"Arus sekarang ini arus kita. Arus masyarakat yang sivik dan berpendidikan. Umno bukan pilihan terbaik. BN...sekadar nama yang bakal disejarahkan. Ayuh...! BN harus kita kuburkan...!"

Thursday, March 26, 2009

Untuk kawan semua

Jangan jadi bodoh wahai kawan. Kita ini adalah manusia dan kita punya rasa yang sama untuk menikmati sebuah kehidupan. Merayakan kehidupan untuk sebuah tempoh tertentu.

Tidak perlu jadi bodoh wahai kawan. Kita merayakan hidup dengan segala beban dan semua rasa. Kita meraikan kehidupan dengan segala yang ada, dengan segala yang termampu. Dari jerih dan payah sendiri. Untuk itu, jangan jadi bodoh wahai kawan.

Jangan jadi bodoh wahai kawan. Segala retorik rasis fasis harus kita sama-sama padamkan. Segala retotik taat setia yang jumud wajar kita cerahkan. Segala retorik yang membangkit api permusuhan wajib kita sejukkan. Jangan jadi bodoh wahai kawan.

Jangan jadi bodoh wahai kawan. Segala raja dan segala kepala. Segala ’pemimpin’ dan segala dikeliling mereka. Kitalah yang membayar mereka. Dengan segala cukai dan segala titis peluh kita. Kita bayar mereka dengan segala makanan yang kita makan, dengan batang-batang rokok yang kita hirup asapnya, dengan segala kondom dan segala KY yang kita beli, dengan segala jenis arak yang kita minum dan dengan segala babi yang terjual beli. Cukai ini adalah gaji untuk mereka. Jangan jadi bodoh wahai kawan. Kitalah yang membayar mereka. Maka, berbanggalah kamu wahai kawan!

Jangan jadi bodoh wahai kawan. Kita ini berada disebuah sistem yang gagal. Manusia manusia disini. Yang belajar. Yang terpelajar. Menjadi sebuah produk untuk dijual beli mengikut permintaan pasaran. Produk yang teracu mengikut acuan beku dan pramatang. Ini bukanlah sebuah ejakulasi yang nikmat. Apakah itu kamu kita kami dia bangga? Melainkan mereka yang mampu untuk berpikir dan tidak bodoh seperti mereka.

Kamu jangan bodoh wahai kawan. Perpecahan??? Sila buktikan padaku tamadun mana yang tidak mengalami perpecahan? Malah ais dikutub juga semakin terpisah pecah cair dari hari ke hari. Sila buktikan padaku mana dia tamadun itu? Hukum kekutuban tak pernah gagal! Perpecahan adalah fitrah alam! Lebih lebih lagi, adalah semakin bodoh dan dangkal untuk bersatu dengan enjin kejahatan yang nyata!

Jangan kau bodoh lagi wahai kawan. Mereka juga duduk disana dengan sebuah sistem yang bukan pun punya originaliti lokal.Untuk segala sejarah yang terzahir. Untuk segala realiti silam yang tercipta. Berterimakasihlah pada British! Ya. British yang manusia-manusianya menyalat punggung dengan kertas.Ya British. Yang datangnya dengan 3G. Gold ,Glory and Gospel. Ketahuilah olehmu bahwa sesungguhnya kerana Britishlah telah menyatukan kita. Tanpa mereka. Kesultanan Kelantan mungkin akan memerangi kesultanan Selangor , Kesultanan Johor mungkin merampas takhta kesultanan Perak. Sejarah takkan menipu, apa kamu masih tidak ingat apa yang berlaku kepada kesultanan Johor setelah kedatangan kapal dari seberang laut itu? British menyatukan kita dengan sistem yang terjilid ini. Raja Berpelembagaan. Jangan kamu buta sejarah wahai kawanku. Inilah realiti! Britishlah menyatukan kita dari Perlis hingga Temasik.

Wahai kawanku ketahuilah ini. Dengan segala cukai yang terpungut. Dan segala wang pelaburan internet yang terbeku. Segala hasil mahsul bumi ini. Kita, jika tidak lulus loan dengan bank, kita hanya mampu untuk membuat loan dari peminjam wang berlesen.... dan mereka terus disana dengan segala wang hasil cukai yang diperah dari titis peluh kita. Maka ketawalah kita semua sekarang ini! Hahahahah -hafiz

p/s: Percayalah!!! umno adalah paksi kejahatan yang bisa meranapkan negara! selamatkan diri anda!!!

