semakin masa itu pergi. manusia berlari. tanpa jemu. kalaupun jemu. manusia tetap berjalan maupun merangkak. kalau tak mau merangkak. bunuh diri option kedua atau dibunuh atau mengupah orang lain untuk membunuh. senang sahaja. 1, 2 dan 3.
mencari kepuasan dalam hidup. aku mau hidup puas seperti mana apa yang aku mau. dan sesiapa juga akan berkata begini. itu normal. samada banjir besar, ada puting beliung, ada gempa. itu juga normal. ada orang makan babi, ada orang tak makan babi, itu juga normal. aku percaya tiada kebenaran yang mutlak lagi, tiada kesalahan yang mutlak. kata2 ini masih aku ingat dari seorang teman. ia tiada lagi mutlak. normal, benar, bathil, semuanya telah hilang teruna sejak dulu lagi.
tidak perlu lagi untuk takut untuk menjadi tidak normal kerana tidak itu telah lama pecah dan bila dah pecah. ia tidak boleh dibaiki lagi bak kata orang dulu; ditebuk tupai. lalu menyesal lah dia, teresak-esak, sebak, sedih, hingus keluar dari lubang hidungnya, seorang di balkoni. kondo bukit tungku. membilang angka untuk terjun dan sang rajunanya entah hilang kemana dalam kabut malam hitam dan likat.

0 komen-caci-maki:
Post a Comment