Salam Ramadhan. Ia datang lagi. Semene-mena suasana seluruh negara akan bertukar. Kita akan berpesta makan. Padang2 dan parking lot akan dipenuhi gerai menjual juadah berbuka. Ia dinamakan Pasar Ramadhan. Bulan puasa disambut meriah seluruh tanah semenanjung ini termasuk sabah sarawak, bandar seri begawan, kalimantan, jakarta dan kampung baru. Setiap jam 5 pasar2 ramadhan ini akan mula disinggahi pengunjng untuk membeli juadah berbuka. keadaan ini akan berterusan sehingga hampir 30 hari berturut-turut.
Thursday, August 20, 2009
Selamat Berpuasa
Di pasar ramadhan menjual pelbagai jenis juadah berbuka dengan ratusan ribu ribu variasi lauk pauk, air-air, kueh-mueh yang jarang2 kita dengar juga akan muncul cuma dibulan ini. Berebut-rebut orang membelinya.
Berlapar dahaga di siang hari dan makan sepuas-puasnya dimalam hari. Biasalah tu. Sebab itu orang yang berpuasa ada yang semakin gemuk tak jadi kurus pun. Semangat makan lebih hebat dari semangat Ramadhan itu sendiri sehingga Ramadhan telah hilang magis bling-blingnya.
Labels: ramadhon
hantar terus oleh hafiz pada Thursday, August 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 komen-caci-maki:
Post a Comment