Tuesday, March 24, 2009

Umno akan dimatikan

Lidah utama akhbar Pakatan Rakyat Harakah dan Suara keadilan telah dibungkam hidup-hidup oleh KDN. BN berjaya lagi mencabul hak kebebasan bersuara yang terjamin dalam perlembagaan. Andaikata...andaikata akhbar2 ini membuat fitnah, saman sahaja. Ya, rakyat tidak lagi mampu diperbodohkan seperti masa-masa lepas.


Ekonomi negara semakin goyang. Masalah dalaman yang melanda BN-UMNO sedikit sebanyak telah mengheret situasi politik dan ekonomi negara ke kancah yang tidak menentu. Pencabulan ini adalah pencabulan demokrasi. Disaat rakyat semakin sivik dan celik politik, demokrasi terus diratah dengan angkuhnya oleh BN. BN adalah sebuah entiti jahat dan merosakkan negara.

Dan masa terus berlalu, rakyat semakin bijak. Kerakusan media BN memburukkan PR sebenarnya adalah api dalam sekam. BN akan menerima padah yang dahsyat. BN masih tidak belajar dari kesilapan lalu.

Bakal PM Najib anak Razak kdilihat sebagai manusia yang bahaya dan jijik. Sebab itulah ramai dikalangan pemimpin UMNO sendiri risau akan masa depan negara sekiranya manusia Najib ini jadi PM. Malah, imej Najib anak Razak ini kelihatan jahat sekali dimata media asing, manusia yang didakwa menjadi dalang disebalik pembunuhan Altantuya akan menjadi PM malaysia. Wah! Manusia bernama Najib anak Razak ini amat hebat!!!

Percayalah, UMNO tidak akan kemana-mana lagi selepas ini. Semua berkenaan UMNO adalah wang, wang dan wang. Demi wang, untuk wang, hidup wang! Wang jugalah akan mengambus mereka. Ya. Mereka akan dimatikan oleh wang. Bantuan oksigen tak lagi mampu membantu. 

Friday, March 20, 2009

situasi

Situasi 1
Kedai bunga dekat Petaling Street sibuk. Ada ramai manusia disini. Malaysia akan bertambah lagi suku bangsa. Malaysia akan mendapat saudara-saudara baru. Nepal, Bangla, Melayu Champa, Sunda jakarta, jawa kalimantan, madura....20 tahun lagi. percayalah sama aku. Semua akan jadi satu warga. ada ic. Inilah zaman emas kedua selepas british balik. Selamat datang!

Situasi 2
Disebuah kafe kecil; romantis dengan dekorasi lembah indus kontemporari, dan Rico yang jambu. Masih ada lagi saki baki daging gallus gallus perlu dihabiskan di tokok sedikit perasa tambahan corona mexico yang mantap. Petang itu adalah sebuah rehat yang nyaman. Ada teman sedang baring. katanya, "malam sikit lagi aku nak jumpa abang aku"

Sunday, March 15, 2009

hujan petang di bangsar

Hujan petang di bangsar itu tadi sangat mendamaikan dengan bravaria yang cukup asyik. Aku dengan seorang teman gadis ngobrol soal hidup. soal pacar. soal cewek. soal cowok. Semuanya lancar. Disini ga ada najis politik. Aku terhibur dan damai. Kesimpulan petang ini; ia sangat indah. Ngobrol dan ngobrol. Petang hujan nan indah itu ga terbazir!

Saturday, March 7, 2009

PPSMI yang berjaya

Akan segala propaganda media selama ini. Dengan rancangan untuk menggagalkan Himpunan PPSMI, ternyata propaganda BN tidak laku. Terbukti!!! perhimpunan ini berjaya!
Untuk melihat foto perhimpunan; sila klik disini.
Akan keganasan polis yang bertindak kepada demonstran PPSMI. Nyata! Nampak! Hak bersuara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan sekali lagi dicabul. Hak bersuara bukan sahaja sekali dua dicabul malah telah dicabul ribuan kali sejak dahulu lagi. BN-UMNO yang konon heboh sampai gegak gegar satu negara mau memperjuangkan melayu... tapi... nampaknya UMNO cuma gah pada slogan dan dipenuhi hipokrasi. PEKIDA... PERWARIS... dll...cuma barua umno. BARUA. Dan untuk seluruh pejuang bahasa ini mereka akan dilabel sebagai:
1) berfikiran kolot
2) menjadi tunggangan pembangkang
3) menyusahkan kerajaan
4) tidak mengikut prosedur
5) lupa pada jasa
6) ..kenapa tak bawak bincang lagi...
7) memecah belahkan umat melayu
Umno sebenar cuma menunggu masa untuk lupus dan dimuziumkan. Hipokrasi, korupsi telah memakan ratah tubuh mereka. Sehingga mereka lupa pada segala jasa rakyat negara ini.

