kecil dipimpin ibu dan bapak. Anak2 muda, jalan gagah berani. Kami semakin menghampiri bulatan besar laluan ke jalan parlimen.

Keadaan semakin panas, bersemangat. Pijar terik tak jadi halangan. Kelihatan di laluan jalan bawah, polis mengisi ruang. Ramai yang merakam foto kenangan disini. Jalan yang kami lalui ini akan tercatat diatasnya satu lagi sejarah besar negara. 10 tahun lagi akan dicetak di dalam buku teks sejarah tingkatan 3 sekolah2 seluruh malaysia.

Situasi

Kami berjalan gagah berani sambil bersorak “Mansuh mansuh...mansuh ISA...” Tiba-tiba langkah kami terhenti. Laluan telah disekat FRU & polis. Dr Hatta Ramli yang menjadi komander kami di spot ini menukar plan. Kami diarah bertukar ke laluan jalan sebelahnya. “Sogo...sogo...!” beliau menjerit. Aku yang berada pada posisi terkebelakang menjadi diantara 10 ‘benteng’ terhadapan setelah cross over ke laluan baru tersebut. Jantungku berdebar. Ini pertama kalinya berhadapan dengan polis & FRU. Kami berganding tangan. Membentuk kereta kebal manusia yang bergerak. Semakin menghampiri benteng polis, aku makin berdebar. Kami mula berlari, force dan berjaya membolosi benteng polis.

Hilang teruna kedua kalinya

Aku toleh belakang... “alamak...benteng putus...” Cuma kami dalam 100-200 orang yang bergerak menuju belok ke jalan Raja Laut. Aku lihat depan. FRU dah menunggul. Perisai dan cota. Kasut but dan topi merah. Gerun. Semena-mena sahaja FRU mula melepaskan tembakan gas pemedih mata diikuti seterus dan seterusnya. Situasi menjadi kelam kabut. Sebahagian kami telah melepasi laluan masuk mencelah melalui bangunan ke jalan Raja Laut. Aku dan yang lain mau tak mau harus berundur.

Tembakan gas pemedih mata dilepaskan lagi. FRU sedia masuk. Lariiiii! Sepantas kilat, aku pusing kebelakang, dan inilah kali pertama aku melihat kelongsong gas yang berasap. Betul2 dikakiku. Dan inilah juga pertama kalinyanya aku menghidu asapnya. Terunaku hilang kali kedua serta merta! Aku teruskan berlari menuju medan selera sebelah dataran dengan mataku yang mula pedih, berair... hidungku juga ada cairan yang keluar... gas ini terus menerjah masuk ke laluan trakea... aku batuk-batuk dan muntah..3x aku muntah...

Situasi tenang seketika. Sedang kami berehat & membasuh muka, polis dan FRU mula memenuhi ruang belakang kiri & kanan medan selera. Siap sedia. Saat kulihat mereka, terlintas “ mungkinkah aku akan berjaya ditahan mereka...”

Medan tempur jalan parlimen tadi kembali tenang. Laluan sebelah dibuka. Bas, kereta, teksi dan sepeda motor mula melalui laluan yang ditutup. Kami mula bersiap. Kembali kepada kumpulan yang terpisah dibelakang tadi.

“Alamak”

Semua sudah undur jauuh. Polis memenuhi tepi jalan. Aku duduk semula. Ada yang membeli minuman, laku! Isap rokok, relaks! Ya...kami totally terpisah!

Kurang lebih jam 3 plus2. Polis & FRU semakin memenuhi ruang jalan. Ini bukan satu petanda baik... Kenderaan yang bergerak membolehkan aku perlahan-lahan menyusup masuk berjalan melalui jalan parlimen. Menuju ke arah atas; hadapan sedikit ada taman tasik perdana dan Tugu Negara. Aku lepas! Disitu ramai lagi yang berjaya melepaskan diri. Berjalan terus melalui jalan tersebut sehingga bus stop Taman Tasik Perdana. Aku rehat disitu. Ada polis trafik sedang mengawal kenderaan.

Berpuluh bas dan teksi aku tahan tapi taknak berhenti. Aku mula melangkah terus melalui jalan parlimen. Melalui bangunan parlimen sampailah ke simpang kecil Carcosa Seri Negara Pesiaran Mahameru, sebuah teksi melalui. Aku tahan, dia berhenti. Aku naik. Menuju ke KL Sentral.

Tahniah untuk kita semua! Tahniah untuk warga yang prihatin! Tahniah untuk yang memberi sokongan moral! Penjajah telah separuh abad pergi. Malang sekali, sisa tahi mereka ini masih kekal berkerak. Mansuh Mansuh! Mansuh ISA!

Hari ini, aku telah dibaptiskan dengan gas pemedih mata. Hari ini, aku telah rasmi sebagai demonstran. Bau belerang itu akan aku sentiasa rindui.-hafiz

Sinar baru untuk Malaysia!

3 komen-caci-maki:

perfectwater75 said...

Salam Hafiz,

Nasib ko tak kena tahan kalau tak, manakan dapat ku baca luahan selamber lu bro!

tahniah atas keberanianmu!

thx!

hanaladyengineer said...

1 Ogos emmmm...saya pun ada kat Sogo...berlari2 masuk ke Pertama Complex ..bila kena gas pemedih mata...
1st time dalam hidup kena gas pemedih mata n kena water canon....
seronok gak main kejar2 nie...rasa macam dalm peperangan jer...

zhfr said...

malaysia tu apa?