Tak habis lagi isu kuil seksyen 23 shah alam tu. Mula-mula kepala lembu. Lepas tu mengamuk dalam dewan MBSA. Lepas tu ugut bunuh Khalid samad. Cheh. Macam sial diaorang ni. UMNO rupanya. Patutla.
Aku orang luar. Rakyat biasa. Ikut perkembangan. UMNO bersungguh-sungguh benar nak kacau kerajaan PR. Memang pun... masa BN dulu, PR pun kecoh sana sini jugak. Segala ceruk ada ceramah. Demokrasi. Takda hal punyer. Tapi dah sampai bawak kepala lembu berdarah. Ni lain macam. Ni semua provokasi. Senang je. Pandangan peribadi aku. Diaorang nak bagi orang marah. Nak timbulkan kekacauan. Mereka bukan lagi main isu. Mereka dah mula cucuh api dengan niat kasi bakar hati orang Hindu. Aku nampak ini adalah niat mereka: Mau bikin huru hara supaya Hindu dan muslim gadoh dan diaorang dapat balik Selangor yang kaya ni. Itula yang aku nampak.
Umno tidak akan membetulkan apa-apa. Mereka Cuma mau kuasa. Dan bolot kekayaan negeri ni. Diaorang sendiri tau. Sibuk rampas perak. Sibuk kacau selangor... terengganu diaorang lupa, atau buat2 lupa. Berselindung dengan slogan memperjuangkan hak Melayu, berjuang untuk Islam...kahkahkah mereka buat2 tak nampak.
Dengan 52 tahun Malaysia dah merdeka. Kenapa ada lagi puak2 ekstrimis rasis ni? Ini sebenarnya membuka mata kita betapa kerajaan BN GAGAL mendidik rakyat dengan perkataan toleransi dan hormat menghormati. Rasis! Ini perkara bahaya untuk semua umat manusia. Yang ada sekarang ’perpaduan palsu’ ditampung tampung yang nampak rebeh dan jelik. Memalukan.
Mujurlah. Rakyat Malaysia, rakyat selangor masih sedar akan kepentingan toleransi ini. Kita harus jauhkan, wajib buang racism yang masih ujud. Racism takkan membawa kita kemana-mana.
Selagi UMNO masih begini. Selagi itu, wawasan, gagasan 1malaysia hanya sekadar mekap. Bila kena air, dia mula jadi buruk.

2 komen-caci-maki:
bukan setakat nak bunuh khalid samad.
nak rogol yb rodziah pun ada gak. baca kat sini. tambah kat post kau tu.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22470&Itemid=1
Salam AidilFitri 1430 H, teruskan perjuangan menata kebenaran yang nyata!
http://2.bp.blogspot.com/_NjZfwZCiUGU/SrTaQxuUtNI/AAAAAAAAAMs/_x_6oswPWHc/s1600-h/SALAM.JPG
Post a Comment