posisi betul

Aku berjalan dalam arah yang terus. Memposisi diri dalam ruang litup yang penuh sadar. Menjadi bebas adalah subjek yang terlalu subjektif. Segala nilai dan segala percaturan juga amat susah untuk ditafsir. Tapi untuk setiap penafsiran itu bukan semesti sebuah hakikat yang wajib diikut. Ada kala mengikut lebih baik dari menafsir. Dan kebiasaannya menafsir sesuatu lebih berat dari kesimpulan yang bakal diketemu. Titik bingung bukan god spot yang maha tenang. Titik bingung walaupun tampak 'noktah' bukan beerti terus henti dan padam. Titik bingung 'blur spot' hahaha  adalah sebuah rahmat untuk nikmat yang berselindung malu. Aku pernah mengatakan; segala yang esok adalah kemungkinan. Virtual. Manusia hidup berhadapan dengan kemungkinan-kemungkinan. Esok, lusa itu punya hijab yang magis. Aku perlu hidup bukan untuk esok atau lusa. Aku perlu hidup untuk saat ini, detik ini. Dan esok, lusa...rupanya adalah saat dan detik ini. Hanya diri yang lebih memahami diri. dan semua yang diluar adalah gambaran mental yang tetap diatas segala ketetapan yang dibuat oleh sang diri  ini. Maka sekarang ini dimana aku ya?

bahasa

Hari ini akan ramai orang yang turun
Mereka berjuang untuk sebuah bahasa
Aku mungkin punya pendapat berbeza
Adakah aku sanggup mati untuk bahasaku..?
Tidak.
Apapun...Selamat Berdemonstrasi!!!

Friday, March 6, 2009

Krisis Yang Bukan Bala

Ini adalah subjek neo-politic (NP)

Walaupun mungkin sebahagian darah daging ini telah menjadi haram asbab dosa yang tak tertolakkan lagi, ia bukan beerti menjadi bodoh atau biol. Sama sekali tidak untuk menjadi lembab dan bebal. Tidak. Aku masih manusia yang boleh pikir.
Masih lagi negeriku Perak. Bala bencana yang berlaku keatas kerajaan PR bagiku bukanlah sebab banyak hotel ayam di jalan yang kalsom, bukan jugak sebab ada rumjungle di tambun dan deretan discotique di bandar baru ipoh. Bukan. Tanyalah sama Ust NorAzli Musa. Dia juga akan menafikan bahwa bala bencana yang melanda ini bukan sebab pusat libur-libur itu.
Bala bencana yang melanda cuma sebab satu. Semua pun tahu. UMNO.
Kegagalan BN menafsir dan menerima kekalahan amatlah celaka dan lebih celaka lagi mereka menggugat sistem demokrasi yang telah ujud sejak merdeka. Malah; istilah CELAKA ini bukan untuk pemuda umno sahaja tetapi meliputi semua sayap dan tubuh badan UMNO/BN itu sendiri.
Manusia yang tidak mampu menerima kekalahan ini adalah manusia ego. Ego bukan sahaja memusnah 'keamanan', kemajmukan bangsa dan pluralisasi agama; malah lebih dahsyat lagi ia pemusnah utama struktur manusiawi. Bila struktur manusiawi ini musnah. maka; ia berevolusi menjadi  sebuah struktur masyarakat glokal haiwani bertamadun lagi berintegriti. Teori darwin lalu bertukar menjadi teori rawind. Teori non fizik yang realiti! Aku bercakap benar.
Negara ini tidak akan ujud seperti sekarang tanpa sistem demokrasi. Sistem raja berperlembagaan juga tidak akan ada tanpa sistem ini. Malah bangunan parlimen juga tidak mungkin ada dengan sistem ini. Tanpa sistem demokrasi yang dianut utuh, yang bakal ujud tanpanya adalah sistem beraja. Malay archipelago ini akan berpecah2 menjadi negara2 kecil. Seperti zaman gelap eropah dulu. Untuk lebih faham, sila tengok filem Nujum Pa' Belalang. Ini adalah realiti. Aku minta anda semua berada pada realiti. Berpijak dibumi nyata.
Krisis yang berlaku di Perak sebenarnya adalah 'rahmat' untuk seluruh negara. Rakyat akan dilihatkan dengan rencah sebenar kekotoran tragis yang realist tentang siapa itu UMNO. Lebih dekat lagi...siapa itu Najib. Apabila kepercayaan rakyat dicalar sesuka hati. Dan apabila undang-undang berada di bawah bontot. Maka, thats it!!! Kata-kata ali rustam mencerminkan dia seorang yang bermentaliti budak abis SPM. Malah budak abis SPM lebih bijak berhujah! hahah dia amat memalukan!
nah, sekarang, saat ini. Sibuk nak ikut undang2. Ini semua sucks! hidop melayu!!! daulat tuanku!!! pooorah! hipokrit!!!!
Sistem raja berperlembagaan ini telah diheret kekancah yang tidak suci. Politik. Malah, menjadi tidak teruna atau menjadi tidak dara lebih bersih dari politik murahan ini. Sepertimana yang berlaku di Perak tanah tumpah air aku, Tuanku Sultan telah diheret ke kancah politik yang kotor. Kesucian, kedaulatan dan ketertinggian institusi beraja sekali lagi tercemar dengan najis mughallazah. Najis ini dikeluarkan oleh UMNO/BN dan manusia hebat dibelakang najis mughallazah yang mengotorkan sistem ini ialah Najib. Siapa yang tidak kenal dengan Najib. Najib dikatakan bakal PM ke lima untuk Malaysia.
Segalanya berlaku begitu kabut dan kelam. BN jadi kecut. Takdir tuhan menentukan. lalu berlakulah peristiwa sulung buat bumi bertuah ini. Bersaksi matahari dan awanan yang berarak, bersaksi beburung dan angin yang sepoi, di pokok sena yang teduh lagi rendang. Berkumpullah manusia-manusia ini. Mereka pejuang hak dan keadilan. Demi sistem yang dibunuh. Demi hak yang tercabul. Untuk demokrasi yang dikasi. Sejarah terukir. Semangat dan ruh nya tersebar semerbak keserata alam. Syabas!!!
Atas segala yang berlaku. Percayalah! Krisis perlembagaan ini akan membuka sebuah lembaran baru buat politik tanah air. Dengan teknologi yahudi yang digunapakai secara meluas tanpa fatwa haram oleh harussani maupun majlis fatwa. Masyarakat malaysia semakin matang dan sama-samalah kita menuju ke sebuah masyarakat sivil yang terdidik!-hafiz

Sunday, March 1, 2009

Berita ahad

Perak berhadapan krisis baru. Dengan tiba2 katanya tak boleh buat sidang DUN Mac ini. Kena tunggu keputusan mahkamah...Ini dikata oleh Najib sendiri. Aku kata: hahahaha inilah dia Projek Pembodohan Raksasa (PPR) oleh BN. Maka seharusnya aku simpulkan begini. Kerajaan Perak di bawah pimpinan Nizar masih sah! KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK MASIH SAH!!! Najib kata nak tunggu keputusan mahkamah...secara langsung mengesahkan lagi kerajaan PR Perak... dan...KERAJAAN BARU BN PERAK TAK SAH!!! hahahaha dulu tak nak ikut undang-undang. Sekarang baru mau ikut undang-undang. Ini undang-undang boleh on dan off la. hahahah najib buat  lawak pagi ahad. Memang lawak. hahaha orang kampung da kena tipu! orang kampung boleh ditipu-tipu! Melayu senang kena tipu! melayu tipu melayu! melayu bodohkan melayu! najib sudah kencing ini orang kampung! hidup najib! hahahaha


Kesimpulan krisis perak sehingga hari ini:
1) BN tidak boleh menerima kekalahan
2) oleh itu; istana dikudakan oleh meraka
3) undang2 dimain dan digentel secukup-cukupnya
4) mangsa pertama ialah adalah Sultan
5) dengan semena-mena rakyat Perak dizalimi
6) ini ertinya hak bersuara mereka dinafikan
7) orang kampung ditipu buta-buta
8) penipu ini ialah Najib anak Razak